Untuk anda yang masih tercari-cari “Port Power” untuk menjual barang-barang anda secara online!
Mari Saya Tunjukkan Cara Bagaimana Berniaga Di Shopee Dengan Betul Sehingga Mampu Menjana Sale 4 Angka Seminggu!

Kisah Saya Dulu..

Sebelum itu, suka saya perkenalkan diri dahulu. Saya Khairul merupakan seorang peniaga online. Saya dulu juga pernah berniaga menggunakan whatsapp. Tapi serius penat gila sebab kena layan customer yang belum tentu lagi nak beli.
Sehinggalah rakan saya yang syorkan saya berniaga di Shopee . Kerja menjual jadi lagi mudah. Hanya perlu letak gambar produk, letak maklumat produk dan letak harga.
Kalau ada orang beli, nanti akan dapat notifikasi dari pihak Shopee.
Ini hasilnya…

Sebulan saya cuba menjual di Shopee, dan hasilnya amat memberansangkan. Mungkin disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan sekarang ini, ramai yang shopping online sebab tidak boleh keluar rumah.
Yang lagi best tentang PKP ini, pembeli sudah terbiasa untuk shopping secara online. Jadi, memang satu kerugianlah bagi saya kalau tak cuba letak barang di Shopee untuk dijual.
Teknik Empat Angka Seminggu.

Teknik yang saya guna dalam membuat jualan hanyalah dengan menjual produk yang terbukti mempunyai jualan yang tinggi di Shopee. Bila saya dah jumpa produk tersebut, saya akan mula letak produk itu ke dalam kedai Shopee saya.
Tapi tak boleh main letak je! Sebab, setiap produk yang bakal saya pilih itu kenalah menepati syarat-syarat saya tetapkan ini. Antara ciri-ciri produk yang bakal saya pilih adalah:-
Ciri #1
Sekurang-kurangnya mempunyai rating 4 star. Rating yang tinggi menunjukkan produk itu disukai oleh pembeli.
Ciri #2
Sekurang-kurangnya mempunyai 100 unit jualan. Ini menunjukkan produk ini mempunyai permintaan daripada pembeli.
Teknik Dropship..
Teknik ini sesuai bagi mereka yang tiada modal tapi nak cuba berniaga di Shopee. Teknik ini saya namakan sebagai Teknik dropship.
Cara dia mudah je. Saya membeli produk daripada penjual lain dengan menaikan sedikit harga.
Bagaimana saya buat?
Pertama sekali saya perlu mencari produk yang banyak terjual di Shopee pada bulan ini. Sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk cari produk itu, saya ada senaraikan produk itu pada bahagian akhir artikel ini.
…dan saya jumpa produk ini.

Saya ingin menjual produk ini kerana saya dapati jualan produk ini tinggi iaitu 1,800 unit terjual. Saya akan pastikan produk ini memenuhi ciri-ciri produk hot ataupun tidak.
- Jumlah jualan melebihi 100 unit (lulus).
- Star rating melebih 4 star (lulus).

Saya lihat produk ini memenuhi ciri-ciri produk hot. Saya ambil keputusan untuk menjual produk ini.
Jika dilihat, harga penjual ini jual adalah RM14.88. Apa yang saya buat adalah dengan menaikkan sedikit harga produk ini. Saya akan naikkan harga kepada RM19.90.

Cuba letakkan diri anda sebagai pembeli, sanggup tak anda beli produk ini dengan harga RM19.90? Jika tanya saya, ianya masih murah.
Kira-Kira Keuntungan
RM14.88 + RM5.0 (Shipping) = RM19.88
RM19.90 + RM5.0 (Shipping) = RM24.90
UNTUNG: RM24.90 – RM19.88 = RM5.02
Bila ada pembelian, saya akan hubungi penjual itu dan saya beritahu untuk menjadi dropship mereka. Biasanya mereka akan terima dan apabila mereka pengepos produk itu kepada pembeli, mereka tidak akan sertakan dengan invoice.
Untung kecil je?
Ya memang keuntungan tidaklah seberapa. Saya naikkan harga produk sedikit sahaja untuk mengelakkan produk yang saya jual itu nampak terlalu mahal.
Saya tidak mencari keuntungan tinggi untuk satu produk yang terjual. Tapi saya mencari kuantiti produk yang bakal dijual.
Dengan teknik ini, saya telah berjaya menjual produk ini sebanyak 131 unit. Dengan keuntungan RM657.62. Itu hanya untuk satu produk. Cuba bayangkan jika kedai Shopee anda mempunyai 100 jenis produk dengan menggunakan teknik ini.

Cuma jika anda menggunakan Teknik Dropship ini, keuntungan anda peroleh tidaklah seberapa. Tapi tidak mengapa, sebab saya dulu pun bermula dari bawah. Mula-mula saya jadi dropshipper.
Selepas cukup modal, saya gunakan modal yang saya kumpul sebagai dropshipper tadi untuk borong terus dari China.
Produk ni murah je!
Sekiranya anda nak keuntungan tinggi untuk jualan satu produk, saya syorkan anda untuk borong produk dari China. Ada dua website yang saya selalu guna untuk borong secara online. Iaitu Taobao.com dan 1688.com.
Daripada hasil carian saya, harga produk ini di Taobao hanyalah RM7.76 untuk seunit. Murah bukan?

Nak belajar borong dari China?
Jom saya kongsikan seorang yang pakar dalam bidang ini. Tekan butang di bawah untuk baca perkongsian beliau.
Ringkasan.
Jadi, suka saya ringkaskan sedikit bagaimana cara saya buat empat angka seminggu di Shopee.
- Cara produk tinggi jualan bulanan di Shopee.
- Letak produk di kedai Shopee anda dengan menaikkan sedikit harga.
- Jika ada pembeli, beli daripada penjual di Shopee dengan meminta jadi dropship. Minta mereka hantar produk tanpa sertakan invoice.
- Produk sampai ke tangan pembeli. Anda dapat sedikit keuntungan.
- Jika nak untung besar, kena borong dari China. Boleh belajar di sini.
Kurang mahir?
Saya faham, mungkin ada di antara anda yang masih kurang mahir dalam mencari produk yang tengah HOT dekat shopee bukan?
Jadi atas permasalahan itu, saya sudah senaraikan 50 produk tengah laku keras di Shopee pada tahun ini.
Anda hanya perlu pilih je nak jual yang mana satu.
Percuma!

Antara salah satu produk tengah laku keras yang saya senaraikan dalam ebook ni. Jumlah keseluruhan jualan produk sebanyak 251,100 unit pada tahun ini. Bulan lepas sahaja, produk ini terjual sebanyak 13,700 unit.

Belajar sesuatu?
Ingin belajar lagi banyak cara berniaga di Shopee?

Teknik yang saya guna ini merupakan sebahagian teknik yang dikongsikan dalam buku ini. Jika anda ingin belajar lebih mendalam cara berniaga di Shopee & gandakan jualan, boleh baca perkongsian seorang seller yang hasilkan buku ini.
Anda boleh klik butang di bawah ini untuk baca perkongsian beliau, iaitu cara sebenar untuk menjual di Shopee.