Sebelum itu, suka saya perkenalkan diri dahulu. Saya Khairul merupakan seorang peniaga online. Saya juga merupakan penjual di shopee. Tapi kali ini saya nak kongsikan pengalaman saya menjual di ebay walaupun saya tak mempunyai produk sendiri.
Bagaimana saya buat? produk apa yang saya jual? Dan bagaimana saya mengepos parcel ke luar negara? Semua itu saya kongsikan dalam artikel ini.
Jualan setiap bulan semenjak berniaga di ebay, dan hasilnya amat memberansangkan. Mungkin disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan sekarang ini, ramai yang shopping online sebab tidak boleh keluar rumah.
Yang lagi best tentang PKP ini, pembeli sudah terbiasa untuk shopping secara online. Jadi, memang satu kerugianlah bagi saya kalau tak cuba letak barang di ebay untuk dijual.
Saya sebenarnya masih baru jadi seller di ebay. Seingat saya, dalam awal tahun 2021 baru saya berjinak-jinak dengan ebay. Apa yang menarik minat saya dengan ebay ini ialah saya boleh markup harga sehingga sepuluh kali ganda daripada harga kos produk.
Salah satu produk yang saya jual ialah sos perasa maggi. Kalau dekat negara kita, satu botol sos perasa maggi 200ml ini hanyalah RM7. Tapi bila saya letak sos perasa ini dekat ebay dengan harga USD14.95 (bersamaan RM68.43), masih ada mat salleh nak beli.
Daripada situlah saya nampak peluang ada permintaan tinggi daripada pembeli di luar negara terhadap produk tempatan kita. Cuma produk tempatan ini mereka tak boleh beli di negara mereka. Nak tak nak, kena beli menggunakan ebay jugak.
Asas kepada menjual kenalah jual barang yang ada permintaan. Sebelum anda ingin meletakkan apa-apa produk di ebay, pastikan anda buat market research dahulu sama ada sesuatu produk itu ada permintaan daripada pembeli ataupun tidak.
Kalau anda skip langkah market research ini, boleh saya katakan anda hanya membuang masa sahaja. Tak ada pembelian, apa yang anda dapat hanyalah penat sahaja.
Cara yang paling mudah adalah dengan menjual produk yang terbukti mempunyai jualan yang tinggi. Untuk ebay, saya hanya perlu cari satu produk yang terjual 100 unit ke atas.
Kenapa perlu 100 unit? Daripada pengalaman saya sendiri, 100 unit jualan itu cukup membuktikan sesuatu produk itu ada permintaan daripada pembeli.
Bagi mengelakkan saya menjual produk yang mudah didapati di US, saya perlu double check terlebih dahulu di Amazon. Sekiranya produk ini tak ada di Amazon, saya akan pilih produk ini untuk dijual di ebay.
Untuk makluman anda, Amazon merupakan marketplace paling popular di US. Sekiranya produk itu dah ada dijual dekat Amazon, saya akan cari produk yang lain pula. Tujuannya ialah untuk mengelakkan saya bersaing dengan seller daripada Amazon.
Nak survive menjual di ebay, memerlukan penjual markup harga berkali ganda. Jika sesuatu produk itu sudah terjual di Amazon, atas sebab apa lagi pembeli nak membeli daripada saya. Sudah tentu mereka akan membeli di Amazon yang jauh lebih murah.
Teknik ini sesuai bagi mereka yang tiada modal tapi nak cuba berniaga di ebay. Teknik saya gunakan ini ialah menjual secara dropship.
Saya yakin anda tentu tahu apa itu dropship kan?
Cara dia mudah je. Saya menjual produk daripada penjual lain dengan menaikkan sedikit harga.
Penjual itu saya cari dekat Shopee. Mudah. Tak payah pening-pening kepala.
Perkara yang bakal menentukan jualan di ebay ialah produk. Produk yang tepat dapat mempengaruhi jumlah jualan anda di ebay.
Produk yang tepat itu bermaksud produk yang mempunyai permintaan yang tinggi di ebay.
Tinggi permintaan itu tak cukup nak memastikan pembeli membeli daripada anda. Apa yang saya buat ialah cuba mencari satu produk yang tidak ramai seller lain yang jual.
Saya ada senaraikan 13 produk terlaris di ebay. Anda boleh download ebook untuk dapat idea.
Sila isi nama dan emel anda untuk download ebook ini secara percuma.
Salah satu produk yang saya jual di ebay ialah sotong kering. Dengar macam produk ini biasa-biasa je kan? Apa yang saya perasan, tak ramai seller dekat ebay yang jual sotong kering ini.
Kenapa saya nak jual produk ini?
Saya pilih produk ini kerana saya dapati jualan produk ini tinggi di ebay. Di bawah ini merupakan hasil carian produk ini dekat ebay dan jumlah jualan yang berjaya dihasilkan oleh seller lain.
Walaupun produk ini ada jualan yang tinggi, saya akan pastikan dulu produk ini memenuhi kriteria produk hot ataupun tidak.
Saya lihat produk ini memenuhi ciri-ciri produk hot. Saya ambil keputusan untuk menjual produk ini.
Anda jangan anggap semua produk yang tinggi jualan itu sesuai untuk dibuat dropship. Sebab saya pernah jumpa produk yang tinggi jualan, tapi apabila saya jual, tak ada yang nak beli.
Ada kemungkinan kitar hidup produk itu sudah sampai kemuncak. Kata mudah produk itu sudah basi.
Setelah saya tahu sotong kering ini memenuhi kriteria produk hot, saya akan cuba survey harga di shopee. Ianya bertujuan untuk menentukan sama ada produk ini boleh menghasilkan keuntungan ataupun tidak.
Kalau ada keuntungan, saya akan teruskan ke step berikutnya. Kalau tak mendatangkan keuntungan, ataupun untung sikit, saya akan cari produk yang lain.
Jika dilihat, harga penjual shopee ini jual adalah RM27.90 untuk 100gram. Ya, memang ada peluang nak untung.
Apa yang saya buat adalah dengan menaikkan harga produk ini. Saya akan naikkan harga kepada RM216 (bersamaan 46.95 USD).
Saya meletakkan harga 46.95 USD untuk 10 oz. Kalau ditukarkan ke dalam ringgit, 46.95 USD ini bersamaan dengan RM216. Kalau anda cuba cari sotong kering ini dekat shopee, sotong kering gred premium 300 gram baru je RM84.
Anda nampak tak keuntungan dekat situ?
Tapi itu hanyalah kiraan secara kasar. Ada banyak lagi kos tersembunyi kalau anda nak menjual di ebay ini. Contohnya kos penghantaran dan caj daripada ebay itu sendiri.
Jom saya buat kiraan keuntungan bersih.
Caj ebay = 10%
Caj paypal = 5%
Jumlah caj ebay + paypal = 15% = RM31
Kos penghantaran menggunakan SingaporePost = RM30
Untung bersih = RM216 – RM84 – RM31 – RM30 = RM71
Saya dapat untung bersih RM71 setiap kali ada pembeli membeli sotong kering ini daripada saya. Untuk rekod, saya telah menerima order sebanyak 341 hanya menjual sotong kering ini.
Jumlah keuntungan = RM71 x 341 = RM24,211
Menarik kan? Walaupun hanya jual satu produk sahaja, saya berjaya menjana lima angka di ebay.
Itu baru satu produk. Cuba bayangkan jika kedai ebay anda mempunyai 100 jenis produk dengan menggunakan teknik ini.
RM24,211 itu bukanlah keuntungan untuk jangka masa sebulan atau dua bulan. Jujur saya bagitau, nak jana keuntungan seperti ini tidaklah semudah dengan hanya meletak produk di ebay sahaja.
Sebab saya pernah berjumpa peniaga nak baru nak berniaga di ebay, tapi tak ada jualan.
Sebab ada yang fikir ebay ini seperti marketplace ajaib. Hari ni letak produk, esok terus dapat jualan. Tak semudah itu sebenarnya.
Jadi, suka saya ringkaskan sedikit bagaimana cara saya buat keuntungan lima angka di ebay dengan satu produk.
Pernah tak anda terfikir bagaimana nak gunakan produk di shopee sebagai pembekal. Jika anda pembelian, anda order di shopee dengan meletakkan alamat orang tengah.
Apabila parcel sampai ditangan orang tengah, mereka tolong poskan kepada pelanggan anda di luar negara. Semua berjalan secara automatik.
Persoalannya sekarang, boleh ke buat macam tu?
Ya! Sudah tentu boleh kerana saya sendiri pun buat macam tu. Anda boleh baca secara detail bagaimana nak buat teknik ini. Sila klik butang di bawah.