Anda tertanya-tanya apa produk yang paling laku di ebay sekarang? Soalan ni memang sering bermain di fikiran ramai orang, terutamanya yang nak mula menjual di platform ini.
Ebay bukan calang-calang — ia antara pasaran dalam talian terbesar dunia, tempat jutaan pengguna membeli dan menjual pelbagai barangan, sama ada baharu atau terpakai.
Jadi, apa sebenarnya produk laku di ebay? Di bawah ini saya senaraikan lapan kategori yang paling banyak mendapat permintaan daripada pembeli di platform ini.
Kategori elektronik merupakan antara produk paling laku di ebay. Item seperti telefon pintar, laptop, kamera digital serta aksesori seperti pengecas, power bank, casing dan kabel sentiasa mendapat sambutan hangat.
Ramai pembeli melayari ebay untuk mencari harga terbaik bagi produk teknologi terkini, atau mencari peranti elektronik yang sukar ditemui di pasaran biasa.
Kategori fesyen turut menjadi tumpuan utama pembeli di ebay. Sama ada pakaian, kasut, beg tangan atau aksesori, barangan fesyen memang sentiasa mendapat permintaan tinggi.
Lebih-lebih lagi jika produk itu datang daripada jenama terkenal — sama ada dalam keadaan baharu atau preloved, ia mudah menarik perhatian pembeli.
Mainan dan barangan hobi turut tergolong dalam senarai produk laku di ebay. Item seperti set Lego, action figure, kad koleksi (contohnya Pokemon atau Magic: The Gathering) dan pelbagai barangan hobi lain sering menjadi rebutan.
Permintaan biasanya melonjak jika produk tersebut berkait rapat dengan filem, siri TV atau permainan video yang sedang trending.
Peralatan rumah dan alatan kuasa juga antara produk yang laku di eBay. Ramai pembeli mencari pelbagai jenis kelengkapan — dari mesin pencuci pinggan hingga ke gerudi elektrik, termasuk juga peralatan dapur seperti blender dan toaster.
Produk kesihatan dan kecantikan turut mendapat sambutan hangat di eBay. Dari barangan kosmetik dan penjagaan kulit hingga suplemen kesihatan, ramai pengguna memilih untuk membeli secara dalam talian kerana harganya selalunya lebih murah berbanding di kedai fizikal.
Ebay juga menjadi pilihan ramai untuk mendapatkan barangan keperluan haiwan peliharaan. Produk seperti makanan haiwan, mainan, serta aksesori seperti kolar dan tali pengikat sering kali mencatatkan jualan yang tinggi di platform ini.
Walaupun kedengaran macam old-skool, piring hitam, DVD dan CD fizikal masih mendapat tempat di hati pengguna. Terutama untuk item yang sukar dicari atau edisi terhad, eBay selalunya merupakan tempat terbaik untuk mencari.
eBay dikenali sebagai tempat yang bagus untuk mencari barangan antik dan koleksi. Daripada perabot antik kepada syiling, setem dan barangan antik lain, pengguna boleh menemui sesuatu yang unik dan berharga di sini.
Kunci nak dapatkan jualan yang tinggi di ebay ialah sentiasa buat market research. Permintaan pembeli ini berubah-ubah mengikut trend semasa.
Anda buntu nak buat market research? Jom download ebook ini untuk ketahui barangan apa tengah tinggi permintaan di ebay tahun 2024.
Terdapat 100 barangan berlainan kategori dalam ebook ini. Puluhan ribu jualan sehingga ratusan ribu jualan.
Sila klik butang di bawah untuk download sekarang.