7 Barang China Paling Laris Di Malaysia

oleh Cikgu Khairul

Barang China Paling Laris Di Malaysia – Membeli-belah dalam talian telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita, dengan semakin ramai pengguna beralih kepada e-dagang untuk keperluan harian mereka.

Salah satu platform e-dagang yang paling popular di negara kita ialah shopee. Satu indikator mudah untuk menandakan sesuatu barang itu mudah dijual, jumlah unit jualan merupakan indikator utama.

Semakin tinggi jualan sesuatu barangan, itu bermaksud barang itu mudah dijual secara online. Tapi, bukankah anda banyak produk dijual di luar sana. Bagaimana nak cari barangan yang tepat?

Daripada pelbagai kategori produk, berikut adalah tujuh barang yang mudah dijual online.

7 Kategori Barang China Paling Laris Di Malaysia

  • Pakaian & aksesori fasyen
  • Peralatan elektronik
  • Produk kecantikan
  • Barang isi rumah
  • Mainan & hobi
  • Buku & media
  • Makanan & minuman

1. Aksesori Pakaian & Fesyen

Tidak dapat dinafikan bahawa pakaian dan aksesori fesyen adalah kegemaran membeli-belah dalam talian.

Daripada kemeja-t kasual hingga beg berjenama, shopee menawarkan pelbagai pilihan untuk memenuhi semua gaya dan keperluan.

Bukan sahaja pakaian wanita, pakaian lelaki dan kanak-kanak juga merupakan antara barang mudah dijual online.

2. Peralatan Elektronik

Telefon pintar, tablet, komputer dan powerbank ialah elektronik yang paling kerap dicari dan dibeli oleh pengguna shopee.

Mudah nak buat perbandingan harga dan spesifikasi produk menjadikan kategori ini sangat tinggi pembelian di shopee.

3. Produk Kecantikan

Dalam dunia kecantikan, pelbagai jenis produk daripada gincu sehinggalah serum muka menjadi kegemaran. Mengikuti trend kecantikan terkini, pengguna shopee sering mencari dan membeli produk ini.

4. Barangan Isi Rumah

Daripada perabot hingga peralatan dapur, pengguna shopee menemui semua yang mereka perlukan untuk rumah mereka.

Produk pembersihan rumah juga menjadi kegemaran, kerana kesedaran tentang kebersihan dan kesihatan meningkat.

5. Mainan & Hobi

Mainan kanak-kanak dan barangan hobi seperti peralatan sukan adalah terlaris di shopee. Selain itu, dengan pelbagai pilihan produk tempatan dan antarabangsa, pengguna mempunyai banyak pilihan.

6. Buku & Media

Walaupun era digital telah berlalu begitu pantas, buku masih merupakan produk terlaris di Shopee. Sama ada buku teks, novel atau majalah, ia tetap menjadi kegemaran pengguna.

7. Makanan & Minuman

Makanan diproses, makanan segera dan makanan ringan juga merupakan produk yang kerap dibeli di shopee. Minuman seperti teh dan kopi juga mendapat tempat yang istimewa di hati pengguna.

Nak Tengok Lagi Produk?

Apa yang saya kongsikan di atas hanyalah sebahagian barang yang mudah dijual online sahaja. Saya ada senaraikan lagi 100 produk paling laris di shopee dekat dalam ebook di bawah ini.

100 barang trending di malaysia 2023

Mungkin dapat memberikan anda idea selepas tahu permintaan produk-produk dalam kategori yang lain.