7 Barang Trending Di Malaysia 2024

oleh Cikgu Khairul

Barang Trending Di Malaysia 2024 – Membeli-belah dalam talian telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita, dengan semakin ramai pengguna beralih kepada e-dagang untuk keperluan harian mereka.

Salah satu platform e-dagang yang paling popular di negara kita ialah shopee. Daripada pelbagai kategori produk, berikut adalah tujuh kategori barang trending di malaysia 2024.

7 Kategori Barang Trending Di Malaysia 2024

  • Pakaian & aksesori fasyen
  • Peralatan elektronik
  • Produk kecantikan
  • Barang isi rumah
  • Mainan & hobi
  • Buku & media
  • Makanan & minuman

1. Aksesori Pakaian & Fesyen

Tidak dapat dinafikan bahawa pakaian dan aksesori fesyen adalah kegemaran membeli-belah dalam talian.

Daripada kemeja-t kasual hingga beg berjenama, shopee menawarkan pelbagai pilihan untuk memenuhi semua gaya dan keperluan.

Bukan sahaja pakaian wanita, pakaian lelaki dan kanak-kanak juga merupakan barang terlaris di shopee.

barang trending di malaysia 2023

2. Peralatan Elektronik

Telefon pintar, tablet, komputer dan powerbank ialah elektronik yang paling kerap dicari dan dibeli oleh pengguna shopee.

Mudah nak buat perbandingan harga dan spesifikasi produk menjadikan kategori ini sangat tinggi pembelian di shopee.

3. Produk Kecantikan

Dalam dunia kecantikan, pelbagai jenis produk daripada gincu sehinggalah serum muka menjadi kegemaran. Mengikuti trend kecantikan terkini, pengguna shopee sering mencari dan membeli produk ini.

barang trending di malaysia 2023

4. Barangan Isi Rumah

Daripada perabot hingga peralatan dapur, pengguna shopee menemui semua yang mereka perlukan untuk rumah mereka.

Produk pembersihan rumah juga menjadi kegemaran, kerana kesedaran tentang kebersihan dan kesihatan meningkat.

5. Mainan & Hobi

Mainan kanak-kanak dan barangan hobi seperti peralatan sukan adalah barang trending di shopee malaysia. Selain itu, dengan pelbagai pilihan produk tempatan dan antarabangsa, pengguna mempunyai banyak pilihan.

6. Buku & Media

Walaupun era digital telah berlalu begitu pantas, buku masih merupakan barang trending di shopee malaysia. Sama ada buku teks, novel atau majalah, ia tetap menjadi kegemaran pengguna.

7. Makanan & Minuman

Makanan diproses, makanan segera dan makanan ringan juga merupakan produk yang kerap dibeli di shopee. Minuman seperti teh dan kopi juga mendapat tempat yang istimewa di hati pengguna.

barang trending di malaysia 2023

Apa Kepentingan Tahu Barang Trending Di Malaysia?

Saya bagi satu contoh untuk menjelaskan kenapa penting anda tahu tentang permintaan pembeli ini. Untuk contoh kali ini, saya gunakan produk dodol sebagai contoh.

Kedua-dua produk dodol ini sama sahaja, kedua-duanya hanyalah dodol sahaja. Tapi kenapa dodol yang berbentuk doorgift lagi tinggi jualan berbanding dodol yang berat 1kg? Adakah ianya disebabkan harga?

Dah dodol, mesti dah orang beli sebab mereka nak makan kan?

Opss.. tak boleh buat kesimpulan mudah macam tu. Tidak semua orang membeli dodol untuk dimakan. Ada orang membeli untuk diberikan hadiah kepada orang lain.

Apa yang anda dapat belajar dekat sini?

Jualan tak tinggi bukan bermaksud sesuatu produk itu tidak ada banyak permintaan, tetapi bagaimana sesuatu produk itu dipersembahkan memainkan peranan yang penting.

Mana lagi tinggi jualan antara dodol berbentuk doorgift ataupun dodol berat 1kg? Jom kita buat pengiraan ringkas.

Daripada pengiraan ringkas ini, terbukti dodol berbentuk doorgift lagi menguntungkan berbanding dodol berat 1kg.

Kedua-duanya produk yang sama, tapi persembahan produk yang berbeza telah memberi impak yang tinggi kepada jualan.

Jadi, penjual ini perlu fokus kepada dodol berbentuk doorgift jika mereka nak tingkatkan lagi jualan mereka.

Nak Tengok Lagi Barang Trending?

Apa yang saya kongsikan di atas hanyalah sebahagian barang trending di shopee Malaysia sahaja. Saya ada senaraikan lagi 100 barang trending di shopee Malaysia dekat dalam ebook di bawah ini.

Mungkin dapat memberikan anda idea selepas tahu permintaan produk-produk dalam kategori yang lain.

100 barang trending di malaysia 2023

Saya kongsikan ada satu produk terjual 7 juta unit kat dalam ebook ini. Sila klik butang di bawah untuk maklumat lanjut.