Cara Buat Duit Dengan Canva: 7 Langkah Wajib Anda Tahu

Cikgu Khairul

Salah satu soalan paling popular yang saya terima daripada follower saya ialah, “Macam mana nak buat duit dengan Canva?”

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan cara sebenar saya menjana pendapatan hanya menggunakan Canva — tanpa perlu jadi graphic designer profesional pun!

7 Langkah Cara Buat Duit Guna Canva

Berikut ialah tujuh langkah utama untuk mula buat duit dengan Canva:

  • Buka akaun Canva Pro.
  • Pilih niche design yang sesuai.
  • Kajian pasaran di Etsy.
  • Bina template pertama anda.
  • Listing produk di Etsy.
  • Urus order masuk & muat naik fail.
  • Kumpul review dan ulang proses.

Buka Akaun Canva Pro

Langkah pertama mestilah buka akaun Canva. Akaun percuma pun boleh, tapi saya sangat syorkan Canva Pro untuk akses elemen premium dan resize design tanpa had.

Canva Pro boleh dicuba secara percuma selama 30 hari. Saya gunakan Canva Pro untuk hasilkan semua design saya, terutamanya template editable seperti planner, resume, kad ucapan, dan social media post.

Anda boleh daftar Canva Pro di sini: canva.com

Pilih Niche Design Yang Sesuai

Jangan buat semua jenis design. Fokus pada satu niche yang jelas.

Macam saya, saya bermula dengan niche “Business Coach Templates” — sebab saya nampak banyak coach perlukan slide deck, workbook dan planner editable untuk klien mereka.

Berikut beberapa niche yang popular:

  • Wedding invitation
  • Planner harian
  • Resume & cover letter
  • Kad ucapan & thank you cards
  • Media kit untuk influencer
  • Template slide presentation

Fokus niche akan mudahkan anda bina kedai Etsy yang konsisten dan dapat pelanggan setia.

Sekiranya anda tak ada idea nak menjual apa di etsy, saya syorkan anda download ebook ini. Terdapat 10 produk paling laku di etsy.

Sila isi nama dan emel anda untuk download ebook ini secara percuma.

Kajian Pasaran Di Etsy

Saya masuk ke Etsy dan taip niche saya, contoh: “business coach workbook template”.

Kemudian saya tengok:

  • Produk mana paling banyak jualan.
  • Rekaan macam mana yang cantik & profesional.
  • Harga yang dikenakan oleh seller lain.

Dari situ saya dapat idea design yang “laku keras”.

Saya juga guna plugin eRank atau EverBee (extension Chrome) untuk spy jualan produk pesaing.

Tip: Jangan tiru 100%, tapi inspirasi design tu penting!

Bina Template Pertama Anda

Selepas tahu niche dan contoh yang sesuai, saya mula buat template.

Contoh: Saya buat “Client Welcome Packet” untuk business coach. Dalam tu saya masukkan:

  • Cover page
  • About me
  • Service package
  • Testimonial
  • Contact info

Saya guna grid, font yang jelas, warna brand yang lembut, dan susunan mudah edit.

Setiap template ini editable dalam Canva — pelanggan cuma klik link dan mereka boleh ubah ikut brand mereka sendiri.

💡 Jangan lupa baca Terms of Use Canva – pastikan elemen yang anda guna dibenarkan untuk dijual dalam bentuk template.

Listing Produk Di Etsy

Langkah paling penting: masukkan template anda ke Etsy.

Saya sediakan 5 gambar mockup (screenshot design), tulis description jelas, dan letak keyword yang buyer akan cari seperti:

  • “editable canva template”
  • “business coach workbook”
  • “minimalist design”

Saya jual satu template pada harga USD 9.99 – 14.99. Tapi buyer dari luar negara tak rasa mahal sebab design tu jimatkan masa mereka berjam-jam.

Urus Order Masuk & Muat Naik Fail

Apabila ada pembelian, Etsy akan automatik hantarkan fail digital (biasanya PDF yang ada link ke Canva).

Tapi saya lebih suka gunakan Canva template link dalam Google Docs, dan saya upload fail itu ke Etsy sebagai digital product.

Buyer akan download fail itu dan klik untuk access Canva mereka sendiri.

Tak perlu pos barang. Semuanya automatik.

Kumpul Review & Ulang Proses

Selepas buyer puas hati, mereka akan tinggalkan review. Review inilah yang bantu produk anda naik ranking di Etsy.

Saya akan ulang proses:

  • Spy lagi produk hot.
  • Bina design baru.
  • Listing semula.

Makin banyak produk = makin banyak peluang jualan. Saya konsisten buat 2–3 listing baru setiap minggu.

Hasil Jualan Saya (Case Study)

Dalam masa 30 hari pertama saya jual template di Etsy, saya berjaya hasilkan USD287.97 (~RM1,350). Itu dengan hanya 5 produk dalam niche business coach.

Purata keuntungan bersih sekitar 80% sebab tiada kos produk fizikal.

Nak Belajar Lebih Lanjut?

Kalau anda nak belajar langkah demi langkah, saya syorkan anda sertai mini course saya — “Duit Canva”. Saya tunjukkan cara buat template, jual di Etsy dan automate semuanya.

Klik link di bawah untuk info lanjut:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.