6 Langkah Mudah Buka Akaun Seller Di Ebay

Cikgu Khairul

Bagaimana nak buka akaun seller di ebay? Mesti anda bertanyakan soalan ini kan?

Sebenarnya mudah saja nak buka akaun seller ebay ini. Jom saya tunjukkan kepada anda enam langkah mudah, langkah demi langkah cara nak buka akaun seller ebay ini.

6 Langkah Mudah Buka Akaun Seller Di Ebay

Berikut ialah enam langkah mudah untuk mula membuka akaun seller di eBay:

  • Isi nama penuh.
  • Isi emel.
  • Isi alamat rumah.
  • Isi nombor telefon.
  • Sahkan emel.
  • Sahkan nombor telefon.

Langkah 1

Pertama sekali, anda klik pada link pendaftaran ebay ini dahulu 

https://signup.ebay.com.my/pa/crte

Dekat sini, anda akan diberi dua pilihan. Sama ada nak buka akaun personal ataupun akaun bisnes.

Ebay akan meminta lebih banyak dokumen apabila daftar menggunakan akaun bisnes. Termasuklah kad pengenalan, dokumen SSM, perjanjian antara supplier, alamat kedai dan lain-lain.

Untuk akaun personal pula, ebay hanya meminta sedikit dokumen sahaja. Seperti penyata bank, kad pengenalan, dan alamat rumah.

Akaun Personal Atau Bisnes?

Satu pertanyaan yang kerap ditanyakan kepada saya, “antara akaun personal dengan akaun bisnes, mana lagi elok?”

Jawapan terbaik bergantung kepada diri anda sendiri.

Bagi anda yang dah ada bisnes yang sah, semua dokumen-dokumen bisnes ini mudah untuk anda sediakan. Mungkin berdaftar akaun bisnes lebih sesuai dengan anda.

Bagi anda yang belum ada bisnes yang sah, berdaftar akaun bisnes merupakan perkara yang leceh bagi anda. Sebab semua dokumen bisnes belum anda miliki. Saya syorkan anda berdaftar akaun personal terlebih dahulu.

Kemudian, masukkan emel anda dan klik butang ‘Continue’.

Langkah 2

Kemudian, sila isikan detail yang diperlukan seperti nama penuh, emel, dan password. Lepas itu, klik pada butang ‘Register’

Pastikan anda menggunakan nama sebenar anda seperti dalam kad pengenalan. Jangan guna nama samaran seperti Siti Kucing, Pak Andak, Kamal Kuala Krai.

Sebabnya nanti ebay akan cuba buat pengesahan identiti. Ebay akan minta salinan kad pengenalan bagi membuktikan diri anda betul-betul seller yang serius nak berniaga di ebay.

Langkah 3

Kemudian, masukkan Malaysia sebagai negara, dan juga alamat rumah anda. Pastikan alamat rumah ini pun kena betul, sebab nanti ebay akan minta dokumen untuk mengesahkan alamat anda.

Apabila detail ini anda isi, sila tekan butang ‘Continue’.

Langkah 4

Selepas itu, anda akan dibawa ke satu halaman utama ebay. Cari pada bahagian ‘Account’, kemudian klik pada account itu.

Langkah 5

Ebay akan meminta anda untuk mengesahkan emel dan nombor telefon anda. Klik pada ‘Verify’.

Langkah 5

Apabila anda dah klik pada butang ‘Verify’, ebay akan menghantar satu emel kepada anda. Dalam emel itu ada satu kod enam angka. Sila salin angka tersebut.

Langkah 5

Masukkan kod enam angka tadi itu ke dalam kotak ‘Security code’. Kemudian tekan butang ‘Verify’.

Langkah 6

Untuk mengesahkan nombor telefon pula, klik pada butang ‘Verify’ dan klik butang ‘Send code’.

Nanti anda akan terima satu kod dekat telefon anda. Salin kod itu ke dalam kotak pengesahan.

Apabila anda dah sempurnakan enam langkah ini, kini anda dah boleh masukkan barangan ke dalam kedai ebay anda. Tapi belum boleh menjual lagi. Untuk dapatkan akses menjual, ebay akan cuba mengesahkan identiti anda terlebih dahulu.

Ketika ini ebay akan meminta salinan kad pengenalan dan juga salinan penyata bank anda. Tujuannya ialah untuk mengesahkan nama dan alamat anda.

Pastikan nama dan alamat anda yang anda isi semasa buka akaun ebay sama dengan dua dokumen ini. 

Ebay Sangat Strict!

Pengalaman saya semasa mula-mula membuka akaun dahulu, ebay agak strict dalam proses pengesahan identiti ini. Jika dokumen anda ada terkurang atau terlebih satu huruf sekalipun, ebay akan menolak anda dari menjadi seller di ebay.

Jika semua proses pengesahan identiti berjalan lancar, dalam 1-3 hari, ebay akan mengesahkan dokumen anda itu. 

Selepas akaun anda disahkan, ketika itu anda dah boleh menjual di ebay. Anda boleh masukkan apa sahaja barangan yang anda nak jual, selagi barangan itu tidak melanggar rules terms and conditions ebay.

Jaga Akaun Sebaik Mungkin.

Apabila akaun anda diluluskan nanti, pastikan anda ikut sebetulnya terms and conditions ebay. Jika tidak, akaun anda akan dibanned. Memang menangis tak berlagu lah kalau kena banned.

“Kalau kena banned, apa susah, buat jer la akaun baru.”

Tak semudah tu. Ada sebab kenapa ebay minta pengesahan kad pengenalan dan alamat semasa nak buka akaun. Sebab ebay tak nak satu individu daftar lebih dari satu akaun.

Sekali anda dibanned, identiti anda pun akan dibanned jugak. Termasuklah dengan SSM, turut akan dibanned sekiranya anda berdaftar menggunakan akaun bisnes. Dah tak boleh nak buka akaun lain dengan identiti yang sama lagi.

Untung 5 Angka Sebulan.

Anda nak tahu tak bagaimana saya menjual di ebay, dengan keuntungan lima angka setiap bulan.

Dan barangan apa yang saya jual sehingga dapat jualan lima angka seperti ini? Nak tahu? Jom klik butang di bawah ini.