Cara Daftar Affiliate Shopee.

oleh Cikgu Khairul

Affiliate Shopee adalah sebuah program yang membolehkan anda mendapatkan pendapatan tambahan dengan mempromosikan produk-produk yang dijual di shopee.

Dengan mendaftar sebagai affiliate shopee, anda akan mendapatkan komisen setiap kali pembeli membeli produk melalui link yang anda kongsikan. 

Kemudiannya, pihak shopee akan membayar komisen kepada anda dua kali setiap bulan. Contohnya seperti di bawah ini, ini merupakan komisen yang berjaya saya dapat dengan mempromosikan affiliate shopee.

Kelebihan Menjadi Affiliate Shopee

Menjadi affiliate shopee bukan sahaja membolehkan anda mendapatkan pendapatan tambahan, tetapi juga membolehkan anda bekerja secara fleksibel, di mana saja dan bila-bila masa.

Ia juga adalah peluang yang baik untuk mengasah kemahiran pemasaran digital anda.

Syarat-syarat Untuk Menjadi Affiliate Shopee

Untuk mendaftar sebagai affiliate Shopee, anda perlu mematuhi beberapa syarat. Antaranya adalah anda perlu berumur melebihi 18 tahun, memiliki akaun bank yang sah dan memiliki akses ke internet.

Langkah-Langkah Pendaftaran

  1. Pertama sekali, buka laman web Shopee dan cari pautan untuk mendaftar sebagai affiliate.
  2. Isi borang pendaftaran dengan maklumat yang diperlukan seperti nama penuh, alamat emel, dan nombor telefon.
  3. Anda juga perlu memberikan maklumat tentang akaun bank anda untuk tujuan pembayaran komisen.
  4. Setelah selesai, hantar borang tersebut. Anda akan menerima emel pengesahan dari Shopee.
  5. Ikuti arahan dalam emel tersebut untuk mengaktifkan akaun affiliate anda.

Cara Bergambar Daftar Affiliate Shopee

Step 1: Sila ke halaman pendaftaran affiliate dengan klik butang di bawah ini:

Sekiranya anda dah install app shopee, sila pergi ke bahagian profil. Kemudian klik pada bahagian ‘Affiliate Program’.

Step 2: Sila tekan butang ‘Enter’.

Step 3: Sila isikan detail yang diperlukan seperti dalam gambar di bawah. Untuk bahagian media sosial, pilih satu media sosial yang paling anda aktif.

Sekiranya anda aktif di twitter, dan ada banyak follower di twitter, anda boleh pilih twitter sebagai link ke media sosial.

Kemudian, masukkan emel anda dan klik pada butang ‘Send Code’.

Step 4: Pihak shopee akan menghantar satu kod enam angka ke emel anda. Sila salin kod tersebut untuk pengesahan emel.

Step 5: Sila masukkan kod 8JV8PE9 untuk memastikan anda layak claim bonus referral. Anda boleh abaikan ruangan ‘Referral Code’ sekiranya anda tidak berminat claim bonus referral.

Step 6: Tip pada box ‘Terms and Service..’. Kemudian tekan butang ‘Submit’.

Tunggu Untuk Pengesahan

Apabila anda berjaya melengkapkan kesemua step di atas, bagi masa kepada pihak shopee untuk mengesahkan maklumat anda itu. 

Dalam masa 3 hari bekerja, permohonan affiliate anda akan diluluskan oleh pihak shopee.

Apabila akaun affiliate anda dah diluluskan, anda akan mendapat paparan seperti di bawah ini. Anda boleh share link affiliate dekat mana yang anda suka dan tunggu untuk komisen affiliate masuk.

Akhir Kalam

Anda tahu tak ada satu strategi mudah nak menghasilkan komisen affiliate di shopee. Walaupun tak menjual, tetap boleh hasilkan komisen setiap bulan.

Bagaimana strategi ini berfungsi? Sila klik butang di bawah untuk teruskan pembacaan.

37 thoughts on “Cara Daftar Affiliate Shopee: Panduan Lengkap untuk Anda”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.