Cara Daftar Akaun Bisnes Paypal.

By Mohd Kero

Tutorial kali ini saya akan tunjukkan langkah demi langkah mendaftar akaun bisnes Paypal. Paypal merupakan payment gateway wajib ada pada setiap dropshipper USD.

Antara kelebihan menggunakan akaun bisnes ialah:

  • Boleh terima semua jenis pembayaran dengan kadar caj yang rendah.
  • Boleh terima pembayaran dari pelanggan walaupun pelanggan itu tiada PayPal.
  • Boleh hantar dan terima pembayaran lebih dari 200 negara.

1.Pertama sekali, sila daftar akaun bisnes anda di link bawah.

https://www.paypal.com/us/business

2.Masukkan alamat emel anda. Sila pastikan emel ini dikhaskan untuk bisnes. Segala transaksi akan dihantar ke emel ini.

3.Cipta password.

4.Lengkapkan segala detail tentang bisnes anda. Pastikan info yang anda masukkan itu adalah tepat.

Seperti, nama dan alamat perlulah mengikut apa yang tarcatit dalam kad pengenalan anda.

Ianya penting sekiranya berlaku apa-apa masalah dikemudian hari, Paypal akan meminta anda untuk buat pengesahan.

Salah satu cara pengesahan yang mereka guna adalah menggunakan kad pengenalan.

5.Untuk dropship USD, saya syorkan anda untuk pilih business type: Individual/Sole Proprietorship.

Product or service keywords pula bergantung kepada apa yang anda ingin jual.

What are your monthly sales pula ikut apa jualan anda sekarang.

Website pula boleh letak jika ada. Jika tiada, tinggalkan kosong.

6.Tadaa…Dah siap akaun bisnes Paypal anda. Kini, akaun Paypal anda sudah bersedia untuk menerima bayaran daripada pelanggan anda.

Anda belajar sesuatu?

Ingin tambah lagi ilmu drosphip USD. Saya ada terbitkan satu panduan khas dropship USD dalam bentuk video. Info lanjut boleh klik butang di bawah ini.

Jika anda ada apa-apa soalan berkaitan dengan pendaftaran akaun bisnes Paypal, boleh terus whastapp saya dengan tekan butang di bawah ini.