Cara Gandakan Keuntungan Produk

By Mohd Kero

Ada yang bertanya kepada saya, “Cikgu, macam mana ye kalau saya nak gandakan keuntungan jualan satu produk?”

Keuntungan ini adalah harga jual ditolak dengan harga modal, baru dapat untung.

Nak keuntungan tinggi ada dua cara mudah, iaitu:

  • Markup keuntungan jadi lebih tinggi. 

Tapi kekurangannya ialah harga jualan akan menjadi lebih tinggi. Makin tinggi harga jualan semakin kuranglah pembeli nak buat pembelian.

  • Cari pembekal yang boleh borong produk dengan harga murah.

Makin rendah harga pembekal, makin tinggilah keuntungan dapat diperoleh.

Masalahnya sekarang, dekat mana nak cari pembekal yang borong harga murah tu?

Saya rasa semua orang tahu pembekal ini, iaitu pembekal untuk satu dunia. Pembekal dari China. 

Jadi, saya akan kongsikan kelebihan memborong dari China ini kepada anda.

Banyak pilihan

Terdapat banyak pilihan produk. Sebut saja produk apa yang anda nak, pasti akan jumpa di sana. 

China juga dikenali sebagai ‘syurga produk’ kerana terdapat banyak kilang-kilang yang menghasilkan produk. 

Jadi, tak hairanlah kenapa barang di sana murah-murah kan.

Produk berkualiti

Memang saya tak nafikan bahawa ada produk China yang rendah kualiti. 

Tapi, banyak jenama-jenama besar menggunakan produk dari China sebagai pembekal mereka. 

Tak percaya, cuba tengok telefon yang terkenal, cuba tengok kat belakang telefon tu, agak-agak made in mana? China bukan.

Contohnya, Huawei, Oppo, Vivo.

Borong satu produk pun boleh

Satu mitos yang ramai percaya, nak borong barang dari China kena borong satu kontena.

Ish..ish… Mana dapat info tu?

Saya sendiri ada beli satu produk je dari China. Untuk kegunaan sendiri. Yang bestnya, harga satu produk tu pun dijual dengan harga borong.

Jenama sendiri

Kalau anda perasan, terdapat pasaraya-pasaraya tempatan yang menjenamakan produk China ini kepada jenama mereka. 

Asalnya mereka memborong produk itu dari China, kemudian meletakkan jenama mereka dengan menjual lebih mahal.

Contoh: MR.DIY, Tesco, 

Lebih murah

Mudah mendapatkan barang dengan harga jauh lebih murah berbanding dengan pembekal tempatan. 

Hal ini disebabkan China adalah lubuk pembekal yang terbesar dan termurah di dunia.

Di bawah ini adalah contoh perbandingan harga produk di China dengan shopee.

Tukaran mata wang: 1 Yuan = RM0.63

Cara borong dari China

Anda nak belajar borong dari China? Jom saya kongsikan cara yang betul, klik je butang di bawah ini untuk baca.

Boleh bantu saya share?