Strategi Jual Daun Ketapang Di Ebay Terbukti Terjual Ribuan Unit

Cikgu Khairul

Masih lagi saya ingat masa mula-mula saya berminat di ebay dulu, memang tak tahu bagaimana nak bermula. Antara masalah terbesar saya ialah tak tahu nak jual barang apa.

Sebenarnya, nak jual barang apa dekat ebay ni tak boleh dibuat secara berteka-teki. Ataupun rasa-rasa. Semua barang yang terjual di ebay ini ada data jualannya tersendiri.

Tengok Data Jualan Daun Ketapang Di Ebay

Daripada data jualan inilah yang bakal menentukan sama ada sesuatu barang itu bakal mendapat banyak permintaan ataupun tidak.

Sekiranya anda tak ada idea nak jual apa dekat ebay, saya syorkan anda bermula dengan barang-barang yang ada disekeliling anda sahaja.

Contohnya ialah daun ketapang.

daun ketapang kering ebay

Percaya ataupun tidak, daun ketapang yang banyak gugur di tepi jalan tu pun ada permintaan yang tinggi di ebay.

Tak percaya? Jom saya tunjukkan data jualan daripada ebay dengan menjual daun ketapang ini.

Macam Mana Nak Jual Daun Ketapang Di Ebay?

Satu perkara yang perlu anda sedar ialah ebay ini satu marketplace. Akan ada ratusan penjual lain yang akan menjual barangan yang sama.

Secara tak langsung, persaingan akan menjadi tinggi. Bagi sesetengah kes, seller tak terima order bukannya disebabkan barangan itu tak ada permintaan. Tapi disebabkan pembeli tak menjumpai produk tu apabila menggunakan kotak carian ebay.

Bagi anda seller baharu di ebay, saya yakin anda akan mengalami situasi yang sama. Kerap terjadi bagi seller yang belum ada pengalaman berniaga di ebay.

Bagi memastikan daun ketapang anda itu boleh dijumpai oleh pembeli, ada beberapa strategi yang boleh anda buat.

Cara pertama ialah menggunakan iklan berbayar. Cara kedua pula menggunakan SEO.

Strategi SEO Ebay

Untuk artikel kali ini, saya lebih menfokuskan kepada SEO sebab teknik ini adalah percuma.

Apa itu SEO?

SEO ini adalah optimis yang dilakukan pada tajuk dan diskripsi produk.

Untuk pastikan listing daun ketapang anda boleh muncul di kotak carian ebay, anda boleh menfokuskan kepada kata kunci ‘daun ketapang’, ‘indian leaves’ dan ‘almond leaves’. Tiga kata kunci ini merupakan carian yang tinggi di ebay.

Pastikan dalam tajuk produk anda nanti mempunyai tiga kata kunci ini. Dan dekat deskripsi pun mempunyai kata kunci ini.

Tunggu Listing Ranking

Selepas anda dan optimis kan kata kunci, berikan masa kepada algoritma ebay untuk ranking daun ketapang anda itu. Proses ini akan mengambil masa.

Apabila daun ketapang anda dah ranking di kotak carian ebay, ketika itu anda akan terima trafik setiap hari. Sama ada anda berjaya terima jualan ataupun tidak, itu bergantung kepada offer anda.

Berminat Nak Belajar?

Untuk berjaya di ebay, anda perlu sentiasa mencari winning produk. Tak boleh mengharapkan satu produk sahaja.

Salah satu cara nak cari winning produk ialah cuba tengok data jualan produk di shopee. Apa yang terjual di shopee pasti akan terjual di ebay.

Anda nak belajar tak bagaimana nak cari winning produk ni? Sila klik butang di bawah untuk teruskan pembacaan.