Nak berniaga apa di shopee? – Satu persoalan yang kerap ditanya kepada saya ialah, nak berniaga apa di shopee? Inilah pertanyaan daripada peniaga yang baru nak bermula di shopee.
Jawapan saya mudah, hanya perlu jual barang yang terbukti ramai pembeli. Jadi, anda tak perlu lagi berteka-teki barang apakah yang tinggi permintaan pada masa sekarang.
Tapi, apa barang yang tinggi permintaan tu? Jom saya kongsikan kepada anda tujuh kategori produk yang paling tinggi jualan pada tahun ini.
Tidak dapat dinafikan bahawa pakaian dan aksesori fesyen adalah kegemaran membeli-belah dalam talian.
Daripada kemeja-t kasual hingga beg berjenama, shopee menawarkan pelbagai pilihan untuk memenuhi semua gaya dan keperluan.
Bukan sahaja pakaian wanita, pakaian lelaki dan kanak-kanak juga merupakan antara barang mudah dijual online.
Telefon pintar, tablet, komputer dan powerbank ialah elektronik yang paling kerap dicari dan dibeli oleh pengguna shopee.
Mudah nak buat perbandingan harga dan spesifikasi produk menjadikan kategori ini sangat tinggi pembelian di shopee.
Dalam dunia kecantikan, pelbagai jenis produk daripada gincu sehinggalah serum muka menjadi kegemaran. Mengikuti trend kecantikan terkini, pengguna shopee sering mencari dan membeli produk ini.
Daripada perabot hingga peralatan dapur, pengguna shopee menemui semua yang mereka perlukan untuk rumah mereka.
Produk pembersihan rumah juga menjadi kegemaran, kerana kesedaran tentang kebersihan dan kesihatan meningkat.
Mainan kanak-kanak dan barangan hobi seperti peralatan sukan adalah terlaris di shopee. Selain itu, dengan pelbagai pilihan produk tempatan dan antarabangsa, pengguna mempunyai banyak pilihan.
Walaupun era digital telah berlalu begitu pantas, buku masih merupakan produk terlaris di Shopee. Sama ada buku teks, novel atau majalah, ia tetap menjadi kegemaran pengguna.
Makanan diproses, makanan segera dan makanan ringan juga merupakan produk yang kerap dibeli di shopee. Minuman seperti teh dan kopi juga mendapat tempat yang istimewa di hati pengguna.
Saya harap dengan tujuh kategori produk ini dapat mencetuskan idea kepada anda untuk mencari produk di shopee. Nak hasilkan jualan yang tinggi, kenalah jual produk yang ada permintaan dari pembeli.
Apa yang saya kongsikan di atas hanyalah sebahagian barang yang mudah dijual online sahaja. Saya ada senaraikan lagi 100 produk paling laris di shopee dekat dalam ebook di bawah ini.
Mungkin dapat memberikan anda idea selepas tahu permintaan produk-produk dalam kategori yang lain.
Dalam ebook ini saya kongsikan satu produk yang mempunyai 7 juta jualan. Sila klik butang di bawah ini kalau anda berminat nak tahu.