Pengalaman Menjual Di Ebay Untung RM22,475

Kisah Saya..

Sebelum itu, suka saya perkenalkan diri dahulu. Saya Khairul merupakan seorang peniaga online. Saya juga merupakan penjual di shopee. Tapi kali ini saya nak kongsikan pengalaman saya menjual di ebay walaupun saya tak mempunyai produk sendiri.

Bagaimana saya buat? produk apa yang saya jual? Dan bagaimana saya mengepos parcel ke luar negara? Semua itu saya kongsikan dalam artikel ini.

Kisah Bermula..

Saya sebenarnya masih baru jadi seller di ebay. Seingat saya, dalam awal tahun 2021 baru saya berjinak-jinak dengan ebay. Apa yang menarik minat saya dengan ebay ini ialah saya boleh markup harga sehingga sepuluh kali ganda daripada harga kos produk. 

Salah satu produk yang saya jual ialah sos perasa maggi. Kalau dekat negara kita, satu botol sos perasa maggi 200ml ini hanyalah RM7. Tapi bila saya letak sos perasa ini dekat ebay dengan harga USD14.95 (bersamaan RM68.43), masih ada mat salleh nak beli.

Daripada situlah saya nampak peluang ada permintaan tinggi daripada pembeli di luar negara terhadap produk tempatan kita. Cuma produk tempatan ini mereka tak boleh beli di negara mereka. Nak tak nak, kena beli menggunakan ebay jugak.

Bagaimana Proses Menjual?

Asas kepada menjual kenalah jual barang yang ada permintaan. Sebelum anda ingin meletakkan apa-apa produk di ebay, pastikan anda buat market research dahulu sama ada sesuatu produk itu ada permintaan daripada pembeli ataupun tidak.

Kalau anda skip langkah market research ini, boleh saya katakan anda hanya membuang masa sahaja. Tak ada pembelian, apa yang anda dapat hanyalah penat sahaja.

Dua Perkara Utama

Dalam pemilihan produk, saya akan tengok kepada dua perkara. Pertama daripada jumlah jualan, dan kedua pula dari produk yang tak mudah rosak.

Ciri #1: Mempunyai jualan 1,000 unit ke atas.

Cara yang paling mudah adalah dengan menjual produk yang terbukti mempunyai jualan yang tinggi. Untuk ebay, saya hanya perlu cari satu produk yang terjual 1,000 unit ke atas.

Kenapa perlu 1,000 unit?

Daripada pengalaman saya sendiri, 1,000 unit jualan itu cukup membuktikan sesuatu produk itu ada permintaan yang tinggi daripada pembeli.

Ciri #2: Produk tidak mudah rosak.

Disebabkan produk ini akan dipos ke luar negara, memerlukan masa penghantaran yang lama. Saya akan pastikan produk tidak berada dalam kategori mudah pecah ataupun mudah rosak. 

Antara cabaran menjual di ebay ialah rating daripada pembeli. Salah satu punca seller mendapat rating yang rendah di ebay ialah pembeli tidak berpuas hati dengan barang yang mereka terima.

Tengok gambar dekat ebay nampak cantik, bila sampai kat tangan mereka, kemek situ, kemek sini. Bengkok situ, bengkok sini. Jadi produk tidak mudah rosak ini merupakan kriteria yang kritikal perlu diutamakan.

Teknik Apa Tu?

Teknik ini sesuai bagi mereka yang tiada modal tapi nak cuba berniaga di ebay. Teknik saya gunakan ini ialah menjual secara dropship.

Saya yakin anda tentu tahu apa itu dropship kan?

Cara dia mudah je. Saya menjual produk daripada penjual lain dengan menaikkan sedikit harga.

Penjual itu saya cari dekat Shopee. Mudah. Tak payah pening-pening kepala.

Permintaan Dari Pembeli

Perkara yang bakal menentukan jualan di ebay ialah produk. Produk yang tepat dapat mempengaruhi jumlah jualan anda di ebay. 

Produk yang tepat itu bermaksud produk yang mempunyai permintaan yang tinggi di ebay. Bagi anda pertama kali berniaga di ebay, pemilihan produk yang tepat adalah proses agak rumit untuk anda.

Saya ada senaraikan 13 produk terlaris di ebay. Anda boleh download ebook ini untuk dapatkan idea.

Sila isi nama dan emel anda untuk download ebook ini secara percuma.

Apa Saya Jual Di Ebay?

Salah satu produk yang saya jual di ebay ialah sellotape. Dengar macam produk ini biasa-biasa je kan? Tapi jangan buat tanggapan awal dahulu. 

Nak tahu kenapa? Jom teruskan pembacaan di bawah ini.

Kenapa saya nak jual sellotape ini? Kan ada banyak lagi produk lain.

Jawapan ringkas ialah data jualan.

Saya buat keputusan nak menjual sellotape ini kerana saya dapati jualan produk ini tinggi di ebay.

Tak percaya?

Jom saya tunjukkan hasil carian sellotape ini dekat ebay dan jumlah jualan yang berjaya dihasilkan oleh seller lain.

Pastikan Memenuhi Kriteria.

Walaupun sellotape ini ada jualan yang tinggi, saya tetap akan double check dulu adakah sellotape ini memenuhi kriteria produk hot ataupun tidak. 

  • Jumlah jualan melebihi 1,000 unit (lulus).
  • Produk tidak mudah rosak (lulus).

Saya lihat sellotape ini memenuhi ciri-ciri produk hot. Atas sebab itulah saya mengambil keputusan untuk menjual sellotape ini.

– Tips –

Anda jangan anggap semua produk yang tinggi jualan itu sesuai untuk dibuat dropship. Sebab saya pernah jumpa produk yang tinggi jualan, tapi apabila saya jual, tak ada yang nak beli.

Ada kemungkinan kitar hidup produk itu sudah sampai kemuncak. Kata mudah produk itu sudah basi.

Berapa Harga Di Shopee?

Setelah saya tahu sellotape ini memenuhi kriteria produk hot, saya akan cuba survey harga di shopee. Ianya bertujuan untuk menentukan sama ada sellotape ini boleh menghasilkan keuntungan ataupun tidak.

Kalau ada keuntungan, saya akan teruskan ke step berikutnya. Kalau tak mendatangkan keuntungan, ataupun untung sikit, saya akan cari produk yang lain.

Jika dilihat, harga sellotape penjual shopee ini jual adalah RM1.60 untuk satu unit. Ya, memang ada peluang nak untung.

Strategi Bundle.

Apa yang saya buat adalah dengan menjual sellotape ini dalam bentuk bundle. Satu bundle ada 12 unit sellotape. Harga pula saya akan naikkan kepada 22.99 USD (bersamaan RM106).

Tujuan strategi bundle adalah nak menggandakan keuntungan. Walaupun harga jualan produk akan menjadi tinggi, produk masih lagi berbaloi di mata pembeli disebabkan mereka dapat dalam kuantiti yang banyak.

Kalau ditukarkan ke dalam ringgit, 22.99 USD ini bersamaan dengan RM106. Kalau anda ambil sellotape ini dekat shopee, harga satu unit hanya RM1.60. 

Anda nampak tak keuntungan dekat situ?

Tapi itu hanyalah kiraan secara kasar. Ada banyak lagi kos tersembunyi kalau anda nak menjual di ebay ini. Contohnya cukai dan caj daripada ebay itu sendiri.

Jom saya buat kiraan keuntungan bersih.

- Keuntungan -

Caj ebay + SST = 15%

Harga 12 sellotape di shopee = RM1.60 x 12 = RM19.20

Jumlah caj ebay + SST = RM106 x 15% = RM15.90

Untung bersih = RM106 – RM15.90 – RM19.2 = RM70.90

Untuk sellotape ini, saya mengenakan caj penghantaran kepada pembeli. Jadi caj penghantaran tidak termasuk dalam kos jualan sebab ia dikenakan terus kepada pembeli.

Saya dapat untung bersih RM70.90 setiap kali ada pembeli membeli sellotape ini daripada saya. Untuk rekod, saya telah menerima order sebanyak 317 hanya menjual sellotape ini.

Jumlah keuntungan = RM70.90 x 317 = RM22,475

Menarik kan? Walaupun hanya jual satu produk sahaja, saya berjaya menjana lima angka di ebay.

Itu baru satu produk. Cuba bayangkan jika kedai ebay anda mempunyai 100 jenis produk dengan menggunakan teknik ini.

Ringkasan

Jadi, suka saya ringkaskan sedikit bagaimana cara saya buat keuntungan lima angka di ebay dengan satu produk.

  1. Cari produk 1,000 jualan ke atas di ebay.
  2. Pastikan produk bukan kategori mudah pecah.
  3. Jika dua syarat ini dipenuhi, barulah boleh list kan produk ini dekat ebay.
  4. Guna strategi bundle untuk gandakan keuntungan.
  5. Jika ada pembeli, beli daripada penjual di shopee kemudian poskan ke alamat anda.
  6. Apabila produk sampai ke tangan anda, poskan produk itu kepada pelanggan anda menggunakan DHL Express.
  7. Produk sampai ke tangan pembeli.
  8. Anda dapat keuntungan.

Dropship Secara Automatik.

Sebenarnya strategi ini tidak terhad kepada barangan shopee sahaja, nak ambik produk dari tiktok pun boleh.

Yang paling menarik adalah anda boleh automasikan strategi ini. Nak tahu tak macam mana nak buat? Jom klik butang di bawah untuk teruskan bacaan.