Strategi Elak Perang Harga di Shopee.

oleh Mohd Khairul

Nak elak pesaing main buang harga di Shopee? Apa yang saya buat adalah dengan hanya fokus pada satu niche sahaja.

Apa itu niche? Niche ini adalah pengkhususan. Dalam erti kata mudah, anda hanya perlu fokus menjual pada barangan kategori yang spesifik saja.

Saya bagi contoh. Anda ingin menjual benda berkaitan dengan fesyen. Fesyen ini merupakah niche, tapi niche yang besar. Fesyen ini boleh dipecahkan lagi kepada fesyen berkaitan dengan baju, seluar, kasut, beg tangan dan lain-lain.

Lagi dalam sesuatu niche itu, lagi baik. Jika anda nak fokus pada fesyen berkaitan dengan kasut, anda boleh buat satu kedai Shopee berkaitan dengan kasut.

Elakkan menjual produk yang campur-campur dalam satu kedai. Jual sambal, jual botol susu, jual beg tangan dalam satu kedai. Jika anda nak menjual barangan baby, hanya fokus kepada menjual barangan baby sahaja. Seperti permainan kanak-kanak, botol susu, baju dan lain-lain.

Mungkin sebelum ini, kedai Shopee anda penuh dengan pelbagai produk yang bercampur-campur niche. Ianya masih belum terlambat untuk anda fokus pada satu niche untuk satu kedai Shopee.

Kelebihan menjual mengikut niche adalah anda boleh boleh menaikkan kepercayaan pelanggan terhadap kedai anda.

Saya bagi satu contoh. Jika anda ingin membeli ubat botak.

Kedai A jual: Kipas angin, sambal ikan bilis, selimut, kasut, ubat botak, sarung bantal.

Kedai B jual: Shampo rambut, ubat botak, minyak rambut, hair dryer.

Antara kedai A dan kedai B, mana satu anda lebih percaya untuk buat pembelian sekiranya harga yang mereka tawarkan itu adalah sama? Saya percaya anda pasti akan pilih kedai B.

Sebab di mata pelanggan, mereka lebih nampak kedai B lebih tahu tentang masalah mereka berbanding dengan kedai A yang menjual produk rojak itu.

Kalau tak suka bersaing dan main buang harga, pilihan terakhir adalah dengan keluar daripada menjual di marketplace percuma, seperti Shopee, Lazada dan lain-lain.

Yang best berniaga di marketplace percuma ini adalah anda tak perlu cari pelanggan. Pelanggan yang akan cari anda. Yang tak best bila pelanggan mencari, mereka tidak jumpa kedai anda sahaja. Tapi kedai-kedai pesaing anda yang menjual produk yang sama.

Sebenarnya, tiga tahun lepas lagi saya cuba-cuba menjual di platform selain marketplace percuma ini. Kekurangan yang paling saya rasai ialah anda perlu buat marketing untuk tarik pelanggan ke kedai anda. Tapi kurang saingan.

Persaingan memang ada. Tapi tidaklah seramai persaingan di marketplace percuma itu. Pengalaman saya sendiri, dalam satu niche akan ada 2-3 pesaing yang jual produk yang sama.

Tapi awal-awal saya beritahu, platform ini memerlukan modal yang agak besar. Paling kurang pun RM3,000 untuk permulaan.

Saya sendiri bermula dengan RM3,000. 

Menggunakan konsep dropshipping, pelanggan perlu membayar kepada anda terlebih dahulu. Kemudian, duit yang pelanggan bayar kepada anda itu anda gunakan untuk membuat pembelian.

Sebagai contoh, jika anda menjual satu produk pada harga USD49, anda boleh mencari supplier yang menjual produk yang sama dengan harga jauh lebih murah, contohnya USD19. Lebihan daripada itu, itulah keuntungan yang anda dapat.

Yang seronoknya, saya berjaya hasilkan jualan kasar RM500,000. Untung bersih yang saya dapat ialah sekitar RM100,000.

Saya ada rakam video langkah demi langkah untuk memulakan bisnes dalam platform ini. Jika anda berminat, boleh klik butang di bawah ini. Saya nak bagi percuma je.