10 Produk NJB Paling Tinggi September 2020

By Mohd Kero

Saya pasti anda sudah download ebook 100 Produk Laku Keras versi September bukan? Kerana saya hanya kongsi artikel ini kepada yang dah download ebook sahaja.

Straight to the point..

Apa itu NJB?

Suka saya jelaskan sikit pasal NJB ini. NJB ini merupakan singkatan kepada Nisbah Jualan Bulanan.

Dengan mengetahui NJB sesuatu produk, ianya mudah untuk anda mengesan permintaan terhadap produk tersebut pada peringkat awal.

Peratusan NJB yang tinggi memberikan maksud bahawa produk itu masih lagi baru. Walaupun ianya masih lagi baru, jualan bulanan produk tersebut adalah tinggi.

Itu sudah cukup memberi signal bahawa produk tersebut tengah laku keras.

10 Produk NJB Tinggi September 2020

Nota: Oleh kerana jualan produk semakin meningkat hari demi hari, NJB mungkin berlainan sedikit dengan nilai yang dilampirkan.

Jadi, kenapa pentingnya tahu produk yang laku keras ini?

Ianya berguna dalam meramal kehendak pembeli pada ketika ini. Tidak lama lagi Karnival 11.11 dan Karnival 12.12 bakal berlangsung. Dengan tahunya kehendak pembeli ini, anda sebagai seller Shopee sudah boleh meramal produk apakah yang bakal dicari oleh pembeli pada karnival-karnival yang akan datang nanti.

Kepada yang nak borong barang dari China pula, anda tidak perlu perjudikan nasib untuk memborong produk yang belum tentu ada permintaan. Dengan tahu kehendak pembeli, ianya adalah lebih terjamin produk yang bakal anda borong nanti habis terjual.

Anda belajar sesuatu?

Ingin tambah lagi ilmu berniaga di Shopee. Saya ada terbitkan satu panduan khas Shopee kepada anda yang berminat. Info lanjut boleh klik butang di bawah ini.