Anda Ingin Tahu Cara Memborong Barangan Dari China Secara Online?

Jom saya akan tunjukkan anda bagaimana cara memborong barang dari china, dengan hanya menggunakan phone sahaja.

Lubuk Borong China.

Sebenarnya, ramai penjual di Shopee memborong barangan terus dari China. Kelebihan borong terus dari China adalah anda dapat kaut keuntungan lebih besar. Dengan kata mudah, anda boleh kaut keuntungan dua kali ganda daripada harga barang.

Ada dua laman web yang paling saya syorkan untuk borong China ini. Iaitu:-

  • Alibaba.com
  • Taobao.com

Secara ringkas, taobao ini ditubuhkan untuk pemborong-pemborong kecil yang mahu memborong secara kecil-kecilan. Manakala Alibaba ini pula dikhaskan untuk pemborong-pemborong besar yang boleh borong satu kontena.

Untuk anda sebagai pemborong kecil, saya amat syorkan anda untuk borong barang di Taobao. 

Yang bestnya borong di taobao ialah tiada MOQ (Minimum Order Quantity). Jadi anda boleh borong walaupun satu unit barang saja.

Jom Saya Tunjuk Contoh.

Berbalik kepada cara untuk cari produk hot, saya akan pastikan produk yang bakal saya borong ini mempunyai ramai pembeli.

Hasil carian saya, saya dapati periuk tahan karat ini mempunyai jualan yang tinggi pada bulan ini. Harga jual RM31.66 di Shopee.

Saya akan cari periuk yang sama dekat web Taobao. Saya dapati harga periuk ini di Taobao adalah RM18.36.

Murah je kan? Tapi ianya tidaklah semudah itu. Sebab ada beberapa risiko yang bakal anda hadapi.

Paling kerap yang pernah saya alami adalah beli barang lain tapi terima barang lain. Beli barang besi tapi terima barang plastik.

Tapi jangan risau, cara untuk elakkan ditipu oleh penjual di Taobao ini adalah anda cari penjual yang mempunyai rating yang tinggi.

Setiap penjual di Taobao dikelaskan mengikut rating berdasarkan berapa lama mereka berniaga dan berapa transaksi jualan yang berjaya mereka lakukan.

Makin tinggi rating makin trusted. 

Kaedah Tempahan.

Ada dua cara untuk buat tempahan melalui web Taobao.

  • Tempah terus melalui web Taobao.
  • Tempah melalui agen.

Kelebihan tempah menggunakan web Taobao adalah kos lebih murah. Manakala menggunakan agen, anda perlu membayar sedikit kepada agen sebagai upah mereka menguruskan barang anda itu.

Walauupun lebih mahal, risiko untuk ditipu oleh penjual Taobao adalah lebih rendah. Ia disebabkan, agen akan periksa dahulu barang yang anda beli adakah menepati barang yang dipamerkan di web Taobao.

Jika anda berpuas hati dengan kondisi barang itu, barulah agen akan pos ke alamat anda. Jika anda tidak berpuas hati, anda boleh minta agen untuk minta refund.

Cuba bayangkan jika anda tempah terus melalui web Taobao, tiada siapa pun boleh periksa dahulu barangan anda itu sebelum dipos. 

Nanti bila barang dah sampai ke alamat anda, andai kata itu bukan seperti yang dipamerkan di Taobao, memang terkenalah anda.

Nak minta refund kena hantar balik barang itu ke China dahulu. Kos pos ke China mahal tau. Jadi fikir-fikirkanlah kaedah mana yang terbaik untuk anda. 

Nak Belajar?

Adakah anda nak tahu lebih banyak cara betul borong dari China ini? Saya ada hasilkan satu toturial khas untuk anda.

Tutorial ini saya hasilkan sejak tahun 2017 lagi, sampai sekarang saya telah berjaya membantu seramai 2,000 orang untuk memborong barangan dari China.

Sila klik butang di bawah untuk saya kongsikan tutorial lengkap memborong barangan dari China ini.

Copyright © 2024 Cikgu Shopee
Disclaimer Privacy Policy Terms & Conditions