Tujuh Barang Yang Cepat Laku Dijual Online – Membeli-belah dalam talian telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita, dengan semakin ramai pengguna beralih kepada e-dagang untuk keperluan harian mereka.
Salah satu platform e-dagang yang paling popular di negara kita ialah shopee. Daripada pelbagai kategori produk, berikut adalah tujuh produk barang yang cepat laku dijual online pada tahun ini.
Tidak dapat dinafikan bahawa pakaian dan aksesori fesyen adalah kegemaran membeli-belah dalam talian.
Daripada kemeja-t kasual hingga beg berjenama, shopee menawarkan pelbagai pilihan untuk memenuhi semua gaya dan keperluan.
Bukan sahaja pakaian wanita, pakaian lelaki dan kanak-kanak juga merupakan barang terlaris di shopee.
Telefon pintar, tablet, komputer dan powerbank ialah elektronik yang paling kerap dicari dan dibeli oleh pengguna shopee.
Mudah nak buat perbandingan harga dan spesifikasi produk menjadikan kategori ini sangat tinggi pembelian di shopee.
Dalam dunia kecantikan, pelbagai jenis produk daripada gincu sehinggalah serum muka menjadi kegemaran. Mengikuti trend kecantikan terkini, pengguna shopee sering mencari dan membeli produk ini.
Daripada perabot hingga peralatan dapur, pengguna shopee menemui semua yang mereka perlukan untuk rumah mereka.
Produk pembersihan rumah juga menjadi kegemaran, kerana kesedaran tentang kebersihan dan kesihatan meningkat.
Mainan kanak-kanak dan barangan hobi seperti peralatan sukan adalah terlaris di shopee. Selain itu, dengan pelbagai pilihan produk tempatan dan antarabangsa, pengguna mempunyai banyak pilihan.
Walaupun era digital telah berlalu begitu pantas, buku masih merupakan produk terlaris di Shopee. Sama ada buku teks, novel atau majalah, ia tetap menjadi kegemaran pengguna.
Makanan diproses, makanan segera dan makanan ringan juga merupakan produk yang kerap dibeli di shopee. Minuman seperti teh dan kopi juga mendapat tempat yang istimewa di hati pengguna.
Bagaimana? Adakah anda mengetahui barang apakah yang cepat laku dijual online sekarang?
Sekiranya anda inginkan senarai lengkap, 100 produk paling tinggi jualan pada bulan lepas, anda boleh download ebook di bawah ini.
Apa yang saya kongsikan di atas hanyalah sebahagian produk terlaris sahaja. Saya ada senaraikan lagi 100 produk paling laris di shopee dekat dalam ebook di bawah ini.
Mungkin dapat memberikan anda idea selepas tahu permintaan produk-produk dalam kategori yang lain.
Dalam ebook ini saya senaraikan 100 produk yang mempunyai jumlah jualan lebih 7 juta unit. Nak tahu produk apa?
Klik butang di bawah untuk download ebook ini.