Apakah barang yang mudah dijual? Inilah persoalan yang sering berada dalam fikiran setiap peniaga online. Sebagai peniaga online, sudah tentu anda inginkan barang yang anda jual laku cepat bukan?
Jadi, apakah barang yang cepat laku dijual secara online pada bulan ini? Untuk menjawab persoalan itu, saya senaraikan beberapa jenis barang yang mempunyai jumlah jualan tertinggi pada setiap bulan.Â
Barang-barang ini saya senaraikan ini adalah data yang saya ambil daripada marketplace shopee.
Dengan mengetahui produk yang mudah laku dijual ini, saya berharap anda akan dapat menjana jualan yang konsisten pada setiap bulan.
Dompet merupakan barang yang cepat laku dijual online pada setiap bulan. Wanita memerlukan dompet untuk mengisi barangan mereka terutama peralatan solek.
Kotak simpanan merupakan produk yang mudah laku dijual secara online. Ramai yang membeli kotak ini untuk mengisi pakaian mereka terutamanya kasut.
Seperti yang kita tahu, negara kita sedang dilanda wabak Covid19 sekarang ini. Permintaan terhadap face mask sejak awal tahun 2020 lagi mencanak naik.
Jika diperhatikan, kadar kelahiran di negara kita ini ialah 500 ribu pada setiap tahun. Jadi tak hairanlah kenapa produk penyusuan bayi ini sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada pembeli.
Produk penyusuan bayi ini merangkumi botol susu, puting susu, bra mesra penyusuan & pam susu.
Bagaimana? Adakah anda mengetahui barang apakah barang yang mudah dijual?
Sekiranya anda inginkan senarai lengkap, 100 produk paling tinggi jualan pada bulan lepas, anda boleh download ebook di bawah ini.
Dalam ebook ini saya senaraikan 100 produk yang mempunyai jumlah jualan hampir 7,000,000 unit. Nak tahu produk apa?
Klik butang di bawah untuk download ebook ini.
Boleh bantu saya share?