Bagaimana cara beli barang dari china? Selamatkah membeli barang dari china? Berapa lamakah barang akan sampai?
Saya yakin mesti persoalan ini berada difikiran anda sekarang bukan. Seperti yang kita tahu, china merupakan lubuk barangan satu dunia. Boleh dikatakan apa saja produk yang anda lihat berada di pasaran sekarang, hampir 80 peratus diimport dari china.
Nak beli barang dari china tidak serumit dulu. Kerana sekarang anda boleh mencari supplier dengan hanya secara atas talian.
Kalau dulu nak borong barang dari china sudah menjadi kepastian perlu terbang ke china. Perlu beli tiket kapal terbang, mohon visa, sewa hotel dan sebagainya.
Senarai bawah ini merupakan perkara yang wajid anda sediakan untuk memborong barang dari china.
Perkara | Kos Anggaran |
---|---|
Tiket kapal terbang | RM1,100 |
Visa | RM200 |
Hotel | RM600 |
Makan & pengangkutan | RM600 |
Shipping & bagasi | RM500 |
Jumlah | RM3,000 |
Tapi sekarang lebih mudah. Anda tak perlu pun sediakan perkara di atas ini. Apa yang anda perlukan hanyalah sambungan internet. Terus boleh memborong barang dari china.
Terdapat tiga cara atau tempat beli barang dari china secara atas talian yang saya syorkan kepada anda. Iaitu taobao, 1688 dan pindoudou.
Ketiga-tiga supplier ini merupakan supplier dari china. Ramai peniaga terutamanya peniaga di shopee memborong di situ kerana harga yang ditawarkan agak murah.
Langkah pertama anda untuk membeli barang dari taobao ialah mendaftar akaun terlebih dahulu.
1.Sila layari www.taobao.com
Ketika ini anda dapati seluruh website taobao ini bertulisan mandarin. Kalau ada fasih berbahasa mandarin itu sudah satu kelebihan buat anda. Pada mereka yang tak faham langsung bahasa mandarin pun macam mana?
Cara yang selalu saya gunakan ialah menterjemah seluruh website taobao menggunakan fungsi yang ada dekat google chrome. Anda boleh tengok gambar di bawah ini bagaimana saya menterjemah website taobao ini kepada bahasa inggeris.
2. Lepas itu klik pada butang ‘Join Free’
Di sini anda perlu mengisi nombor telefon anda sebagai pengesahan. Satu kod pengesahan akan dihantar ke nombor telefon yang anda masukkan tadi melalui sms. Jadi sila masukkan nombor telefon yang aktif.
3. Isikan nama dan kata laluan.
Apabila kod yang dihantar ke telefon anda disahkan, anda akan dibawa ke halaman mencipta username dan password. Kemudian tekan butan ‘Submit’.
Satu emel pengesahan akan dihantar ke emel anda bagi memaklumkan akaun taobao anda sudah berjaya dicipta. Klik pada link yang ada dalam emel itu. Jika tiada emel yang masuk, sila tunggu sekurang-kurangnya 24 jam.
4. Login akaun taobao.
Sekarang anda boleh login ke akaun taobao anda menggunakan username dan pasword yang anda cipta sebelum ini.
Seperti taobao juga, untuk membeli barang dari 1688 anda dikehendaki mendaftar akaun terlebih dahulu.
1. Sila layari www.1688.com
Langkah seterusnya adalah sama dalam mendaftar akaun di taobao.
Berbeza dengan taobao dan 1688, pinduoduo hanya boleh diakses menggunakan aplikasi sahaja. Anda boleh download aplikasi pinduoduo di play store atau apple store.
Buat pengetahuan anda, Pinduoduo ini merupakan aplikasi marketplace yang direka khas untuk rakyat china sahaja. Jadi bagaimana anda yang berada di luar dari china nak membeli daripada aplikasi ini?
Hanya satu cara yang boleh anda gunakan ialah menggunakan khidmat agen. Agen akan menolong anda membuat pembelian kemudian mereka akan pengepos barang anda beli tadi ke alamat anda.
Murah sangat ke harga penjual di china ini tawarkan? Jom saya tunjukkan perbezaan harga barang di china dengan harga barang di shopee?
Car Usb Fan
Harga di Shopee = RM88.80
Harga di China = RM34 + RM9.30 (shipping) = RM43.30 sahaja.
36V Impact Drill
Harga di Shopee = RM155.50
Harga di China = RM97 + RM21 (shipping) = RM118 sahaja.
Push Up Bar
Harga di Shopee = RM27.99
Harga di China = RM9.90 + RM9.30 (shipping) = RM18.20 sahaja.
Antara taobao, 1688 dan pinduoduo, yang mana satukah pilihan saya untuk memborong barangan dari china?
Saya lebih memilih pinduoduo kerana harga yang ditawarkan sedikit murah daripada penjual di taobao dan 1688.
Tapi ianya bukanlah bermaksud harga barangan ditawarkan di pinduoduo terlampau murah. Ada saja barang yang saya jumpa taobao lagi murah daripada pinduoduo.
Bergantung kepada jenis produk. Walaupun begitu, jurang harga antara ketiga-tiga marketplace ini tidaklah terlalu ketara.
Secara keseluruhannya, terdapat dua cara penghantaran beli barang dari china. Pertama ialah secara terus daripada penjual di china, dan yang keduanya pula ialah melalui khidmat agen.
Pertama sekali adalah kos penghantaran yang dikenakan. Penghantaran melalui terus daripada penjual dari china adalah lebih murah jika dibandingkan kos penghantaran menggunakan khidmat agen.
Kedua pula dari segi keselamatan barang yang dihantar. Jika menggunakan khidmat agen, setiap barang yang dibeli akan diperiksa kualiti dan kuantiti oleh agen terlebih dahulu. Agen akan memastikan barang yang bakal dihantar kepada anda berada dalam keadaan baik.
Sekiranya terdapat kecacatan pada barang seperti pecah contohnya, agen akan memaklumkan kepada anda. Dari situ anda boleh meminta agen untuk menuntut ganti rugi bagi pihak anda. Proses tuntutan ganti rugi pun lebih mudah kerana barang masih lagi di china.
Berlainan pula jika anda menggunakan cara penghantaran beli barang dari china terus daripada penjual di sana. Anda tak boleh memastikan produk yang bakal dihantar nanti berada dalam keadaan yang baik.
Ada kemungkinan juga produk yang anda beli jenis lain, tapi bila sampai ke tangan anda jenis lain pula.
Kalau anda nak tuntut ganti rugi, anda perlu menghantar balik produk yang anda beli itu tadi ke penjual di china. Kos penghantaran barangan ke china bukan murah tau.
Cara penghantaran beli barang dari china ke negara kita mempunyai dua kaedah. Iaitu satu melalui udara, dan satu lagi melalui jalan laut.
Bagi barang yang kecil dan ringan adalah lebih sesuai menggunakan penghantaran melalui udara. Jalan udara kurang sesuai sekiranya barang itu besar dan berat disebabkan kos penghantaran yang dikenakan terlalu mahal.
Bagi barang yang besar dan berat pula, penghantaran melalui jalan laut adalah lebih sesuai. Kos penghantaran melalui jalan laut selalunya lebih murah dan berbaloi.
Sebagai contoh pengiraan, andaikan berat parsel anda ialah 10kg.
Kos keseluruhan = 10kg x RM19.08 = RM190.8
Sebagai contoh pengiraan, andaikan berat parsel anda ialah 10kg.
Jadi, kos 1kg pertama = RM10.81
Berbaki lagi 9kg.
Kos 9kg = 9 x RM4.01 = RM36.09
Kos keseluruhan = RM10.81 + RM36.09 = RM46.90
Tempoh masa penghantaran pula semestinya berbeza. Jalan udara adalah lebih cepat jika nak dibandingkan dengan jalan laut.
Berdasarkan pengalaman pembelian saya, tempoh penghantaran melalui jalan udara selalunya kurang daripada 7 hari bekerja.
Manakala penghantaran melalui jalan laut pula memerlukan masa 20 sehingga 30 hari untuk parsel sampai ke tangan anda.
Anda perlu tahu, tak semua peniaga dari china ini berlaku jujur dalam menjual barangan mereka. Pengalaman saya sendiri, sebelum ini saya ada borong 100 unit speaker elektrik.
Apabila speaker ini sampai ke tangan saya, hanya 80 unit saja yang berfungsi dengan baik. Baki 20 unit tak keluarkan bunyi langsung.
Ini merupakan risiko yang perlu anda hadapi sekiranya ingin memborong barang dari china. Anda perlu tahu, kualiti produk yang anda borong dari china itu bukanlah sama kualiti seperti pengilang dari Jepun atau Jerman.
Walaupun harga speaker yang saya borong ini jauh lebih murah daripada harga penjual dari negara kita, risiko kerugian masih lagi ada.
Salah satu cara berhati-hati beli barang dari china adalah cuba elakkan beli barangan jenis elektronik seperti ini.
Kalau anda tiada pilihan, anda perlu periksa latar belakang penjual terlebih dahulu bagi memastikan penjual ini boleh dipercayai dan serius dalam bisnes mereka.
Artikel berkaitan: Kes Study RM104,220 Jual Termos Di Shopee Melalui Borong China.
Berita baik! Saya sudah sediakan checklist bagi memastikan penjual yang anda ingin berurusan itu boleh dipercayai. Ianya 100% berdasarkan pengalaman saya sendiri memborong barang dari china.
Nak tahu apa checklist itu? Anda boleh download ebook di bawah ini.
Dalam ebook ini saya senaraikan ‘checklist’ bagi mengenal pasti penjual mana yang boleh dipercayai. Ianya penting bagi mengelakkan anda ditipu ketika membeli nanti.
Sila isikan nama dan emel anda untuk download secara percuma.
Jika anda ingin belajar lebih lanjut cara membeli barang dari China, anda boleh baca perkongsian Tuan Nigel. Saya masa mula-mula nak beli barang dari china pun belajar dengan Tuan Nigel.
Klik butang di bawah untuk baca perkongsian beliau tentang borong china ini.
Saya berharap perkongsian cara beli barang dari china ini dapat membantu anda nanti.
Pss.. Sekiranya anda ada apa-apa pertanyaan, sila tinggalkan soalan anda di ruangan komen di bawah. Dalam sepantas kilat saya akan menjawab pertanyaan anda itu.
56 thoughts on “Cara Beli Barang Dari China Paling Mudah dan Selamat Pada Tahun Ini”
Hi, Cikgu,
Bagaimana nak dropship barang dari China di Malaysia, kalau tak nak beli direct dari China platform? Sila ajar ya? Terima Kasih.
Boleh try guna servis agen.
cikgu
bila dah masuk ke dalam website taobao, macam mana nak tukar matawang china kepada ringgit malaysia. kena guna ejen ke
Tak boleh tukar. Mata wang tu akan ditukar ketika nak buat pembayaran.
Hi cg, aplikasi pinduoduo dekat playstore xde pun..mcm mne
Memang tak ada di playstore, sebab app ni direka khas untuk rakyat negara china shj. Dibuat utk rakyat mereka membeli sahaja.
kalau dah beli barang di taobao, kena 2x bayar shipping ke? 1st bayar untuk ship barang ke warehouse. pastu bayar untuk ship ke malaysia. Macam mana nak beli yg direct dari seller ke malaysia?
Ya, kena bayar dua kali kalau guna servis agen. Kalau nak sekali bayar, boleh deal direct dengan seller china tu. Tapi kena make sure seller tu boleh dipercayai.
Cikgu saya ada beli barang di taobao.saya nak tanya saya terus beli barang dari penjual di china. Adakah barang tersebut boleh terus sampai ke alamat rumah saya? Atau saya kena appoint juga 3rd party untuk uruskan?
Dekat bahagian order cart, akan ada pilihan sama ada nak pilih ‘home delivery’ ataupun ‘pick up from pick up point’. Kalau pilih home delivery, parcel akan dihantar ke alamat rumah.
Cikgu , ade buat kelas atau kursus tak untuk saya belajar borong barang dari China ? Saya nak belajar .
Ya ada
Kalau ade kelas atau kursusnya , kat mana ? Macam mana saya nak contact ?
Boleh join kelas ni: https://go.cikgushopee.com/taobao