Cara Research Produk Hot Di Shopee

oleh Mohd Kero

Bagaimana cara research produk hot di shopee? Ini merupakan pertanyaan yang kerap saya terima. Ramai di antara follower saya nak tahu bagaimana saya buat research produk yang boleh ada ramai pembeli?

Saya yakin, mesti ramai yang berminat nak borong produk sendiri. Tapi mereka ini ada satu perasaan takut dalam hati mereka, iaitu takut produk mereka nanti tak laku.

Ye lah kan. Nak borong produk ini memerlukan anda keluarkan banyak modal. Jadi risau jugak bila nak jual nanti, tak ramai yang beli. Modal habis terbakar macam tu jer.

Perasaan takut macam ini saya pun pernah alami masa mula-mula nak memborong produk dari China dulu. Bila pertama kali anda nak borong, memang banyak perkara yang anda fikirkan. Takut ini, takut itu.

Jadi, ada tak cara untuk memastikan produk yang diborong itu ada pembeli?

Sudah tentu ada. Kaedah ini saya gunakan sampai sekarang. Ianya bukanlah sekadar rasa-rasa, tapi lebih kepada data dan maklum balas daripada pembeli itu sendiri.

Cara Saya Buat Research Produk Hot Di Shopee

Pertama sekali, anda perlu ke shopee. Dekat sini, anda kena cari sekurang-kurangnya 10 produk yang mempunyai jualan yang tinggi.

Kalau boleh harga produk itu mestilah dalam lingkungan harga dari RM40 sehingga RM60. Kenapa kena cari harga macam itu? Nanti saya tunjukkan sebabnya kenapa.

Dalam 10 produk itu, cuba cari produk mana yang mempunyai rating star yang paling tinggi. Seboleh-bolehnya kena ada rating star 4.5 sehingga 4.9.

Tapi anda janganlah percaya 100 peratus kepada rating star tu. Sebab ada rating bukan berkaitan dengan produk, tapi lebih kepada rating penghantaran.

Ada pembeli bagi rating lima star sebab produk mereka beli cepat sampai. Yang itu kita tak nak.

Hanya rating star berkaitan dengan kualiti produk yang bakal kita gunakan nanti.

Daripada hasil carian saya dekat shopee, produk balang termos ini menarik perhatian saya.

Nak tahu kenapa?

Tiga Indikator Research Produk Hot Di Shopee

Pertama, ianya mempunyai jualan lebih 4,200 unit. Kedua, produk ini mempunyai 2,200 rating. Dan yang paling utama, rating 5 star adalah daripada 1,900 orang pembeli.

Seperti yang saya beritahu sebelum ini, rating star tinggi ini bukanlah bermaksud produk itu berkualiti. Ada kemungkinan juga rating tu pasal penghantaran.

Jadi, anda perlu baca satu persatu rating star itu dulu. Gambar di bawah ini merupakan beberapa orang pembeli yang memberikan rating 5 star.

Ini adalah faktor penguat ataupun bukti bagi memastikan produk ini bakal mempunyai ramai pembeli nanti.

Ada penjual menggunakan perasaan rasa-rasa dalam memborong produk. Ada juga yang memborong di atas sebab mereka suka produk tu. Anda suka belum tentu menjamin orang lain pun suka kan.

Cuba Elakkan Perkara Ini

Untuk memborong produk ini dari China pula, saya akan cuba elakkan daripada memborong produk yang sama. Saya akan cari produk termos yang bentuk berlainan sikit dengan produk yang saya jumpa dekat shopee tadi.

Sebabnya, saya tak nak wujudkan persaingan dengan seller lain apabila saya menjual nanti. Walaupun sedikit berlainan, produk anda jual itu akan ada keunikan tersendiri.

Sebaiknya, produk yang bakal anda borong nanti perlulah mempunyai ciri-ciri yang lebih baik daripada produk dekat shopee tadi.

Ciri-ciri lebih baik tu sebenarnya anda boleh cari dekat rating jugak. Jom saya tunjukkan cara untuk cari ciri-ciri itu.

Pertama sekali, anda pergi dekat rating. Cuba baca apa yang pembeli komen dekat rating 1 hingga 3 star. Daripada hasil penelitian saya, produk ini tidak mempunyai banyak masalah.

Daripada pembacaan daripada rating, masalah yang kerap pembeli tinggalkan ialah balang termos kemik. Mungkin termos ini kemik semasa proses penghantaran. Atau mungkin sebab termos ini mudah kemik kerana terlalu nipis.

Apabila anda tahu pasal masalah ini, anda boleh atasi masalah dengan memilih termos yang tebal sikit. Parcel pula anda kena bungkus menggunakan bubble wrap.

Fokus Pada Variant

Produk yang penjual ini jual pun banyak variant jugak. Ada 700 ml, ada 800 ml, ada 1000ml, ada 1200 ml, ada 1500 ml. Jadi, anda kena cari variant yang manakah yang paling banyak pembeli.

Untuk produk ini, saya dapati variant 1200 ml lah yang paling ramai pembeli. Tahu tak apa maksud disebalik itu. Ini bermaksud, pembeli lebih memilih balang termos bersaiz besar.

Okey, bagaimana saya tahu variant 1200 ml paling ramai pembeli?

Data tentang variant ini ada dekat rating. Anda boleh rujuk gambar di bawah ini. Tapi proses ini agak melecehkan. Sebab anda perlu tengok satu persatu rating yang ditinggalkan oleh pembeli.

Carta bar di bawah ini menunjukkan bilangan unit termos yang terjual. Paling ramai pembeli ialah termos berisipadu 1000 ml dan 1200 ml.

Carta bar di bawah ini pula menunjukkan warna balang termos yang terjual. Daripada carta ini, jelas menunjukkan pembeli lebih memilih warna hitam berbanding warna-warna yang lain.

Nak dapatkan statistik macam ini anda kena sabar baca satu persatu review pembeli. Tapi hasilnya memang berbaloi sebab anda dapat ketahui apakah kehendak pembeli yang sebenar.

Oleh itu, saya boleh rumuskan apa pembeli inginkan adalah seperti berikut:

1. Balang termos yang boleh mengekalkan kepanasan air.
2. Balang termos yang tahan lasak (tak mudah kemik).
3. Balang termos yang boleh diisi air yang banyak.
4. Balang termos yang berwarna gelap.

Untuk memborong balang termos ini nanti, anda perlulah mengutamakan keempat-empat ciri ini. Untuk borong pula, saya tak galakkan anda untuk borong secara banyak terus.

Nak tahu kenapa?

Walaupun anda sudah pun buat research pasal produk, belum tentu produk yang bakal anda jual nanti akan terjual dengan banyak.

Ingat! Pesaing anda boleh jual beribu unit tidak bermakna anda pun boleh jual beribu unit jugak. Banyak faktor yang membuatkan mereka boleh menjual beribu unit.

Saya lebih syorkan anda untuk uji dulu produk ini dekat shopee. Adakah ada pembeli ataupun tidak.

Untuk fasa pengujian, anda boleh borong 10 hingga 20 unit terlebih dahulu. Cuba tengok bagaimana respon pembeli kepada produk anda itu.

Pada fasa pengujian ini, kalau bernasib baik anda hanya akan dapat sikit jer keuntungan. Berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, selalunya saya akan rugi.

Dalam fasa pengujian ini, keuntungan bukanlah fokus utama. Fokus utama ialah untuk menguji penerimaan produk anda itu kepada pembeli. Adakah pembeli berminat nak beli?

Untuk dapatkan data secara pantas, saya akan buat shopee ads dengan bajet yang minimal. Anda boleh bermula dengan RM15 sehari dulu. Dalam masa tiga hari, anda boleh rumuskan bagaimana penerimaan pembeli terhadap produk anda itu.

Sebenarnya, fasa pengujian ini anda boleh abaikan jer sekiranya anda sudah terbiasa dengan research produk.

Research pasal produk yang saya tunjukkan sebelum ini sudah pun kuat membuktikan produk ini mempunyai permintaan yang tinggi daripada pembeli.

Ianya lebih kepada memberi keyakinan kepada saya untuk memborong dengan jumlah yang lebih besar, 300 unit sehingga 500 unit.

Nanti kalau anda sudah terbiasa buat research produk, anda akan ada ‘sixth sense’ sesuatu produk tu boleh pergi jauh ataupun tak.

Ini Produk Saya Borong

Kalau anda nak tahu, ini merupakan salah satu produk yang saya borong pada bulan oktober lalu. Gambar di bawah ini merupakan jumlah jualan yang saya dapat selama dua bulan menjual produk ini.

Seperti yang saya beritahu sebelum ini, nak borong produk dari china, anda tak boleh borong produk yang sama semasa kita jumpa masa buat research produk tu.

Seeloknya, cuba borong produk yang berlainan sedikit dengan produk pesaing. Kalau anda borong produk yang sama, anda akan terpaksa bersaing dengan penjual produk tu.

Seperti balang termos yang saya borong ini, bentuknya hampir serupa dengan produk pesaing.

Apa yang menjadikan balang termos saya unik berbanding dengan produk pesaing ialah balang termos ini ada termometer digital dekat penutup. Produk pesaing tak ada termometer.

Walaupun termos ini hanya mempunyai satu keunikan, ianya cukup menampakkan nilai keunikan dimata pembeli anda nanti. Kalau ada dua atau tiga keunikan, memang mudah untuk menjual produk ini nanti.

Kira-kira:

Jumlah Unit Jualan = 1,800
Harga Jualan Seunit = RM57.90
Jumlah Jualan = RM57.90 x 1,800 unit = RM104,220

Berapa Harga Borong?

Produk ini saya borong dari China. Anda nak tahu tak berapa harga seunit produk ini yang saya borong?

Harga seunit hanyalah 31.22 Yuan. Kalau ditukarkan kepada ringgit, dalam RM20.50. Jika anda pandai deal dengan seller china ni, anda boleh dapat lagi murah daripada harga ini.

Nak dapatkan harga produk seperti ini tidaklah semudah cari dan terus borong jer. Sebab harga produk ini kita kena kirakan sekali dengan kos penghantaran dari China ke negara kita.

Ada supplier china letak harga produk mereka rendah, tapi bila sampai ke bahagian kos penghantaran, terus jadi mahal.

Jadi, macam mana nak cari supplier yang boleh berikan harga betul-betul murah? Itu saya kongsikan di bawah ini.

Saya berharap dengan perkongsian saya tentang cara research produk hot di shopee ini akan memberi idea kepada anda.

Sekiranya anda ada apa-apa pertanyaan, sila tinggal persoalan anda dekat bahagia komen di bawah ini. Dengan sepantas kilat saya akan menjawab pertanyaan anda itu.

6 thoughts on “Cara Research Produk Hot Di Shopee”

  1. jazakallah khair tuan atasa perkongsian. Moga tuan terus sukses insyallah. Setiap ilmu yg tuan share kemudian dipraktikkan oleh org baru dan beroleh kejayaan maka tuan indirectly dpt pahala jgk, terus menerus. Moga terus istikomah tuan.

  2. Terima kasih atas perkongsian yg sangat bermakna tuan, moga tuan terus dilimpahi rezeki dan juga kesihatan yang berpanjangan…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *