Cara Berniaga Di Ebay: 7 Langkah Penting Wajib Anda Tahu

Bagaimana nak berniaga di ebay? Satu persoalan yang kerap kali ditanyakan kepada saya. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda bagaimana proses cara berniaga di ebay ini berjalan.

7 Langkah Cara Berniaga Di eBay

Berikut ialah tujuh langkah penting untuk mula berniaga di ebay:

  • Daftar akaun ebay dan payoneer.
  • Spy barang laris di ebay.
  • Cari supplier.
  • Buat kira-kira keuntungan.
  • Buat listing.
  • Urus order masuk.
  • Withdraw duit dari payoneer.

Daftar Akaun Ebay Dan Payoneer.

Untuk buka akaun baharu, anda perlu sediakan emel, nombor telefon dan kad debit. Jika kad debit anda masih belum aktif pembelian luar negara, anda perlu hubungi pihak bank untuk aktifkan international purchase.

Antara bank yang saya syorkan ialah maybank, ambank, RHB bank, affin bank dan Hong Leong bank. Sila klik link di bawah untuk mendaftar akaun seller ebay:

➥ https://signup.ebay.com.my/pa/crte

Spy Barang Hot Di Ebay

Jika anda pertama kali nak berniaga di ebay, saya yakin anda bakal berdepan dengan situasi tak tahu nak jual apa. Saya ketika mula-mula berniaga di ebay pun macam tu jugak. Tak ada idea nak jual apa.

Cara paling mudah saya syorkan anda buat ialah cuba jual barang yang dah terbukti ada pembeli. Anda perlu cuba spy kedai seller ebay lain. Cuba selongkar barang apakah yang mereka sedang jual.

Daripada hasil spy saya, saya dapati sellotape merupakan produk hot di ebay. Cuba anda tengok jumlah jualan yang berjaya seller lain hasilkan.

Sekiranya anda tak ada idea nak menjual apa di ebay, saya syorkan anda download ebook ini. Terdapat 13 produk paling laku di ebay.

Sila isi nama dan emel anda untuk download ebook ini secara percuma.

Cari Supplier

Apabila saya dah jumpa barang yang berpotensi ada jualan, seterusnya saya cuba cari supplier yang menjual barang saya sama. Nak cari supplier ni tak susah mana pun. Hanya cari dekat shopee sahaja.

Cuba anda tengok berapa harga satu unit sellotape ini. Hanya RM1.60 sahaja. Murah kan?

Strategi Bundle.

Apa yang saya buat adalah dengan menjual sellotape ini dalam bentuk bundle. Satu bundle ada 12 unit sellotape. Harga pula saya akan naikkan kepada 22.99 USD (bersamaan RM106).

Tujuan strategi bundle adalah nak menggandakan keuntungan. Walaupun harga jualan produk akan menjadi tinggi, produk masih lagi berbaloi di mata pembeli disebabkan mereka dapat dalam kuantiti yang banyak.

Kalau ditukarkan ke dalam ringgit, 22.99 USD ini bersamaan dengan RM106. Kalau anda ambil sellotape ini dekat shopee, harga satu unit hanya RM1.60.

Anda nampak tak keuntungan dekat situ?

Tapi itu hanyalah kiraan secara kasar. Ada banyak lagi kos tersembunyi kalau anda nak menjual di ebay ini. Contohnya cukai dan caj daripada ebay itu sendiri.

Buat Kira-Kira Keuntungan

Selepas saya dah jumpa supplier, saya akan buat pengiraan keuntungan. Ia bertujuan nak menentukan adakah sellotape ini boleh menghasilkan keuntungan. 

Jika boleh untung, berapa banyak keuntungan itu? Jika hanya untung sikit, saya akan cuba cari produk lain.

- Keuntungan -

Caj ebay + SST = 15%

Harga 12 sellotape di shopee = RM1.60 x 12 = RM19.20

Jumlah caj ebay + SST = 15% = RM15.90

Untung bersih = RM106 – RM15.90 – RM19.2 = RM70.90

Untuk sellotape ini, saya dapati memang ada keuntungan yang tinggi. RM70 untuk satu jualan. Daripada situ saya akan ambil keputusan untuk buat listing sellotape ini dalam kedai ebay saya.

Buat Listing

Antara cabaran listing produk di ebay ialah kesukaran sesuatu produk itu ranking di search box ebay. Selalunya pembeli akan menggunakan search box untuk mencari sesuatu produk yang mereka nak beli.

Jika produk anda tak berada di ranking teratas, itu menjadi punca kenapa pembeli tak membeli melalui anda. Untuk memastikan sellotape ini mudah dijumpai oleh pembeli, ada beberapa trick yang saya guna.

Trick ini bertujuan memudahkan pembeli menjumpai produk saya apabila mereka mencari produk menggunakan search box ebay.

Trick yang saya guna ialah memasukkan keyword yang berkaitan di dalam tajuk dan diskripsi produk. Antara keyword yang saya masukkan ialah:

  1. Tape
  2. Packing
  3. Rolls
  4. Clear
  5. Sealing

Apabila keyword dimasukkan ke dalam tajuk dan diskripsi produk, saya akan bagi masa kepada algorithm ebay untuk ranking kan sellotape ini. Dari masa ke semasa, ranking sellotape saya ini akan meningkat.

Urus Order Masuk

Apabila saya dapat notifikasi order, saya akan beli sellotape ini dekat shopee. Dalam dua hari, sellotape ini akan sampai ke alamat saya. Kemudian saya akan poskan kepada pembeli ebay menggunakan DHL.

Saya amat syorkan anda menggunakan DHL disebabkan tempoh penghantaran yang cepat, dalam 5 hingga 7 hari bekerja. Walaupun kos pos DHL ini agak tinggi, yang penting pembeli akan berpuas hati disebabkan parcel mereka sampai dengan cepat.

Ebay akan berikan time frame kepada anda sebagai panduan untuk menguruskan order. Bermula dari pembeli buat pembayaran sehinggalah tarikh jangkaan bilakah parcel akan sambil di alamat pembeli.

Withdraw Duit Dari Payoneer

Proses jualan tidak terhenti setakat pengeposan parcel kepada pembeli sahaja.

Apabila parcel selamat sampai ke tangan pembeli, dan pembeli gembira dengan parcel yang diterima, ketika ini adalah nafas lega bagi setiap peniaga di ebay.

Untung 5 Angka Sebulan.

Saya berjaya hasilkan USD14,801 ataupun bersamaan RM69,823 untuk 31 hari sebelum ini. Untung bersih pula selalunya dalam 30 hingga 40 peratus daripada hasil jualan.

Untung = $14,801 x 30% = $4,440 = RM20,945

Walaupun tidak berapa banyak, tapi cukup berbaloi disebabkan bayaran menggunakan mata wang USD. Iaitu empat kali ganda duit kita.

Recommend Dari Saya.

Anda berminat tak nak hasilkan side income seperti ini? RM5 angka sebulan tanpa kacau kerja hakiki. Saya syorkan anda dapatkan panduan Export Mudah Ebay.

Sila klik butang di bawah untuk info lanjut.

Tunggu Dulu!
Bonus Untuk Anda.

Sebagai bonus pembelian, saya akan hadiahkan 100 produk laku ebay ini kepada anda. Kalau anda fokus jual produk-produk ini, saya yakin anda mudah hasilkan jualan di ebay.

Antaranya ialah produk yang terjual 136,372 jualan ini. Produk ini biasa-biasa jer, tapi ada permintaan yang tinggi di ebay. Anda jual produk seperti ini, mudah untuk anda hasilkan jualan.

Nanti anda boleh claim ebook bonus ini dekat emel. Berikan resit pembelian untuk claim secara percuma.

Hantar emel ke help@cikgushopee.com

Akhir Kalam.

Saya harap dengan perkongsian cara berniaga di ebay ini dapat membantu anda memulakan bisnes di ebay. Apa yang saya kongsikan ini hanyalah big picture dalam berniaga di ebay.

Secara detail, memang tak semudah ini. Jika anda tak tahu apa pantang larang berniaga di ebay, seawal anda mendaftar lagi akaun anda akan dibanned.