Cara Jual Barang Di Shopee Tanpa Modal Pada Tahun Ini

oleh Mohd Kero

Ada ke cara jual barang di shopee tanpa modal? Saya yakin pasti ramai yang tertanya-tanya soalan seperti ini? Boleh ke?

Sebelum saya menjawab soalan ini, saya akan terangkan dulu idea bagaimana cara jual barang di shopee walaupun tanpa modal ini.

Idea Cara Jual Barang Di Shopee Tanpa Modal

Idea cara jual barang di shopee tanpa modal ini selalunya dikaitkan dengan kaedah menjual secara dropship. Apa pula dropship ini?

Nak mudah faham, dropship ini merupakan kaedah menjual sesuatu produk dengan menjadi orang tengah di antara supplier dengan pembeli.

Apabila pembeli membuat pembelian daripada anda, anda akan beli pula produk itu

Boleh Ke Jual Barang Di Shopee Tanpa Modal?

Jawapan yang sebetulnya tak boleh. Mungkin dropship yang lain boleh bermula tanpa modal. Tapi dekat shopee, anda masih perlu menyediakan modal untuk bermula.

Saya bagi contoh mudah untuk anda faham.

Anda telah masukkan satu produk dropship ke dalam kedai shopee anda. Kemudian, ada seorang pembeli yang berminat dengan produk tersebut. Dia terus buat pembelian dengan harga RM50.

Duit RM50 yang pembeli itu bayar tadi akan dipegang dulu oleh pihak shopee. Berapa lama shopee akan pegang duit tu? Inilah yang menjadi isu bila anda buat dropship dekat shopee.

Anda terpaksa menunggu sehingga produk yang pembeli buat pembelian itu tadi sampai ke tangan mereka. Selagi produk itu tak sampai, selagi itulah shopee akan pegang duit RM50 itu tadi.

Jadi, macam mana anda nak bayar kepada supplier? Kan shopee pegang duit pembeli? Lain tak bukan anda perlu dahulukan duit anda dulu untuk dibayar kepada supplier.

Jika supplier mengenakan RM30 untuk setiap unit produk, anda perlu dahulukan duit RM30 terlebih dulu. Apabila produk selamat sampai kepada pembeli, barulah pihak shopee akan pindahkan duit RM50 tadi terus ke dalam wallet shopee anda.

Jadi anda nampak tak kat situ?

Cara jual barang di shopee tanpa modal sebenarnya tak boleh buat pun. Apa yang sebetulnya ialah anda boleh menjual di shopee walaupun dengan modal yang rendah, bukannya tanpa modal langsung. Iaitu melalui kaedah dropship.

Jika anda nak belajar cara yang betul buat dropship di shopee, saya ada kongsikan kes studi strategi jana RM63,798 dengan menjual satu jenis produk sahaja. Klik link di bawah untuk baca.

Baca: Kes Studi RM63,798 Hanya Melalui Dropship.

Hanya Satu Cara Jual Barang Di Shopee Tanpa Modal

Setahu saya, ada satu cara untuk anda menghasilkan duit melalui shopee walaupun tanpa modal. Ianya bukanlah menjual. Caranya ialah menjadi affiliate di shopee.

Apa Itu Affiliate?

Ramai yang salah faham dengan affiliate. Ada yang fikir affiliate ini menjual. Tak, affiliate bukan menjual. Affiliate ini lebih kepada memberi saranan atau review kepada sesuatu produk.

Selalunya page yang besar sahaja yang selalu menggunakan teknik affiliate ini. Disebabkan komisen yang diberikan kecil, sebagai affiliate anda perlu bermain dengan volume untuk dapatkan komisen RM4 angka sebulan.

Apa Yang Best Jadi Affiliate?

Sebagai ahli affiliate, anda akan diberikan komisen untuk setiap unit produk yang terjual. Yang best menjadi affiliate ialah anda tak perlu pos produk, tak perlu bagi customer service. Semua itu diuruskan oleh empunya produk. Tugas anda hanyalah promote produk menggunakan link sahaja.

Yang tak best pulak ialah komisen affiliate ini tersangat rendah. Komisen dalam 6-9 peratus daripada harga produk, bergantung kepada kategori produk. Kalau harga produk RM50, komisen yang minimal bakal anda dapat hanyalah RM3.

Langkah 1: Untuk bermula, anda perlu pergi ke app shopee. Kemudian klik pada ‘Affiliate Program’ seperti gambar di atas ini.

Langkah 2: Anda boleh pilih produk apa yang anda ingin promosi. Setelah anda pasti produk apa nak promosi, tekan pada icon ‘share’.

Langkah 3: Klik butang ‘copy link’. Link ini anda boleh share dekat facebook atau pun whatsapp. Jika ada orang klik dan beli melalui link affiliate anda itu, anda akan dapat sedikit komisen.

Saya harap dengan perkongsian cara jual barang di shopee tanpa modal dapat memberi idea kepada anda untuk menjual apa dekat shopee nanti.

Program Affiliate Selain Shopee

Selain shopee, ada banyak lagi program affiliate yang menguntungkan. Lelaki ini berjaya jana RM102,554 komisen dengan hanya mempromosi ebook sahaja.

Bagaimana dia buat? Strategi apa yang dia guna? Sila klik butang di bawah untuk baca lebih lanjut.

Pss.. Sekiranya anda ada apa-apa pertanyaan, sila tinggalkan soalan anda di bahagian komen di bawah ini. Dalam sepantas kilat saya akan menjawab pertanyaan anda tu.

14 thoughts on “Cara Jual Barang Di Shopee Tanpa Modal Pada Tahun Ini”

  1. Kalau jadi dropship org beli dari kedai kita lepas tu kita beli dr kedai org lain bagi alamat sama dengan pembeli tadi possible ke? Mcm mana shoppe kira if pembeli guna free shipping vouchers?

    1. Hi Cikgu,Boleh Bantu Saya?Saya Berminat,Saya Dah Daftar Tapi Shopee Nak Reffered Code Ape Entah????? Bantu Saya Cikgu

      1. Buka shopee apps >> Me >> Affiliate program >> Account >> Refer a Friend >> Copy ‘Your Referrel Code’

    1. Ya dapat. Selagi link terakhir klik tu dari kita, masih lagi dapat komisen. Kalau pembeli dah klik link orang lain, memang tak dapat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *