Cara Tingkatkan Jualan Di Shopee

By Mohd Kero

Saya yakin, mesti anda tercari-cari cara untuk tingkatkan jualan di kedai shopee anda kan?

Usah risau, sebab anda hanya perlu fokus kepada tiga perkara ini dahulu. Fokus kepada tiga perkara asas ini terlebih dulu.

Nak tahu? Jom saya kongsikan kepada anda.

Gambar Produk Menarik

Anda tahu apakah benda pertama pelanggan tengok bila masuk dalam shopee? Iaitu gambar.

Pelanggan ini akan mencari sesuatu produk yang mereka inginkan melalui kotak carian di shopee. Contohnya mereka mencari tuala. 

Akan ada beratus-ratus produk yang akan keluar melalui carian tuala itu. Jadi, bagaimana nak bagi produk anda lebih menonjol daripada ratusan produk itu? 

Sebagai peniaga, anda perlulah kreatif dalam mempersembahkan produk anda. 

Saya bagi contoh. Jika peniaga lain hanya meletakkan gambar tuala saja, anda boleh letakkan gambar model tengah pegang tuala. 

Bukankah itu lain daripada peniaga yang lain. Yang ada kelainan inilah yang akan lebih menonjol.

Kajian membuktikan, pelanggan lebih tertarik dengan gambar produk yang ada orang tengah memegang. Ianya bagi memudahkan mereka membayangkan mereka tengah menggunakan produk tersebut.

Artikel berkaitan: Cara Edit Gambar Di Shopee.

Fungsi Boost Post

Ini merupakan fungsi yang disediakan oleh shopee kepada setiap penjual mereka. Dengan menggunakan boost ini, kekerapan produk anda untuk dilihat oleh orang yang berminat adalah tinggi. 

Kelebihan menggunakan fungsi ini adalah jualan anda akan meningkat kepada 20% berbanding tidak menggunakannya.

Free Shipping Program.

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan Baymard Institute, faktor utama pelanggan tidak melakukan pembayaran adalah kerana kos penghantaran. 

Hasil kaji selidik itu mendapati, 55 peratus pelanggan tidak melakukan pembelian kerana tak mahu membayar kos penghantaran. 

Pada asalnya mereka sudah berminat untuk buat pembelian, tapi apabila sampai ke bahagian penghantaran, mereka membatalkan pesanan mereka kerana tak mahu membayar kos penghantaran. 

Jalan penyelesaian masalah ini adalah dengan memberikan mereka tadi ini dengan penghantaran percuma. Tapi, takkan anda sebagai penjual terpaksa menangggung kos penghantaran tu? 

Oh tidak! Ianya disebabkan shopee sudah menyediakan satu kemudahan kepada penjual mereka dengan memberikan kos penghantaran secara percuma. 

Dengan kata mudah, shopee yang belanja anda sebagai penjual dari kos penghantaran.

Nak Jualan Seperti Ini?

Anda nak tahu bagaimana saya boleh jana RM4 angka sebulan seperti ini?

Jom saya kongsikan kepada anda cara yang saya buat. Klik je butang di bawah untuk baca.

Boleh bantu saya share?