Teknik Edit Gambar Untuk Naikan Jualan Di Shopee

By Mohd Kero

Artikel kali ini saya nak kongsikan bagaimana gambar memainkan peranan penting untuk tingkatkan jualan di kedai Shopee anda.

Kenapa gambar? 

Sebab ianya merupakan benda yang pertama setiap pembeli tengok apabila membuat sesuatu carian di Shopee.

Gambar yang menarik perhatian akan menyumbang kepada jualan produk anda. 

Jom saya kongsikan tiga cara edit gambar ini.

Teknik Bendera

Teknik letak bendera Malaysia di gambar produk. 

Ianya bertujuan untuk menarik perhatian pembeli yang tengah tengok produk di Shopee.

Perasan tak, kalau pembeli membuat carian sesuatu produk, kebanyakan akan tertera gambar yang sama sahaja.

Jadi dengan meletakkan logo bendera Malaysia, ianya akan menarik perhatian mata pembeli untuk tekan pada produk anda.

Sama ada mereka buat belian atau tidak, itu soal kedua. Yang utama, mereka sudah tekan produk anda dan seterusnya masuk ke kedai Shopee anda. 

Peluang untuk mereka membeli di situ adalah tinggi.

Teknik Ready Stock

Teknik letak ‘Ready Stock’ di gambar produk. 

Ramai pembeli yang lebih tertarik untuk buat pembelian jika mereka tahu barang yang mereka nak beli itu adalah ready stock.

Kelebihan menggunakan teknik ready stock adalah anda tidak perlu nak berlawan harga dengan penjual lain, terutama penjual dari China.

Walaupun harga penjual dari China berharga lebih murah, tapi percayalah, pembeli tetap akan buat pembelian daripada anda juga.

Dengan meletakkan ‘Ready Stock’, ianya secara tak langsung memberi tahu pembeli bahawa barang yang mereka nak beli itu sudah siap sedia untuk dipos.

Berbanding dengan ‘Preorder’, ianya sudah tentu mengambil masa untuk sampai ke tangan pembeli. Mungkin dalam 1-2 minggu untuk sampai.

Artikel Berkaitan: Cara Cari Idea Beri Nama Produk Di Shopee

Teknik Bingkai

Cara ini juga boleh menarik perhatian bakal pembeli di Shopee. 

Cuba tengok gambar di bawah, gambar produk yang mana satu yang menarik perhatian anda?

Sudah tentu produk yang ada bingkai bukan? Ya, memang itulah yang selalu saya gunakan dalam kedai Shopee saya.

Dengan menggunakan teknik bingkai ini, ianya kelihatan lebih kemas bukan? Nampak lebih profesional. 

Dengan itu, dapat menambah kepercayaan pembeli untuk buat pembelian di kedai Shopee anda.

Pernah Tengok?

Kalau anda perasan, penjual yang menggunakan teknik-teknik gambar ini mempunyai jumlah jualan yang tinggi bukan?

Belajar sesuatu?

Ingin tambah lagi ilmu berniaga di Shopee. Saya ada terbitkan satu panduan khas Shopee kepada anda yang berminat. 

Info lanjut boleh klik butang di bawah ini. 

15 thoughts on “Teknik Edit Gambar Untuk Naikan Jualan Di Shopee”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.