Cara Cari Idea Beri Nama Produk Di Shopee

By Mohd Kero

Ramai yang bertanya kepada saya, bagaimana nak bagi nama produk. Bila mana orang buat carian, produk kita yang akan muncul. 

Saya perasan ramai seller Shopee yang tak namakan produk mereka dengan cara yang betul. Nak bagi nama produk pun kena tahu teknik tau.

Saya tunjuk contoh untuk mudah faham.

Cuba anda buat carian di Shopee dengan kata kunci ‘Periuk’. Mesti akan keluar beratus-ratus produk berkenaan periuk bukan.

Tapi masalahnya sekarang, bagaimana nak bagi produk anda yang muncul ketika buat carian itu?

Mesti anda fikir, jumlah jualan memainkan peranan utama untuk pembeli jumpa produk anda.

Tak jugak.

Sebab dalam penelitian saya, produk hanya ada 4 unit jualan pun boleh muncul pada carian pertama.

Ianya ada kaitan dengan kata kunci ataupun keyword.

Keyword yang betul-betul tepat akan memudahkan pembeli menemui produk anda.

Artikel Berkaitan: Cara Tingkatkan Follower Di Shopee

Macam mana saya buat?

Okey, macam ni..

  1. Saya taip ‘periuk’ di kotak carian shopee.
  2. Saya akan copy semua tajuk produk yang muncul di carian shopee.
  3. Pastikan sekurang-kurangnya ada 50 jenis.
  4. Saya akan paste di website wordcounter.net
  5. Biar website itu yang kira berapa pengulangan keyword yang muncul.
Keywords yang kerap digunakan seperti gambar di bawah:

Berdasarkan pengiraan keyword itu, saya akan pastikan nama produk saya nak letak dekat shopee nanti mempunyai keyword:

  • periuk
  • cookware
  • set
  • pan
  • non stick
  • stainless steel
  • steamer

Contoh nama: Set Periuk Stainless Steel Non Stick Cookware Pot Steamer.

Ianya bergantung kepada kreativiti anda dalam memberi nama dengan memasukkan sekali dengan keyword.

Selepas siap bagi nama, bagi masa untuk algorithm shopee proses tajuk produk anda tadi. Ianya tidaklah secepat 1 jam atau satu hari. Mungkin ambil masa minggu atau bulan.

Bila algorithm shopee sudah kesan keywords produk anda, saya jamin produk anda pasti akan muncul di carian pertama dengan carian ‘periuk’.

Kelebihan optimis keywords ini ialah anda akan dapat trafik secara organik (percuma).

Untuk pengetahuan anda, dekat shopee mempunyai dua jenis trafik, iaitu organik trafik dan trafik berbayar.

Ini contoh harga trafik berbayar untuk carian ‘periuk’ di shopee.

Berdasarkan data di Shopee Seller Centre, anda perlu membayar 38 sen untuk setiap klik pada keyword ‘periuk’. 

Apabila anda sudah optimis keyword, anda tak perlu lagi bayar 38 sen per klik kepada shopee semata-mata nak bagi pembeli jumpa produk anda.

Anda sudah jimat di situ.

Belajar sesuatu?

Ingin tahu lagi banyak tips & strategi berniaga di Shopee? 

Saya ada kongsikan lagi banyak tips dan strategi yang berkesan pada tahun ini. Info lanjut boleh klik pada butang di bawah ini.

22 thoughts on “Cara Cari Idea Beri Nama Produk Di Shopee”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.