Cara Tingkatkan Follower Di Shopee

By Mohd Kero

Adakah bilangan follower dapat meningkat jualan? Atas pengalaman saya sendiri, memang bilangan follower dapat naikkan jualan.

Shopee ada satu features diberikan kepada setiap penjual. Iaitu butang ‘boost’ produk. 

Dengan menekan butang boost ini, shopee akan tayang iklan produk anda kepada yang berkemungkinan minat dengan produk tersebut. 

Sudah pasti follower anda juga akan dapat lihat iklan tersebut.

Bagaimana nak naikkan follower di shopee? Ada dua cara yang selalu saya guna, iaitu:

  1. Follow Price.
  2. Manual Following.
Nota: Tutorial ini saya menggunakan desktop, disebabkan untuk mobile ada banyak limitation.

Follow Price

Apa itu follow price?

Follow price adalah cara untuk naikkan follower dengan memberi diskaun kepada pembeli sekiranya mereka follow kedai anda.

Pernah anda tengok popup seperti ini bila guna app shopee?

popup tingkat follower di shopee

Kalau nak tahu, begitulah follow price berfungsi. Kebiasaanya seller akan memberi voucer diskaun RM1 kepada mereka yang follow kedai mereka.

Pihak shopee akan tolak RM1 ini daripada harga setiap produk yang terjual.

Jika pembeli itu membeli produk berharga RM10 menggunakan voucer follow price ini, duit yang masuk ke dalam akaun shopee anda ialah RM9.

Seller centre >> Marketing centre >> marketing tools >> follow price

cara tingkat follower di shopee follow price
setting follow price tingkatkan follower shopee

Follow Pengguna Secara Manual

Manual following pula ialah cara follow setiap pembeli menggunakan kaedah manual. 

Shopee memberi kebenaran kepada anda sebagai seller untuk membuat follow seramai 100 orang dalam masa 24 jam.

Cara ini mungkin agak leceh. Sebab anda perlu konsisten untuk follow 100 pengguna di shopee dalam masa 24 jam.

Maksudnya disini ialah anda perlu follow mereka ini tiap-tiap hari. Itu pun belum tentu mereka akan follow anda balik. 

Kebiasaannya, dalam 10 anda follow, mungkin dalam 4 orang akan follow anda balik.

Artikel Berkaitan: Cara Tingkatkan Jualan Di Shopee

Cara Follow User Berdasarkan Minat.

Ini adalah cara yang paling efektif jika anda ingin dapatkan follower yang high targeted. 

Caranya mudah. 

Anda hanya perlu membuat kajian tentang apa yang pesaing anda jual. Pastikan pesaing anda itu mempunyai jumlah jualan produk yang tinggi.

Shop >> all product >> tukarkan url kepada /followers

  1. Taip tudung di kotak carian shopee.
  2. Klik mana-mana produk tudung yang anda suka.
  3. Klik ‘View Shop’.
  4. Klik ‘All Products’.
  5. Tukar ../search kepada ../followers.
  6. Klik follow (terhad kepada 100 user sehari).
cara tingkat follower shopee manual 1

Anda belajar sesuatu?

Anda berminat nak belajar lebih dalam tentang cara berniaga di Shopee. 

Jom saya bimbing anda dalam group shopee ini. Saya akan bimbing anda cara berkesan yang terkini berniaga di shopee.

Info lanjut klik butang bawah ini.

Boleh bantu saya share?

3 thoughts on “Cara Tingkatkan Follower Di Shopee”

  1. Bagaimana cara nak tingkatkan jualan ..sbb saya penjual baru dari shopee dan ambil produk dari china….stakat ni pembeli saya dari ahli kluarga je

    1. Tuan perlu buat kajian produk apakah yang ramai orang sedang beli. Cuba cari satu produk di shopee, kemudian cuba tengok apa feedback pembeli dekat review. Cuba senaraikan apa review pembeli baik dan buruk produk tu.

      Daripada review tu, tuan boleh cuba borong produk yang seakan sama dengan produk yang tuan jumpa dekat shopee. Cuba perbaiki kekurangan produk tu dengan produk yang bakal tuan borong nanti.

      Kaedah kajian produk ini memang akan ambil masa, tapi percayalah hasil yang bakal tuan dapat nanti memang berbaloi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *