Hukum Berniaga di Ebay

oleh Cikgu Khairul

Soalan: Assalam.. Saya sekarang sedang buat bisnes di ebay. Saya dapat keuntungan dengan markup harga 3 – 5 kali ganda dari harga asal. Persoalan saya, apakah hukum dengan mengenakan markup harga 3 – 5 kali ganda tu? Saya ada dengar ianya diharuskan dan tidak salah. Tapi dalam masa yang sama, saya rasa bersalah sebab saya rasa cuba menipu pembeli.

Ini merupakan petikan salah satu pertanyaan daripada website mufti wilayah persekutuan. Pertanyaan ini dikemukakan oleh seorang peniaga ebay yang ragu-ragu dengan jual beli yang dilakukannya.

Persoalannya sekarang, adakah sah ataupun tidak sah jual beli dengan mengenakan markup 3-5 kali ganda daripada harga asal? Jom ikuti jawapan balas kepada pertanyaan ini.

Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan Tentang Hukum Berniaga di Ebay

Waalaikumussalam wbt,

Syariah Islam meraikan keperluan umat untuk berekonomi dalam muamalat mereka sehari-hari. Membeli barang modal dengan harga yang lebih murah daripada harga jualan untuk mendapatkan untung bukanlah satu bentuk kezaliman bahkan itulah takrif bagi bagi tijarah atau jual beli:

عبارة عن شراء شيء لبيع بالربح

Maksudnya: Suatu ibarat berkenaan membeli sesuatu dengan tujuan menjualnya (semula) untuk mendapatkan keuntungan.

Lihat al-Ta`rifat (1/56) oleh Imam al-Jurjani

Harus Tanpa Makruh

Justeru, jelaslah, untung daripada kasb (usaha) itu, jika datang daripada sumber yang halal dan tatacara yang halal, maka inshaAllah akan menjadi rezeki halal, diberkati dan diredhai.

Wallahua’lam.

Untuk penjelasan jawapan yang lebih terperinci, anda boleh baca di web rasmi mufti wilayah persekutuan. Sila klik butang di bawah untuk baca.

Akhir Kalam

Dengan perkongsian hukum berniaga di ebay oleh mufti wilayah persekutuan ini, akan dapat menjawab keraguan anda terhadap status berniaga di ebay.

Pss.. Anda nak tahu tak cara mudah nak menjual barang di ebay? Jom follow strategi ini, terbukti boleh hasilkan jualan. Klik butang di bawah untuk baca.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *