Pantang larang menjual di eBay – Menjual produk di eBay ialah cara terbaik untuk menjana pendapatan tambahan atau menjadikannya perniagaan sepenuh masa.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa larangan yang mesti dielakkan jika anda ingin terus bertahan di platform ini. Berikut adalah lima pantang larang utama yang perlu diberi perhatian:
Vero (Verified Rights Owner) adalah program eBay yang membolehkan pemilik hak harta intelek mengenal pasti dan melaporkan penjualan barang palsu.
Menjual barang Vero boleh menyebabkan akaun anda dibanned. Selalu periksa dahulu hak harta intelek sebelum menjual.
Pemilihan kurier yang tidak bagus boleh menyebabkan barang rosak, terlambat, atau hilang dalam penghantaran. Ini bukan sahaja akan mengecewakan pelanggan anda, tetapi juga boleh merosakkan reputasi anda sebagai penjual.
Feedback score adalah penanda reputasi anda di eBay. Tidak menjaga feedback score dengan memberikan perkhidmatan yang cemerlang boleh menyebabkan bakal pelanggan tidak mempercayai anda.
Pastikan anda berkomunikasi dengan pelanggan dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi secepat mungkin.
Menggunakan gambar dari penjual lain tanpa kebenaran adalah pelanggaran hak cipta dan boleh menyebabkan akaun anda mendapat amaran atau disekat.
Gunakan gambar produk anda sendiri untuk mengelakkan masalah ini.
Menjual senjata api atau peralatan yang dianggap berbahaya adalah melanggar polisi eBay. Ini boleh menyebabkan penutupan akaun dan tindakan undang-undang terhadap anda.
Sentiasa semak senarai barang yang dilarang sebelum memulakan penjualan.
Saya harap dengan perkongsian lima pantang larang menjual di ebay ini memberi manfaat kepada anda. Jangan sesekali buat lima pantang larang ini, jika tidak akaun ebay anda bakal dibanned oleh ebay.
Artikel berkaitan: 7+ Keburukan Menjual Di Ebay.
Sebenarnya anda boleh ambil barang di shopee untuk dijual di ebay. Boleh klik butang di bawah untuk tahu bagaimana nak buat.
10 thoughts on “5 Pantang Larang Menjual di eBay Wajib Anda Elak”
Salam cikgu,
Macamana nak guna Singapore Post kalau kita di Malaysia? Ada cawangan Singapore Post ke di Malaysia cikgu?
Terima kasih.
Ya ada. Ada banyak lagi alternatif lain, contohnya: DHL Express, FedEx, DHL E-commerce, FlexiPack
Salam sejatra brother.. nk tanya, mcm mane kita tetapkan harga barang? Contohnya kita nk jual maggie harganya rm5.20 Kat sini then if jual Kat ebay mcm mane tetapkan harga? Tq
Boleh follow pengiraan di bawah:
Caj ebay = 10% = RM0.55
Caj paypal = 5% = RM0.275
Jumlah caj ebay + paypal = 15% = RM0.825
Kos penghantaran menggunakan SingaporePost = RM30
Total kos = RM5.5 + RM0.825 + RM30 = RM36.325
Jadi, harga paling minimal boleh letak ialah RM37. Tapi tak ada keuntungan.
Nak letak harga tu bergantung kepada berapa ringgit nak untung. Contohnya letak harga USD19 = RM90.
Untung = RM90 – RM37 = RM53
Assalamualaikum sifu,bermakna kita kena survey dulu harga dari penjual2 lain sebelum kita letak harga kita,betul tak?
Ya betul. Tujuan servey tu nak pastikan harga produk tu tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Kalau terlalu mahal, tak ada orang nak beli. Kalau terlalu murah, akan rugi.
Cik Gu,
Macam mana nak dapat tambang murah di DHL express?
Kena register as business account.
Assalam…cikgu
Macam mana nk creat akaun ya?sebab dh try buat tp mcm xfaham pulak…terima kasih cikgu..
Just daftar dekat link ini shj : https://signup.ebay.com.my/pa/crte