5 Pantang Larang Menjual di eBay Wajib Anda Elak

oleh Cikgu Khairul

Pantang larang menjual di eBay – Menjual produk di eBay ialah cara terbaik untuk menjana pendapatan tambahan atau menjadikannya perniagaan sepenuh masa.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa larangan yang mesti dielakkan jika anda ingin terus bertahan di platform ini. Berikut adalah lima pantang larang utama yang perlu diberi perhatian:

5 Pantang Larang Menjual di eBay

  • Jangan jual barang vero di ebay
  • Tidak menggunakan kurier yang bagus
  • Tidak menjaga feedback score
  • Jangan menggunakan gambar seller lain
  • Jangan menjual peralatan merbahaya seperti senjata api

1. Jangan Jual Barang Vero Di Ebay

Vero (Verified Rights Owner) adalah program eBay yang membolehkan pemilik hak harta intelek mengenal pasti dan melaporkan penjualan barang palsu.

Menjual barang Vero boleh menyebabkan akaun anda dibanned. Selalu periksa dahulu hak harta intelek sebelum menjual.

2. Tidak Menggunakan Kurier Yang Bagus

Pemilihan kurier yang tidak bagus boleh menyebabkan barang rosak, terlambat, atau hilang dalam penghantaran. Ini bukan sahaja akan mengecewakan pelanggan anda, tetapi juga boleh merosakkan reputasi anda sebagai penjual.

3. Tidak Menjaga Feedback Score

Feedback score adalah penanda reputasi anda di eBay. Tidak menjaga feedback score dengan memberikan perkhidmatan yang cemerlang boleh menyebabkan bakal pelanggan tidak mempercayai anda.

Pastikan anda berkomunikasi dengan pelanggan dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi secepat mungkin.

4. Jangan Menggunakan Gambar Seller Lain

Menggunakan gambar dari penjual lain tanpa kebenaran adalah pelanggaran hak cipta dan boleh menyebabkan akaun anda mendapat amaran atau disekat.

Gunakan gambar produk anda sendiri untuk mengelakkan masalah ini.

5. Jangan Menjual Peralatan Merbahaya Seperti Senjata Api

Menjual senjata api atau peralatan yang dianggap berbahaya adalah melanggar polisi eBay. Ini boleh menyebabkan penutupan akaun dan tindakan undang-undang terhadap anda.

Sentiasa semak senarai barang yang dilarang sebelum memulakan penjualan.

Akhir Kalam

Saya harap dengan perkongsian lima pantang larang menjual di ebay ini memberi manfaat kepada anda. Jangan sesekali buat lima pantang larang ini, jika tidak akaun ebay anda bakal dibanned oleh ebay.

Artikel berkaitan: 7+ Keburukan Menjual Di Ebay.

Dropship Shopee to ebay

Sebenarnya anda boleh ambil barang di shopee untuk dijual di ebay. Boleh klik butang di bawah untuk tahu bagaimana nak buat.

4 thoughts on “5 Pantang Larang Menjual di eBay Wajib Anda Elak”

  1. Salam cikgu,

    Macamana nak guna Singapore Post kalau kita di Malaysia? Ada cawangan Singapore Post ke di Malaysia cikgu?

    Terima kasih.

  2. Salam sejatra brother.. nk tanya, mcm mane kita tetapkan harga barang? Contohnya kita nk jual maggie harganya rm5.20 Kat sini then if jual Kat ebay mcm mane tetapkan harga? Tq

    1. Boleh follow pengiraan di bawah:

      Caj ebay = 10% = RM0.55
      Caj paypal = 5% = RM0.275
      Jumlah caj ebay + paypal = 15% = RM0.825
      Kos penghantaran menggunakan SingaporePost = RM30
      Total kos = RM5.5 + RM0.825 + RM30 = RM36.325

      Jadi, harga paling minimal boleh letak ialah RM37. Tapi tak ada keuntungan.

      Nak letak harga tu bergantung kepada berapa ringgit nak untung. Contohnya letak harga USD19 = RM90.

      Untung = RM90 – RM37 = RM53

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *