Kalau anda perasan, dekat shopee ada satu feature add-on deal. Kalau nak mudah faham, add-on deal ni lebih kepada upsale.
Contohnya macam dalam gambar di bawah ini.
Produk ini adalah kain pencuci. Jika dilihat, empunya store ini menggunakan penyangkut sebagai Add On Deal.
Jika anda pun nak guna strategi Add-on Deal, anda perlu bijak memilih produk. Tidak boleh main ambil je, sebab ada beberapa ciri-ciri produk anda perlu perhatikan.
Menggunakan contoh kain pencuci tadi, adalah bijak bila anda menggunakan pengangkut sebagai Add On Deal.
Kerana apabila suri rumah menggunakan kain ini, sudah tentu kain ini perlu disidai. Jadi, pengangkut adalah Add On Deal yang sesuai digunakan pada kain pencuci ini.
Sebolehnya, produk Add On Deal tidak melebihi harga produk utama. Untuk kain pencuci ini, empunya store shopee menggunakan penyangkut yang berharga tidak melebihi daripada harga kain pencuci. Kain pencuci berharga 69 sen, penyangkut pula berharga 12 sen.
Artikel Berkaitan: Teknik Edit Gambar Untuk Naikan Jualan Di Shopee
Jadi, bagaimana nak on kan fungsi Add-On Deal ini?
Anda hanya perlu ke Marketing Centre >> Add-on Deal.
Dekat situ, anda perlu buat satu kempen dengan mencantumkan produk utama dengan produk Add-on Deal.
Anda nak belajar cara jana RM7,129 dalam masa sebulan? Saya ada kongsikan cara dan strategi yang saya gunakan dalam mendapatkan jualan seperti ini.
Klik je butang di bawah ini untuk baca.
Boleh bantu saya share?
9 thoughts on “Strategi Tingkatkan Keuntungan Dengan Add On Deal”
Terima kasih tuan atas perkongsian bermanfaat ini.
Sama-sama tuan.
Terima kasih cikgu atas perkongsian ini
Sama-sama tuan.
Artikel yang banyak membantu saya berniaga di shopee. Tq tuan.
Sama2 tuan
Salam tuan, macam mana nak pastikan kita tak terlepas daripada deal tu?
Tuan boleh setkan tarikh bila shopee adakan promosi. Bila dah tahu, mudah untuk tuan hasilkan deal tu.
Terima kasih tuan di atas perkongsian