Teknik Pukal Untuk Tingkatkan Keuntungan Produk

By Mohd Kero

Anda pernah tak menjual produk berharga bawah daripada 50 sen? 

Kalau pernah, mesti anda akan penat kan nak uruskan order. Kebiasaanya produk yang murah macam ini akan mudah terjual.

Ianya penat apabila kerja yang anda buat tidak berbaloi dengan keuntungan yang anda dapat. Setakat untung 10 sen, fuh penat… Saya sendiri pun pernah lalui perkara ini.

Jadi, saya kongsikan bagaimana cara saya buat untuk mendapat keuntungan yang tinggi walaupun menjual produk yang berharga sen sen ini.

Ianya mudah. Iaitu menjual secara pukal.

Apa itu pukal?

Pukal ataupun bulk merupakan cara untuk menjual produk secara banyak terus. 

Kalau sebelum ini anda menjual satu, dengan menjual secara pukal, anda bundle kan produk anda itu dengan menjual 50 unit, ataupun 100 unit.

Untuk senang faham, jom saya tunjukkan contoh seperti di bawah ini.

Salah satu produk yang tengah hot sekarang. Ini sabun, bukan gula-gula tau.

Jika anda ingin menjadi dropship produk ini, agak-agak berapa harga anda nak jual? 30 sen? Lepas tu dapat untung 20 sen?

Pada permulaan memang seronok bila dapat jualan, tapi lama-kelamaan, anda akan penat nak urus order yang masuk. 

Sebab keuntungan yang anda dapat sedikit saja. Tak berbaloi kan?

Pss.. kalau anda nak dapatkan idea produk hot, anda boleh download ebook ini 👉 KLIK SINI

Macam Mana Nak Buat?

Caranya mudah saja, anda hanya perlu mempakejkan menjadi pakej pukal. Cuba buat pakej 50 unit dan 100 unit.

Sila pastikan keuntungan minimal yang bakal anda dapat itu di atas RM5. 

Harga Pukal: 100 unit: RM18, 50 unit: RM9

Dengan menggunakan teknik jualan pukal ini, jumlah jualan yang berjaya dihasilkan ialah sebanyak 1,500 unit. Dengan keuntungan bersih sebanyak RM7,500.

Artikel Berkaitan: Strategi Tingkatkan Keuntungan Dengan Add On Deal

Kelebihan menggunakan teknik pukal ini ialah pembeli akan nampak harga yang anda jual itu lebih murah.

Dan anda sebagai penjual pula, tidak perlu lagi uruskan order yang hanya mendapat keuntungan 20 sen sahaja.

Nak jualan seperti ini?

Anda nak belajar cara jana RM7,129 dalam masa sebulan? Saya ada kongsikan cara dan strategi yang saya gunakan dalam mendapatkan jualan seperti ini.

Klik je butang di bawah ini untuk baca.

Boleh bantu saya share?

6 thoughts on “Teknik Pukal Untuk Tingkatkan Keuntungan Produk”

  1. Penyampaian ilmu yg bagus…terima kasih cikgu shopee…betul lah kata cikgu tu..kalau yg baru nak mula ni..tak tau nak niaga apa..and than tak der modal??

      1. 1. Nak buat bisnes dekat shopee mesti kena ada modal. Boleh bermula dengan jadi dropship. Jadi dropship pun tak boleh lari daripada modal. Tapi modal sebagai dropship lebih kecil.

        2. Perkara biasa kalau produk tak ada sambutan. Cikgu syorkan jual produk yang lain daripada seller lain jual. Cuba buat research tentang produk hot, lepas tu cuba jual produk yang sama fungsi dengan produk hot tu. Tak perlu jual produk yang sama dengan seller lain. Cipta keunikan produk anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *