Tips Letak Nama Produk Supaya Pembeli Mudah Jumpa

By Mohd Kero

Tajuk produk merupakan elemen paling penting jika anda menjual di Shopee. 

Tajuk yang baik akan memudahkan pembeli jumpa produk anda apabila mereka mencari sesuatu di kotak carian shopee.

Anda perlu menggunakan sebaik mungkin ruangan tajuk ini kerana ianya dihadkan kepada 120 huruf sahaja.

Untuk memudahkan anda memahami, saya akan menggunakan produk baju tidur sebagai contoh.

Keywords Dwi-Bahasa

Ada orang buat carian di dalam Shopee menggunakan Bahasa Melayu dan ada juga yang menggunakan Bahasa English.

Contohnya: Baju tidur.

‘Baju tidur’ menggunakan Bahasa Melayu. Dalam Bahasa English pula, pembeli akan taip ‘pyjamas’ atau pun ‘sleepwear’. 

Cuba gabungkan dua bahasa ini menjadi satu tajuk produk.

Seperti: Baju Tidur Pyjamas Sleepwear.

Perkataan Sinonim

Menggunakan contoh ‘baju tidur’ lagi, perkataan sinonim kepada ‘pyjamas’ ialah ‘sleepwear’. 

Ciri-Ciri Produk

Ada pembeli membuat carian menggunakan keyword ‘baju tidur lengan panjang’. Lengan panjang itulah ciri-ciri bagi baju tidur.

Contoh: Baju Tidur Lengan Pendek, Baju Tidur Kain Sejuk.

Target Market

Anda boleh fikirkan untuk menjual produk kepada golongan tertentu sahaja. 

Contohnya, anda boleh menggunakan keywords ‘Baju tidur lelaki’ atau ‘Baju tidur wanita’ atau ‘baju tidur kanak-kanak’.

Keywords ‘baju tidur’ itu adalah nama produk. Manakala, keywords ‘lelaki’, ‘wanita’ dan ‘kanak-kanak’ adalah target market.

Model atau Jenama Produk

Anda juga boleh menggunakan keywords model sebagai tajuk produk anda.

Contohnya, anda boleh menggunakan Frozen sebagai keywords. Iaitu ‘Baju tidur Frozen’.

Ataupun anda boleh menggunakan Unicorn sebagai keywords. Iaitu ‘Baju tidur Unicorn’

Nak Jualan Macam Ini?

Sebenarnya, teknik tajuk ini bukan lah satu-satunya strategi yang saya gunakan dalam menjana jualan. 

Ada banyak lagi teknik & strategi yang saya guna dalam mendapatkan jualan seperti ini.

Nak tahu macam mana?

Saya ada kongsikan bagaimana strategi yang saya lakukan. Info lanjut boleh klik butang di bawah ini.

Jangan lupa share ye 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *