Pantang larang menjual di eBay – Menjual produk di eBay ialah cara terbaik untuk menjana pendapatan tambahan atau menjadikannya perniagaan sepenuh masa.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa larangan yang mesti dielakkan jika anda ingin terus bertahan di platform ini. Berikut adalah lima pantang larang utama yang perlu diberi perhatian:
Vero (Verified Rights Owner) adalah program eBay yang membolehkan pemilik hak harta intelek mengenal pasti dan melaporkan penjualan barang palsu.
Menjual barang Vero boleh menyebabkan akaun anda dibanned. Selalu periksa dahulu hak harta intelek sebelum menjual.
Pemilihan kurier yang tidak bagus boleh menyebabkan barang rosak, terlambat, atau hilang dalam penghantaran. Ini bukan sahaja akan mengecewakan pelanggan anda, tetapi juga boleh merosakkan reputasi anda sebagai penjual.
Feedback score adalah penanda reputasi anda di eBay. Tidak menjaga feedback score dengan memberikan perkhidmatan yang cemerlang boleh menyebabkan bakal pelanggan tidak mempercayai anda.
Pastikan anda berkomunikasi dengan pelanggan dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi secepat mungkin.
Menggunakan gambar dari penjual lain tanpa kebenaran adalah pelanggaran hak cipta dan boleh menyebabkan akaun anda mendapat amaran atau disekat.
Gunakan gambar produk anda sendiri untuk mengelakkan masalah ini.
Menjual senjata api atau peralatan yang dianggap berbahaya adalah melanggar polisi eBay. Ini boleh menyebabkan penutupan akaun dan tindakan undang-undang terhadap anda.
Sentiasa semak senarai barang yang dilarang sebelum memulakan penjualan.
Saya harap dengan perkongsian lima pantang larang menjual di ebay ini memberi manfaat kepada anda. Jangan sesekali buat lima pantang larang ini, jika tidak akaun ebay anda bakal dibanned oleh ebay.
Artikel berkaitan: 7+ Keburukan Menjual Di Ebay.
Anda nak tahu tak bagaimana saya boleh hasilkan keuntungan RM24,211 di ebay? Hanya menjual satu produk sahaja.
Produk apa tu? Sila klik butang di bawah ini untuk tahu lebih terperinci.