Cara Cari Idea Beri Nama Produk Di Shopee

By Mohd Kero

Ramai yang bertanya kepada saya, bagaimana nak bagi nama produk. Bila mana orang buat carian, produk kita yang akan muncul. 

Saya perasan ramai seller Shopee yang tak namakan produk mereka dengan cara yang betul. Nak bagi nama produk pun kena tahu teknik tau.

Saya tunjuk contoh untuk mudah faham.

Cuba anda buat carian di Shopee dengan kata kunci ‘Periuk’. Mesti akan keluar beratus-ratus produk berkenaan periuk bukan.

Tapi masalahnya sekarang, bagaimana nak bagi produk anda yang muncul ketika buat carian itu?

Mesti anda fikir, jumlah jualan memainkan peranan utama untuk pembeli jumpa produk anda.

Tak jugak.

Sebab dalam penelitian saya, produk hanya ada 4 unit jualan pun boleh muncul pada carian pertama.

Ianya ada kaitan dengan kata kunci ataupun keyword.

Keyword yang betul-betul tepat akan memudahkan pembeli menemui produk anda.

Artikel Berkaitan: Cara Tingkatkan Follower Di Shopee

Macam mana saya buat?

Okey, macam ni..

  1. Saya taip ‘periuk’ di kotak carian shopee.
  2. Saya akan copy semua tajuk produk yang muncul di carian shopee.
  3. Pastikan sekurang-kurangnya ada 50 jenis.
  4. Saya akan paste di website wordcounter.net
  5. Biar website itu yang kira berapa pengulangan keyword yang muncul.
Keywords yang kerap digunakan seperti gambar di bawah:

Berdasarkan pengiraan keyword itu, saya akan pastikan nama produk saya nak letak dekat shopee nanti mempunyai keyword:

  • periuk
  • cookware
  • set
  • pan
  • non stick
  • stainless steel
  • steamer

Contoh nama: Set Periuk Stainless Steel Non Stick Cookware Pot Steamer.

Ianya bergantung kepada kreativiti anda dalam memberi nama dengan memasukkan sekali dengan keyword.

Selepas siap bagi nama, bagi masa untuk algorithm shopee proses tajuk produk anda tadi. Ianya tidaklah secepat 1 jam atau satu hari. Mungkin ambil masa minggu atau bulan.

Bila algorithm shopee sudah kesan keywords produk anda, saya jamin produk anda pasti akan muncul di carian pertama dengan carian ‘periuk’.

Kelebihan optimis keywords ini ialah anda akan dapat trafik secara organik (percuma).

Untuk pengetahuan anda, dekat shopee mempunyai dua jenis trafik, iaitu organik trafik dan trafik berbayar.

Ini contoh harga trafik berbayar untuk carian ‘periuk’ di shopee.

Berdasarkan data di Shopee Seller Centre, anda perlu membayar 38 sen untuk setiap klik pada keyword ‘periuk’. 

Apabila anda sudah optimis keyword, anda tak perlu lagi bayar 38 sen per klik kepada shopee semata-mata nak bagi pembeli jumpa produk anda.

Anda sudah jimat di situ.

Belajar sesuatu?

Ingin tahu lagi banyak tips & strategi berniaga di Shopee? 

Saya ada kongsikan lagi banyak tips dan strategi yang berkesan pada tahun ini. Info lanjut boleh klik pada butang di bawah ini.

20 thoughts on “Cara Cari Idea Beri Nama Produk Di Shopee”

  1. Sy byk broadcast produk sy do Shopee, Tp mungkin keyword sy kurang tepat. Em.boleh search produk saya do fidzmakeoverstudio. Sedih, yg beli pon adik beradik sendiri, tu pon sbb kita yg suruh

    1. Saya dah tengok kedai awak tu. Apa yang saya boleh syorkan adalah jangan setia pada produk. Jika produk tu tak ada permintaan daripada pembeli, cuba tukar kepada produk lain.

      Saya perasan ramai yang salah faham tentang berniaga di shopee ini. Ada yang fikir, bila letak produk dekat shopee je terus dapat jualan. Sebenarnya tak.

      Ada banyak faktor yang menjadikan sesuatu produk tu takda jualan.

      Punca/cara atasi:

      1. Pembeli tak jumpa bila buat carian. Kena ubah keywords.
      2. Harga terlalu mahal. Ubah harga jadi sama dengan seller lain.
      3. Terlalu ramai persaingan. Jual produk lain pula.
      4. Fikir produk ada orang nak beli. Buat demand research semasa.

      Situasi sis ini jatuh kepada nombor 4.

      Sebab saya dulu pun pernah hadapi situasi macam ni, saya fikir produk yang saya jual tu ada orang nak beli. Tapi saya silap, sebab itu hanyalah anggapan daripada saya. Sepatutnya saya kena jual produk yang orang ramai suka, bukan apa yang saya suka.

    1. Produk yang dah ada keyword yang betul memerlukan masa untuk naik ke atas. Ianya tak secepat hari ini buat, esok terus naik. Mungkin akan ambil masa sebulan ataupun kurang. Ianya bergantung kepada persaingan. Jika ramai yang jual produk yang sama, memang memakan masa untuk naik.

  2. Salam tuan. Saya dah bukak website wordcounter.net tu. persoalannya sekarang, macam mana saya nak buat macam tuan buat tu? pilihan untuk kira pengulangan keyword tu. Mohon tuan jelaskan. Terima kasih.

    1. Cuma copy paste je tajuk produk ke dalam web wordcounter tu. Copy dalam 50 jenis tajuk produk, lagi banyak lagi bagus. Kemudian scroll kat bawah akan ada statistik tentang pengulangan perkataan.

  3. Siti rohaya Aziz

    Saya dah terima email tuan. Tapi tiada… info cara nak bina kedai di shopee tu. Utk saya create kedai tu bagaimana. nak masuk produk. Nak buat nama. Ada video ke. Apa ke. Maaf saya ni… beginner.

  4. Terima kasih tuan di atas perkongsian bermanfaat ini. Sedikit sebanyak membantu saya untuk mencari keywords di shopee.

  5. encik, saya berniaga skincare. contohnya semua sekali ada 7 item. so, pada pendapat encik, saya kena masukkan semua kedalam 1 page atau buat secara berasingan?

    1. Saya syorkan setiap satu produk buat berbeza page.

      Sebabnya, sebab senang nak rank keyword dekat shopee.

      Orang selalunya nak cari produk dekat shopee, dia akan cari keyword “produk” + “nama brand”

      Contoh, foundation nurraysa.

      Nama produk = foundation.
      Nama brand = nurraysa.

      Kelebihan, bila ada orang cari menggunakan keyword ini, produk anda akan ada pada carian pertama. Dalam kata mudah, pembeli mudah jumpa produk anda dekat shopee.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *