Kenapa Nak Eksperimen?

Tak perlu buang masa, tenaga dan wang. Mulakan perniagaan anda di Shopee dengan pantas!

Hanya perlu Copy-Paste Cara Yang Dah Terbukti dalam teknik ini.”

Kisah Saya Dulu..

Sebelum itu, suka saya perkenalkan diri dahulu. Saya Khairul merupakan seorang peniaga online. Saya dulu juga pernah berniaga menggunakan whatsap. Tapi serius penat gila sebab kena layan customer yang belum tentu lagi nak beli.

Sehinggalah rakan saya yang syorkan saya berniaga di Shopee . Kerja menjual jadi lagi mudah. Hanya perlu letak gambar produk, letak maklumat produk dan letak harga.

Kalau ada orang beli, nanti akan dapat notifikasi dari pihak Shopee.

Ini hasilnya…

Sebulan saya cuba menjual di Shopee, dan hasilnya amat memberansangkan. Mungkin disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan sekarang ini, ramai yang shopping online sebab tidak boleh keluar rumah.

Yang lagi best tentang PKP ini, pembeli sudah terbiasa untuk shopping secara online. Jadi, memang satu kerugianlah bagi saya kalau tak cuba letak barang di Shopee untuk dijual.

Teknik Empat Angka Seminggu.

Teknik yang saya guna dalam membuat jualan hanyalah dengan menjual produk yang terbukti mempunyai jualan yang tinggi di Shopee. Bila saya dah jumpa produk tersebut, saya akan mula letak produk itu ke dalam kedai Shopee saya.

Tapi tak boleh main letak je! Sebab, setiap produk yang bakal saya pilih itu kenalah menepati syarat-syarat saya tetapkan ini.

Antara ciri-ciri produk yang bakal saya pilih adalah:-

Ciri #1

Sekurang-kurangnya mempunyai rating 4 star. Rating yang tinggi menunjukkan produk itu disukai oleh pembeli. 

Ciri #2

Sekurang-kurangnya mempunyai 100 unit jualan pada setiap bulan. Ini menunjukkan produk ini mempunyai permintaan daripada pembeli.

Teknik Dropship..

Teknik ini sesuai bagi mereka yang tiada modal tapi nak cuba berniaga di Shopee. Teknik ini saya namakan sebagai Teknik dropship

Cara dia mudah je. Saya menjual produk daripada penjual lain dengan menaikan sedikit harga.

Bagaimana saya buat?

Pertama sekali saya perlu mencari produk yang banyak terjual di Shopee pada bulan ini.

Sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk cari produk itu, saya ada senaraikan 20 produk tengah laku keras di shopee pada bahagian akhir artikel ini.

Hasil carian saya itu, saya terjumpa produk ini.

Saya ingin menjual produk ini kerana saya dapati jualan produk ini tinggi iaitu 90,000 unit terjual. Saya akan pastikan produk ini memenuhi ciri-ciri produk hot ataupun tidak.

  • Jumlah jualan melebihi 100 unit (lulus).
  • Star rating melebih 4 star (lulus).

Saya lihat produk ini memenuhi ciri-ciri produk hot. Saya ambil keputusan untuk menjual produk ini.

Jika dilihat, harga penjual ini jual adalah RM28.32. Apa yang saya buat adalah dengan menaikkan sedikit harga produk ini. Saya akan naikkan harga kepada RM48.90.

Sedikit tips untuk letak harga. Cuba letakkan diri anda sebagai pembeli, sanggup tak anda beli produk ini dengan harga RM48.90?

Jika tanya saya, ya saya sanggup beli. Sebab bagi saya ianya masih lagi murah.

Saya akan contact penjual tadi. Bertanya kepada mereka adakah mereka terima dropship. Kebanyakkan penjual akan terima dropship, usah risau. 

Bila ada pembelian, saya akan buat pembelian dengan menukar alamat pengeposan kepada pembeli saya. Sebagai dropship, penjual tadi tidak akan melampirkan invoice harga pada parcel mereka.

Jadi pembeli anda ini tadi tidak akan tahu harga dropship anda itu.

Untung kecil je?

Ya! Memang keuntungan tidaklah setinggi dengan ada stok sendiri. Tapi ianya agak berbaloi bagi saya kerana ianya tidak memerlukan modal untuk beli stok sendiri.

Saya naikkan harga produk sedikit sahaja untuk mengelakkan produk yang saya jual itu nampak terlalu mahal.

Saya tidak mencari keuntungan tinggi untuk satu produk yang terjual. Tapi saya mencari kuantiti produk yang bakal dijual.

Mungkin anda rasa teknik dropship ini biasa-biasa saja bukan? Oh! Saya rasa anda patut tengok jumlah jualan yang saya berjaya lakukan 🙂

Dengan teknik ini, saya telah berjaya menjual produk ini sebanyak 1,300 unit. Dengan keuntungan RM63,798. Itu hanya untuk satu produk.

Cuba bayangkan jika kedai Shopee anda mempunyai 100 jenis produk dengan menggunakan teknik ini.

Psss…

RM63,798 itu bukanlah keuntungan untuk jangka masa sebulan atau dua bulan. Tapi ianya memakan masa 10 bulan. Pada permulaan jualan memang perlahan, nak dapat satu pembelian sehari pun susah, ada hari tak dapat langsung.

Tapi usah risau, inilah proses jualan di Shopee. Bagi sedikit masa, banyakkan bersabar. Saya bukan apa, saya tak nak anda fikir, letak produk hot di shopee, jualan terus kaboooom. Itu mimpi di siang hari. Okey!

Cuma  jika anda menggunakan Teknik Dropship ini, keuntungan anda peroleh tidaklah sebanyak dengan ada stok sendiri. Tapi tidak mengapa, sebab saya dulu pun bermula dari bawah.

Mula-mula saya jadi dropshipper.

Selepas cukup modal, saya gunakan modal yang saya kumpul sebagai dropshipper tadi untuk borong terus dari China.

Produk ni murah je!

Sekiranya anda nak keuntungan tinggi untuk jualan satu produk, saya syorkan anda untuk borong produk dari China. Ada dua website yang saya selalu guna untuk borong secara online.

Iaitu Taobao.com dan 1688.com.

Daripada hasil carian saya, harga produk ini di Taobao hanyalah RM12.66 untuk seunit. Murah bukan?

Teknik Borong Dari China.

Anda ingin tahu lebih lanjut tentang borong barang dari China? Apa kelebihan borong China ni?

Dengan borong dari China, anda boleh mengaut keuntungan sampai 100% sehingga 300% setiap barangan.

Ringkasan.

Jadi, suka saya ringkaskan sedikit bagaimana cara saya buat empat angka seminggu di Shopee.

  1. Cara produk tinggi jualan bulanan di Shopee.
  2. Letak produk di kedai Shopee anda dengan menaikkan sedikit harga.
  3. Jika ada pembeli, beli daripada penjual di Shopee dengan meminta jadi dropship. Minta mereka hantar produk tanpa sertakan invoice.
  4. Produk sampai ke tangan pembeli. Anda dapat sedikit keuntungan.
  5. Jika nak untung besar, kena borong dari China. Boleh belajar di sini.

Kurang mahir?

Mesti anda excited kan bila tengok keuntungan yang saya dapat tu kan? Mesti anda rasa nak cepat-cepat letak produk dekat shopee bukan?

Bukan semua produk yang boleh terjual menggunakan teknik ini. Saya sudah mencuba beratus-ratus produk, yang banyak jualan hanya lah 2-5 produk saja.

Jadi atas permasalahan itu, saya sudah senaraikan 20 produk tengah laku keras di Shopee pada tahun ini.

Anda hanya perlu pilih je nak jual yang mana satu.

Antara salah satu produk tengah laku keras yang saya senaraikan dalam ebook ni. Jumlah keseluruhan jualan produk sebanyak 140,300 unit pada tahun ini. 

Bulan lepas sahaja, produk ini terjual sebanyak 86,500 unit.  

Produk ini memang murah. Tapi dari carian saya di shopee, seller yang jual RM10 ke atas pun masih dapat hasilkan 1,400 unit jualan. Tak caya boleh try cari dekat shopee.  

Masukkan nama & emel anda untuk download ebook ini secara percuma.

Belajar sesuatu?

Ingin belajar lagi banyak cara berniaga di Shopee?

Teknik yang saya guna ini merupakan sebahagian teknik yang dikongsikan dalam buku ini.

Jika anda ingin belajar lebih mendalam cara berniaga di Shopee & gandakan jualan, boleh baca perkongsian seorang seller yang hasilkan buku ini.

Anda boleh klik butang di bawah ini untuk baca perkongsian beliau, iaitu cara sebenar untuk menjual di Shopee.