Strategi Jana Jualan RM4 Angka Seminggu Di Shopee.

– Ringkasan –

Dalam artikel ini saya akan kongsikan cara saya menjana keuntungan RM63,798 dengan hanya menjual produk orang lain.

Kisah Saya..

Sebelum itu, suka saya perkenalkan diri dahulu. Saya Khairul merupakan seorang peniaga online. Saya dulu juga pernah berniaga menggunakan whatsap.

Tapi serius penat gila sebab kena layan customer yang belum tentu lagi nak beli.

Sehinggalah rakan saya yang syorkan saya berniaga di Shopee. Kerja menjual jadi lagi mudah. Hanya perlu letak gambar produk, letak maklumat produk dan letak harga.

Ini Hasilnya…

Jualan setiap bulan semenjak berniaga di Shopee, dan hasilnya amat memberansangkan. Mungkin disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan sekarang ini, ramai yang shopping online sebab tidak boleh keluar rumah.

Yang lagi best tentang PKP ini, pembeli sudah terbiasa untuk shopping secara online. Jadi, memang satu kerugianlah bagi saya kalau tak cuba letak barang di Shopee untuk dijual.

Nak Tahu?

Saya yakin anda mesti nak tahu bagaimana saya buat jualan seperti ini bukan? Jujur saya cakap, tak ramai seller Shopee yang nak kongsikan strategi mereka buat jualan.

Tapi bagi saya, biarlah ramai yang tahu. 

Sebab saya dulu pun diajar oleh kawan saya juga. Jadi tak salah kan kalau sekarang saya berkongsi kepada anda.

Empat Angka Seminggu.

Teknik yang saya guna dalam membuat jualan seperti ini hanyalah dengan menjual produk orang lain. Tapi bukan semua produk! 

Hanya produk yang mempunyai jualan yang tinggi di Shopee sahaja yang saya pilih.

Bila saya dah jumpa produk tersebut, saya akan letak produk itu ke dalam kedai Shopee saya.

Tapi tak boleh main letak je tau. Sebabnya, setiap produk yang bakal saya pilih itu kenalah menepati ciri-ciri ditetapkan ini.

Antara ciri-ciri produk yang bakal saya pilih adalah:-

Ciri #1

Sekurang-kurangnya mempunyai rating 4 star. Rating yang tinggi menunjukkan produk itu disukai oleh pembeli & dan boleh mengurangkan kadar refund.

Ciri #2

Sekurang-kurangnya mempunyai 100 unit jualan pada setiap bulan. Ini menunjukkan produk ini mempunyai permintaan daripada pembeli.

Teknik Apa Tu?

Teknik ini sesuai bagi mereka yang tiada modal tapi nak cuba berniaga di Shopee. Teknik saya gunakan ini ialah menjual secara dropship.

Saya yakin anda tentu tahu apa itu dropship kan?

Cara dia mudah je. Saya menjual produk daripada penjual lain dengan menaikkan sedikit harga.

Penjual itu pun saya cari dekat Shopee jugak. Mudah. Tak payah pening-pening kepala.

Apa Saya Buat?

Pertama sekali saya perlu mencari produk yang banyak terjual di Shopee pada bulan ini.

Sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk cari produk itu, saya ada senaraikan 13 produk tengah laku keras di shopee dekat bawah ini.

Okey…

Hasil carian saya itu, saya terjumpa produk ini. Iaitu set cadar.

Kenapa saya nak jual produk ini?

Saya pilih produk ini kerana saya dapati jualan produk ini tinggi iaitu 90,000 unit.

Tapi sebelum itu, saya kena pastikan produk ini memenuhi ciri-ciri produk hot ataupun tidak.

  • Jumlah jualan bulanan melebihi 100 unit (lulus).
  • Star rating melebih 4 star (lulus).

💡Tips! Anda jangan anggap semua produk yang tinggi jualan itu sesuai untuk dibuat dropship. Sebab saya pernah jumpa produk yang tinggi jualan, tapi jualan bulanan hanya 10-20 unit sahaja.

Ada kemungkinan kitar hidup produk itu sudah sampai kemuncak. Kata mudah produk itu sudah basi.

Saya lihat produk ini memenuhi ciri-ciri produk hot. Saya ambil keputusan untuk menjual produk ini.

Saya tengok, harga penjual ini jual adalah RM28.32. 

Apa yang saya buat ialah dengan menaikkan sedikit harga produk ini. Saya akan naikkan harga kepada RM48.90.

dropship-harga-shopee-malaysia-2

Sedikit tips untuk letak harga. Cuba letakkan diri anda sebagai pembeli, sanggup tak anda beli produk ini dengan harga RM48.90?

Jika tanya saya, ya saya sanggup beli. Sebab bagi saya ianya masih lagi murah.

Lepas tu, saya akan contact penjual tadi. Bertanya kepada mereka adakah mereka terima dropship. Kebanyakkan penjual akan terima dropship, usah risau.

Bila dah dapat green light daripada mereka, apa lagi, terus je saya letak produk ni dalam kedai saya.

Bila ada pembelian, saya akan buat pembelian dengan menukar alamat pengeposan kepada pembeli saya.

Sebagai dropship, penjual tadi tidak akan melampirkan invoice harga pada parcel mereka.

Jadi pembeli anda ini tadi tidak akan tahu harga dropship anda itu.

Untung Sikit?

Ya! Memang keuntungan tidaklah setinggi dengan ada stok sendiri. Tapi ianya agak berbaloi bagi saya kerana ianya tidak memerlukan modal untuk beli stok sendiri.

Saya naikkan harga produk sedikit untuk mengelakkan produk yang saya jual itu nampak terlalu mahal.

Saya tidak mencari keuntungan tinggi untuk satu produk yang terjual. Tapi saya mencari kuantiti produk yang bakal dijual.

Mungkin anda rasa teknik dropship ini biasa-biasa saja bukan? Oh! Saya rasa anda patut tengok jumlah jualan yang saya berjaya lakukan.

Dengan teknik ini, saya telah berjaya menjual produk ini sebanyak 3,100 unit. Dengan keuntungan RM63,798. Itu hanya untuk satu produk.

Cuba bayangkan jika kedai Shopee anda mempunyai 10 jenis produk dengan menggunakan teknik ini.

untung jual dropship shopee

Psss..

RM63,798 itu bukanlah keuntungan untuk jangka masa sebulan atau dua bulan. Jujur saya bagitau, nak jana keuntungan seperti ini tidaklah semudah dengan hanya meletak produk di shopee sahaja.

Sebab saya pernah berjumpa peniaga nak baru nak berniaga di shopee, tapi tak ada jualan.

Sebab ada yang fikir shopee ini seperti marketplace ajaib. Hari ni letak produk, esok terus dapat jualan.

Tak semudah itu sebenarnya.

Jika anda nak belajar lebih lanjut, sila klik butang di bawah ini.

Saya syorkan anda untuk bermula dengan dropship dahulu. Apabila anda sudah mahir dengan sistem shopee ini, anda boleh menjual produk sendiri.

Sebagaimana yang kita tahu, nak menjual produk sendiri ini memerlukan modal yang besar.

Saya dulu pun bermula dari bawah. Mula-mula saya jadi dropshipper.

Selepas cukup modal, saya gunakan modal yang saya kumpul sebagai dropshipper tadi untuk borong terus dari China.

Jika anda rasa susah untuk cari supplier dropship, saya syorkan anda untuk tengok supplier ini.

Harga daripada supplier ini tidaklah semurah borong produk dari China, tapi sesuai untuk anda yang baru nak bermula buat dropship.

Murah Jer?

Sekiranya anda nak keuntungan tinggi untuk jualan satu produk, saya syorkan anda untuk borong produk dari China. 

Ada dua website yang saya selalu guna untuk borong secara online. Iaitu Taobao.com dan 1688.com.

Daripada hasil carian saya, harga produk ini di Taobao hanyalah RM12.66 untuk seunit. Murah bukan?

Hati-Hati!

Borong barang dari China memang boleh kaut keuntungan tinggi. Tapi, anda jangan silap pilih supplier! Habis lesap duit anda nanti. Barang yang di order tak sampai-sampai.

China ini di luar negara. Segala urusan di luar negara memang leceh dan memerlukan banyak kaedah. Jauh dah la satu hal, berbeza bahasa pulak tu. Anda cakap lain, mereka faham lain.

Jika anda betul-betul nak tahu cara borong produk dari China, anda boleh baca pada pautan di bawah. 

Cara Membeli Barang Dari China Secara Online.

Ringkasan

Jadi, suka saya ringkaskan sedikit bagaimana cara saya buat empat angka seminggu di Shopee.

  1. Cara produk tinggi jualan bulanan di Shopee.
  2. Letak produk di kedai Shopee anda dengan menaikkan sedikit harga.
  3. Jika ada pembeli, beli daripada penjual di Shopee dengan meminta jadi dropship.
  4. Produk sampai ke tangan pembeli. Anda dapat sedikit keuntungan.
  5. Jika nak untung besar, kena borong dari China. 

Kurang Mahir?

Mesti anda excited kan bila tengok keuntungan yang saya dapat tu kan? Mesti anda rasa nak cepat-cepat letak produk dekat shopee bukan?

Tunggu dulu!

Sebab bukan semua produk yang boleh terjual menggunakan teknik ini. Saya sudah test beratus-ratus produk, yang banyak jualan hanya lah 2-5 produk saja.

Nak memudahkan anda, saya sudah senaraikan 13 produk tengah laku keras di Shopee pada tahun ini.

Anda hanya perlu pilih je nak jual yang mana satu.

senarai produk laku keras hot shopee 2020

Masukkan nama pendek & emel anda untuk download ebook ini secara percuma.

Antara salah satu produk paling laris yang saya senaraikan dalam ebook ni.

produk laku keras dan laris di shopee 2020

Jumlah keseluruhan jualan produk sebanyak 452,300 unit pada tahun ini. Bulan lepas sahaja, produk ini terjual sebanyak 21,500 unit. 

Saya percaya anda pun boleh hasilkan jualan dengan mudah kalau jual produk ini.

Nak tahu produk apa?

Itu saya bongkarkan dalam ebook ini. Saya nak bagi secara percuma kepada 50 orang terawal sahaja.

Belajar Sesuatu?

Dekat atas tadi saya ada bagitau kawan yang ajar saya strategi berniaga di Shopee kan? Kawan saya tu ada kongsikan satu panduan berniaga di Shopee.

Saya highly recommended anda untuk mendapatkan panduan ini. Tak perlu dah bazirkan masa nak bereksperimen teknik itu ini, ikut je strategi yang dia kongsikan dalam buku ini. Masa pun jimat.

Kalau anda dah ada produk sendiri, itu memang dah terbaik. Jika anda tak ada produk lagi, kawan saya ini kongsikan pembekal dia.

Apa yang perlu anda lakukan, hanya masukkan produk dalam kedai shopee je.

Anda boleh klik butang di bawah ini untuk info lanjut.

Copyright © 2021 Cikgu Shopee

Disclaimer Privacy Policy Terms & Conditions