Bagaimana cara menjadi dropship di shopee? Saya kerap kali diajukan dengan soalan ini. Saya perasan ramai yang berminat nak jadi dropship di shopee tapi masih tak tahu cara yang sebetulnya.
Pertama sekali, biar saya terangkan sedikit terlebih dahulu apa itu dropship. Cara menjadi dropship di shopee ini adalah satu cara berniaga tanpa perlu memegang produk di tangan sendiri.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah menjalankan promosi untuk menjual produk tersebut. Jika berlaku pembelian, anda hanya perlu detail pembeli kepada pembekal.
Selebihnya, serahkan kepada pembekal untuk mengepos produk itu kepada pembeli anda tadi.
Mudah bukan cara menjadi dropship di shopee ini? Anda tak perlu pening-pening kepala memikirkan tentang stok produk sekiranya produk tak laku.
Boleh dikatakan anda tak perlu mengeluarkan kos untuk memborong produk pun dengan cara menjadi dropship di shopee ini.
Yang saya cerita ini apa yang seronok. Anda nak tahu tak apa yang tak seronok cara berniaga menjadi dropship di shopee ini?
Tak lain tak bukan ialah persaingan. Tahu tak kenapa ada ramai pesaingan? Ianya disebabkan oleh terlalu mudah untuk seseorang penjual itu untuk menjadi dropship.
Ada program dropship di shopee tak memerlukan anda untuk membayar apa-apa yuran jika ingin menyertai dropship.
Jadi, daripada situlah bermulanya lambakan penjual yang menjual secara dropship.
Jangan risau. Walaupun ada ramai pesaingan, anda boleh berada paling atas jika anda tahu bagaimana cara untuk menjadi dropship di shopee yang betul.
Cara bersaing menjadi dropship di shopee anda perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara ini.
Gambar merupakan perkara pertama pembeli akan tengok di shopee. Gambar yang menarik akan menarik perhatian pembeli untuk membeli daripada anda.
Anda nak tahu bagaimana cara hasilkan gambar yang menarik? Anda boleh baca di artikel yang saya sediakan di bawah ini.
Perkara kedua pula ialah kata kunci. Jika anda nak membeli sesuatu produk di shopee, apakah perkara pertama yang akan anda lakukan. Sudah tentu anda akan buat carian di kotak carian shopee bukan?
Macam itulah juga pembeli jika mereka nak mencari sesuatu di shopee. Masalahnya sekarang, bagaimana nak memastikan produk anda terpapar ketika mereka buat carian?
Sebagai contoh, jika pembeli buat carian dengan kata kunci ‘kasut’, sudah tentu akan ada beratus-ratus produk yang akan terpapar bukan?
Persoalanya sekarang, adakah ada peluang untuk produk anda terpapar dengan persaingan beratus-ratus produk itu?
Usah risau. Sebabnya anda boleh saja paparkan produk anda sekiranya anda menggunakan kata kunci yang tepat.
Saya ada kongsikan cara untuk buat kata kunci yang tepat dalam artikel di bawah ini.
Perkara ketiga pula berkaitan dengan produk. Anda kena tahu produk apa yang tengah dicari oleh pembeli buat masa sekarang.
Saya bagi contoh mudah. Andaikan sekarang adalah musim hujan, agak-agak anda, produk apakah yang bakal dicari oleh pembeli. Mungkin baju hujan atau payung bukan?
Saya perasan ramai dropship menjual produk mereka tanpa melakukan kajian tentang permintaan daripada pembeli. Kebanyakan hanya berharap kalau ada rezeki adalah nanti orang beli.
Anda boleh download ebook di bawah ini untuk mendapatkan idea apakah produk terlaris di shopee. Info lanjut boleh baca di sini >> Klik Sini <<
Sebelum anda cari produk yang hendak dijual, anda perlu tahu dahulu apakah sebab orang untuk membeli.
Jika anda menjual produk yang boleh menyelesaikan masalah pembeli mungkin anda boleh tarik nafas lega. Kerana produk jenis ini akan mempunyai pembelian setiap masa.
Jika anda boleh kuasai tiga perkara ini, menjadi dropship di shopee memang sesuai untuk anda.
Untuk permulaan, cuba konsisten upload 10 produk setiap hari dekat shopee. Sebulan sudah ada 300 produk dekat kedai shopee anda bukan?
Tapi mungkin ada di antara anda yang rasa leceh untuk upload produk setiap hari. Kan bagus kalau ada sistem yang boleh upload produk dengan dua tiga klik je kan.
Memang ada sistem macam tu.
Sistem ini dinamakan sistem dropship shopee automatik. Anda hanya perlu sambungkan kedai shopee anda dengan sistem dropship ini kemudian segala urusan pengeposan diuruskan oleh sistem.
Yang seronoknya, sistem ini sudah mempunyai produk dropshipnya sendiri. Tuan punya sistem ini sudah sewa gudang sendiri untuk simpan stok produk mereka.
Jadi, anda tak perlu pening-pening kepala lagi mana nak cari pembekal.
Nak tahu lebih lanjut tentang sistem dropship automatik ini? Anda boleh klik butang di bawah ini. Saya kongsikan bagaimana cara untuk guna sistem dropship ini.
Boleh bantu saya share?