Cara Menjual Di Ebay: 7 Langkah Penting Wajib Anda Tahu

Cikgu Khairul

Bagaimana nak menjual di ebay? Satu persoalan yang kerap kali ditanyakan kepada saya. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda bagaimana proses cara menjual di ebay ini berjalan.

7 Langkah Cara Menjual Di eBay

Berikut ialah tujuh langkah penting untuk mula menjual di ebay:

  • Daftar akaun ebay dan payoneer.
  • Spy barang hot di ebay.
  • Cari supplier.
  • Buat kira-kira keuntungan.
  • Buat listing.
  • Urus order masuk.
  • Withdraw duit dari payoneer.

Daftar Akaun Ebay Dan Payoneer.

Untuk buka akaun baharu, anda perlu sediakan emel, nombor telefon dan kad debit. Jika kad debit anda masih belum aktif pembelian luar negara, anda perlu hubungi pihak bank untuk aktifkan international purchase.

Antara bank yang saya syorkan ialah maybank, ambank, RHB bank, affin bank dan Hong Leong bank.

Untuk mendaftar, anda boleh terus daftar pada link di bawah:

Selepas anda isikan detail anda, ebay akan redirect kepada pendaftaran akaun payoneer. Apabila kedua-dua akaun ini disahkan, barulah anda boleh mula menjual di ebay.

Spy Barangan Hot Di Ebay

Jika anda pertama kali nak menjual di ebay, saya yakin anda bakal berdepan dengan situasi tak tahu nak jual apa. Saya ketika mula-mula menjual di ebay pun macam tu jugak. Tak ada idea nak jual apa.

Cara paling mudah saya syorkan anda buat ialah cuba jual barang yang dah terbukti ada pembeli. Anda kena cuba spy kedai seller ebay lain. Cuba selongkar barang apakah yang mereka sedang jual.

Daripada hasil spy saya, saya dapati sellotape merupakan antara produk hot di ebay. 

Tapi kenapa sellotape? Bukan ke ada banyak lagi barang lain?

Sebab utama ialah data jualan. Cuba anda tengok jumlah jualan yang berjaya seller lain hasilkan.

5 Teknik Spy Barangan Hot

Dalam mini course export Mudah Ebay, saya kongsikan kepada anda lima teknik nak spy barangan hot di ebay. Saya percaya anda pun boleh cari barangan hot seperti sellotape ini jugak. 

Sekiranya anda tak ada idea nak menjual apa di ebay, saya syorkan anda download ebook ini. Terdapat 13 produk paling laku di ebay.

Sila isi nama dan emel anda untuk download ebook ini secara percuma.

Cari Supplier

Apabila saya dah jumpa barang yang berpotensi ada jualan, seterusnya saya cuba cari supplier yang menjual barang yang sama. Nak cari supplier ni tak susah mana pun. Hanya cari dekat shopee sahaja.

Cuba anda tengok berapa harga satu unit sellotape ini. Hanya RM1.60 sahaja. Murah kan?

Strategi Bundle.

Apa yang saya buat adalah dengan menjual sellotape ini dalam bentuk bundle. Satu bundle ada 12 unit sellotape. Harga pula saya akan naikkan kepada 22.99 USD (bersamaan RM106).

Tujuan strategi bundle adalah nak menggandakan keuntungan. Walaupun harga jualan produk akan menjadi tinggi, produk masih lagi berbaloi di mata pembeli disebabkan mereka dapat dalam kuantiti yang banyak.

Kalau ditukarkan ke dalam ringgit, 22.99 USD ini bersamaan dengan RM106. Kalau anda ambil sellotape ini dekat shopee, harga satu unit hanya RM1.60.

Anda nampak tak keuntungan dekat situ?

Tapi itu hanyalah kiraan secara kasar. Ada banyak lagi kos tersembunyi kalau anda nak menjual di ebay ini. Contohnya cukai dan caj daripada ebay itu sendiri.

Buat Kira-Kira Keuntungan

Selepas saya dah jumpa supplier, saya akan buat pengiraan keuntungan. Ia bertujuan nak menentukan adakah sellotape ini boleh menghasilkan keuntungan atau tidak. 

Jika boleh untung, berapa banyak keuntungan itu? Jika hanya untung sikit, saya akan cuba cari produk lain.

- Keuntungan -

Caj ebay + SST = 15%

Harga 12 sellotape di shopee = RM1.60 x 12 = RM19.20

Jumlah caj ebay + SST = RM106 x 15% = RM15.90

Untung bersih = RM106 – RM15.90 – RM19.2 = RM70.90

Untuk sellotape ini, saya dapati memang ada keuntungan yang tinggi. RM70 untuk satu jualan. Daripada situ saya akan ambil keputusan untuk buat listing sellotape ini dalam kedai ebay saya.

Buat Listing

Antara cabaran listing produk di ebay ialah kesukaran sesuatu produk itu ranking di search box ebay. Selalunya pembeli akan menggunakan search box untuk mencari sesuatu produk yang mereka nak beli.

Jika produk anda tak berada di ranking teratas, itu menjadi punca kenapa pembeli tak membeli melalui anda. Untuk memastikan carian ‘sellotape’ ini mudah dijumpai oleh pembeli, ada beberapa trick yang saya guna.

Trick ini bertujuan memudahkan pembeli menjumpai produk saya apabila mereka mencari produk menggunakan search box ebay.

Trick yang saya guna ialah memasukkan keyword yang berkaitan di dalam tajuk dan diskripsi produk. Antara keyword yang saya masukkan ialah:

  1. Tape
  2. Packing
  3. Rolls
  4. Clear
  5. Sealing

Bagi Masa Untuk Ranking

Apabila keyword dimasukkan ke dalam tajuk dan diskripsi produk, saya akan bagi masa kepada algorithm ebay untuk ranking kan sellotape ini. Dari masa ke semasa, ranking sellotape saya ini akan meningkat.

Urus Order Masuk

“Congratulation Your Item Sold!”

Inilah emel pertama akan saya terima apabila ada barangan terjual di ebay. Emel ini bertujuan untuk memberitahu order yang perlu saya selesaikan.

Apabila saya dapat notifikasi order, saya akan beli sellotape ini dekat shopee. Dalam dua hari, sellotape ini akan sampai ke alamat saya. Kemudian saya akan poskan kepada pembeli ebay menggunakan DHL Express.

Pihak DHL akan mengambil parcel dari alamat saya untuk diuruskan penghantaran ke luar negara.

Saya amat syorkan anda menggunakan DHL disebabkan tempoh penghantaran yang cepat, dalam 5 hingga 7 hari bekerja. Walaupun kos pos DHL ini agak tinggi, pembeli akan berpuas hati disebabkan parcel mereka sampai dengan cepat.

Pastikan On Time!

Ebay akan berikan time frame kepada saya sebagai panduan untuk menguruskan order. Bermula dari pembeli buat pembayaran sehinggalah tarikh jangkaan bilakah parcel akan sampai di alamat pembeli.

Saya akan pastikan time frame ini berlaku tepat pada masanya bagi menjaga reputasi kedai ebay saya di mata pihak ebay.

Withdraw Duit Dari Payoneer

Proses jualan tidak terhenti setakat pengeposan parcel kepada pembeli sahaja. Ini disebabkan pembeli masih lagi boleh meminta refund.

Apabila parcel selamat sampai ke tangan pembeli, dan pembeli gembira dengan parcel yang diterima, ketika inilah baru saya boleh menarik nafas lega.

Duit dari akaun payoneer saya akan withdraw untuk dibuat modal. Modal ini saya akan guna untuk menjual barangan lain pula.

Untung 5 Angka Sebulan.

Saya berjaya hasilkan USD14,801 ataupun bersamaan RM69,823 untuk 31 hari sebelum ini. Untung bersih pula selalunya dalam 30 hingga 40 peratus daripada hasil jualan.

Untung = $14,801 x 30% = $4,440 = RM20,945

Walaupun tidak berapa banyak, tapi cukup berbaloi disebabkan bayaran menggunakan mata wang USD. Iaitu empat kali ganda duit kita.

Recommend Dari Saya.

Ebook Cara Menjual Di Ebay

Anda berminat tak nak hasilkan side income seperti ini? RM5 angka sebulan tanpa kacau kerja hakiki. Saya syorkan anda dapatkan panduan Export Mudah Ebay.

Sila klik butang di bawah untuk info lanjut.

Produk Menentukan Jualan.

Sepanjang saya menjadi seller di ebay, pemilihan produk adalah perkara paling kritikal dalam menentukan jualan. Tanpa produk yang tepat, boleh dikatakan anda hanya buang masa sahaja di ebay ini.

Dengan wujudnya beribu persaingan daripada seller lain, memang susah nak dapatkan jualan. Tapi jangan risau! Sebab saya akan bantu anda dalam mencari produk yang tepat.

Bonus Untuk Anda.

Sebagai bonus pembelian, khas untuk pembeli dari blog ini sahaja. Saya akan hadiahkan ebook 100 produk laku ebay ini kepada anda. Anda hanya perlu fokus jual produk-produk ini sahaja, saya yakin anda mudah hasilkan jualan di ebay.

Antaranya ialah produk yang terjual 136,372 jualan ini. Produk ini biasa-biasa jer, tapi ada permintaan yang tersangat tinggi di ebay. Anda jual produk seperti ini, lebih mudah untuk anda hasilkan jualan.

Nanti anda boleh claim ebook bonus ini dekat emel. Berikan resit pembelian untuk claim ebook ini secara percuma.

Hantar emel ke help@cikgushopee.com

Akhir Kalam.

Saya harap dengan perkongsian cara menjual di ebay ini dapat membantu anda memulakan bisnes di ebay. Apa yang saya kongsikan ini hanyalah big picture dalam menjual di ebay.

Untuk tutorial menjual step by step, anda boleh klik butang di bawah untuk teruskan pembacaan.

7 thoughts on “Cara Menjual Di Ebay: 7 Langkah Penting Wajib Anda Tahu”

  1. Tulisan dan pengalamman Cikgu tentang bagaimana menjual di eBay sangat baik, jelas, detail dan padat. Saya akan copy cara Cikgu ini yang telah berjaya sebagai seller di eBay. Saya terbuka hati bukan akaun di eBay kerana saya terbaca tentang jualan Old Coins dan Rare one coins di eBay. Terima kasih atad kemurahan hati Cikgu kongsikan ilmu ini secara percuma. Hanya Allah saja yang membalas jasa baik Cikgu dalam bentuk pahaa ibadah. Ada apa-apa masalah teknikal saya akan hubungi Cikgu. Terima kasih

    1. Zainuddin Yahya Hassan

      Assalamualaikum, ini pertama kaki saya cub menjual di eBay. Mula sekali saya Cuba jual Rare Coins Lama dalam simpanan saya. Mungkin lepas itu saya akan jual varieties products kelak.

  2. saya baru nak bermula cikgu. jadi adakah cara untuk saya masukkan pula item dalam ebay dan cara tulis untuk promosi dan sebagainya

  3. Zainuddin Yahya Hassan

    Assalamualaikum, saya dah download ebook yang cikgu berikan percuma tetapi bila saya cek dalam emai/gmail saya tak ada pula. Saya dah buat download seperti cikgu bagi tahu namun tak ada saya terima di email saya. Terima kasih.

  4. Zainuddin Yahya Hassan

    Assalamualaikum cikgudhopee. Saya ada downloaded ebook cikgu tetapi tidak ada saya terima dalam email saya.
    Saya nak tanya cikgu, bid pricing mula produk saya tak boleh saya tunjukkan sabab saya tahu harganya. Saya search di intetnet kalau ikut numismatic expert dalam findingnya, nilai Rare 1 Dirham Coin from 1419-1998 sangat tinggi ( so worthy). Bagaimana saya tulis harga bid awal untuk customers dalam MYR?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *