Cara Dropship Shopee Malaysia Paling Mudah Pada Tahun Ini

Oleh Cikgu Khairul

Dropship shopee malaysia mudah untuk dilakukan? Ada banyak cara untuk berniaga di shopee. Tapi paling tidak memerlukan modal yang besar adalah dengan menjadi dropship shopee malaysia.

Kelebihan Dropship Shopee Malaysia?

Antara kelebihan menjadi dropship shopee malaysia ialah anda mempunyai kebebasan untuk bertukar-tukar produk. Anda tidak perlu peningkan kepala untuk mencari cara untuk menghabiskan stok sedia ada. 

Kalau produk yang sedang anda jual itu tidak ada pembeli, kalau ada pun suam-suam suku saja, anda boleh bertukar menjual produk yang lain pula.

Nampak tak? Best kan jadi dropship shopee malaysia. Tapi jangan fikir yang best saja. Tidak semua produk sesuai untuk dropship di shopee. Saya sendiri pernah menjual beratus-ratus jenis produk dropship, tapi yang laku hanyalah 3-5 produk saja. 

Kenapa? Sebabnya anda perlu pandai memilih produk yang sesuai. Anda tak boleh pakai ambil saja produk yang anda suka. Kena ada cara pemilihan produk.

Ciri-ciri Produk Dropship Shopee Malaysia

Jadi saya akan kongsikan kepada anda ciri-ciri produk yang sesuai anda jual.

Ciri #1: Mempunyai rating empat star ke atas.

Cara yang paling mudah adalah dengan menjual produk yang terbukti mempunyai jualan yang tinggi. Jualan produk yang tinggi ini sudah cukup untuk bagi signal kepada anda bahawa produk itu tengah hot.

Ciri #2: Mempunyai 100 unit jualan ke atas untuk setiap bulan.

Jumlah jualan bulanan juga menjadi ciri-ciri utama dalam pemilihan produk dropship shopee malaysia. Anda perlu pastikan produk yang anda akan pilih itu mempunyai jualan minimum 100 unit untuk setiap bulan.

Mungkin anda tertanya kenapa perlu 100 unit?

Daripada pengalaman saya sendiri, ada produk hanya rancak jualannya pada permulaan saja. Selepas 3-4 bulan, jualan produk semakin berkurang. Selalunya produk viral akan jadi macam ini.

Anda perlu tahu, setiap produk mempunyai kitaran hidup mereka. Produk yang hot pada tahun lepas tidak semestinya akan hot pada tahun ini. Ianya bergantung kepada keadaan semasa.

Bagaimana Nak Buat Dropship Shopee Malaysia Ini?

Pertama sekali saya perlu mencari produk yang banyak terjual di Shopee pada bulan ini.

Sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk cari produk itu, saya ada senaraikan 13 produk tengah laku keras di shopee dekat bawah ini.

Percuma!

Sila isi nama dan emel anda untuk download ebook ini secara percuma.

Antara salah satu produk tengah laku keras yang saya senaraikan dalam ebook ni. Jumlah keseluruhan jualan produk sebanyak satu juta unit pada tahun ini.

Bulan lepas sahaja, produk ini terjual sebanyak 86,500 unit.

Okey…

Hasil carian saya itu, saya terjumpa produk ini. Iaitu set cadar.

Kenapa saya nak jual produk ini?

Saya ingin menjual produk ini sebagai produk dropship shopee kerana saya dapati jualan produk ini tinggi iaitu 90,000 unit terjual. Saya akan pastikan produk ini memenuhi ciri-ciri produk hot ataupun tidak.

  • Jumlah jualan melebihi 100 unit (lulus).
  • Star rating melebih 4 star (lulus).

– Tips –

Anda jangan anggap semua produk yang tinggi jualan itu sesuai untuk dibuat dropship. Sebab saya pernah jumpa produk yang tinggi jualan, tapi jualan bulanan hanya 10-20 unit sahaja.

Ada kemungkinan kitar hidup produk itu sudah sampai kemuncak. Dengan kata mudah produk itu sudah basi. Cuba elakkan produk seperti ini.

bedsheet supplier dropship shopee malaysia

Saya lihat produk ini memenuhi ciri-ciri produk hot. Saya ambil keputusan untuk menjual produk ini.

Jika dilihat, harga penjual ini jual adalah RM28.32. Apa yang saya buat adalah dengan menaikkan sedikit harga produk ini. Saya akan naikkan harga kepada RM48.90.

dropship harga shopee malaysia

Sedikit tips untuk letak harga produk dropship shopee malaysia. Cuba letakkan diri anda sebagai pembeli, sanggup tak anda beli produk ini dengan harga RM48.90?

Jika tanya saya, ya saya sanggup beli. Sebab bagi saya ianya masih lagi murah.

Saya akan contact penjual tadi. Bertanya kepada mereka adakah mereka terima dropship. Kebanyakkan penjual akan terima dropship, usah risau.

Bila ada pembelian, saya akan buat pembelian dengan menukar alamat pengeposan kepada alamat saya sendiri. Mungkin anda tertanya, kenapa tak suruh jer penjual tu pos terus ke alamat pembeli? Kan lebih mudah.

Sebabnya satu jer. Sebab saya perlu tampalkan AWB pada parsel. 

Sebelum ini memang saya suruh penjual pos ke alamat pembeli terus. Tapi semenjak shopee dah tak membenarkan pembeli membuat pilihan shipping, sejak itulah saya pos sendiri ke alamat pembeli.

Jika saya suruh penjual pos sendiri, info tentang parcel memang saya tak ada. Jika berlaku apa-apa pada parcel, contohnya parcel hilang, saya tiada bukti untuk menunjukkan kepada pihak shopee bahawa saya dah pun pos parcel tu.

Nak tak nak, saya perlu poskan dulu parcel tu ke alamat saya sendiri. Bila dah sampai, saya akan pos ke alamat pembeli saya.

Untung Kecil Je Buat Dropship Shopee Malaysia?

Ya! Memang keuntungan tidaklah setinggi dengan ada stok sendiri. Tapi ianya agak berbaloi bagi saya kerana ianya tidak memerlukan modal untuk beli stok sendiri.

Saya naikkan harga produk sedikit sahaja untuk mengelakkan produk yang saya jual itu nampak terlalu mahal.

Saya tidak mencari keuntungan tinggi untuk satu produk yang terjual. Tapi saya mencari kuantiti produk yang bakal dijual.

Mungkin anda rasa teknik dropship ini biasa-biasa saja bukan? Oh! Saya rasa anda patut tengok jumlah jualan yang saya berjaya lakukan 

bedsheet dropship shopee malaysia

Dengan teknik dropship shopee malaysia ini, saya telah berjaya menjual produk ini sebanyak 1,300 unit. Dengan keuntungan RM63,798. Itu hanya untuk satu produk.

Cuba bayangkan jika kedai Shopee anda mempunyai 100 jenis produk dengan menggunakan teknik ini.

Cuma  jika anda menggunakan Teknik Dropship ini, keuntungan anda peroleh tidaklah sebanyak dengan ada stok sendiri. Tapi tidak mengapa, sebab saya dulu pun bermula dari bawah.

Mula-mula saya jadi dropshipper.

Selepas cukup modal, saya gunakan modal yang saya kumpul sebagai dropshipper tadi untuk borong terus dari China.

Sebenarnya... Murah Jer

Sekiranya anda nak keuntungan tinggi untuk jualan satu produk, saya syorkan anda untuk borong produk dari China. 

Ada dua website yang saya selalu guna untuk borong secara online. Iaitu Taobao.com dan 1688.com.

Daripada hasil carian saya, harga produk ini di Taobao hanyalah RM12.66 untuk seunit. Murah bukan?

bedsheet dropship shopee china

Anda ingin tahu lebih lanjut tentang borong barang dari China? Apa kelebihan borong China ni?

Dengan borong dari China, anda boleh mengaut keuntungan sampai 100% sehingga 300% setiap barangan.

Ringkasan Untuk Jadi Dropship Shopee Malaysia

Jadi, suka saya ringkaskan sedikit bagaimana cara saya buat empat angka seminggu sebagai dropship Shopee Malaysia.

  • Cari produk tinggi jualan bulanan di Shopee.
  • Letak produk di kedai Shopee anda dengan menaikkan sedikit harga.
  • Jika ada pembeli, beli daripada penjual di Shopee dengan meminta jadi dropship. Minta mereka hantar produk tanpa sertakan invoice.
  • Produk sampai ke tangan pembeli. Anda dapat sedikit keuntungan.
  • Jika nak untung besar, kena borong dari China. 

Tak Pandai Cari Produk Dropship?

Saya faham, mungkin ada di antara anda yang masih kurang mahir dalam mencari produk yang tengah HOT dekat shopee bukan?

Jadi atas permasalahan itu, saya sudah senaraikan 13 produk tengah laku keras di Shopee pada tahun ini.

Anda hanya perlu pilih je produk dropship shopee malaysia yang mana anda nak jual.

Dropship Secara Automatik

Apa yang saya tunjukkan ini merupakan dropship secara manual. Alangkah mudah kalau segala yang saya tunjukkan ini berjalan secara automatik.

Boleh ke? Ya, memang boleh. Saya kongsikan kaedah dropship secara automatik dengan klik butang di bawah ini.

Pss.. Anda ada pertanyaan? Sila tinggalkan soalan anda di ruangan komen di bawah. Dalam sepantas kilat saya akan menjawab soalan anda itu.

87 thoughts on “Cara Dropship Shopee Malaysia Paling Mudah Pada Tahun Ini”

  1. salam cikgu, sekarang shopee hadkan free shipping sebulan 3 sahaja boleh claim, andai saya jd dropship dari kedai A, contoh saya beli handbag dari seller rm16, free shipping rm15..kalau dapat order lebih 10 satu bulan, makna nya saya kena bayar pos nak beli handbag tu rm16+rm4.50 pos jadi rm20.50..jadi dikedai saya perlu mark up harga lebih dari rm20.50 ke cikgu

    1. Ya kena markup terus dengan harga pos. Tak perlu risau harga sedikit mahal dari seller lain, sebab tak semua pembeli kisah pun tentang harga ni. Yang penting servis kena tiptop.

  2. kalau mengguna kan sistem savevalue , contoh kalau stock dah abis , kat kedai kita memang auto set barang dah sold atau kita kena set sendiri?

  3. Salam tuan,saya minat membeli di shopee dan kdg2 bila mase lapang saya suke scroll produk2 di shopee.Timbul idea nak jual produk secara dropship sbgai permulaan.tapi saya langsung tiada pengetahuan bagaimana nak bermula.Dari step paling basic smpai saya mahir,tuan ade cadangan bagaimana saya boleh belajar secara formal?terima kasih.

  4. Assalamualaikum,

    Boleh ke kalau nak buat dua dropship autosync, kumoten dan savevalue dalam satu kedai shopee sahaja?atau perlu asingkan?

    Kalau customer beli barang dari kedua2 dropship autosync, awb jadi macamna?apa jalan penyelesaiannya?

    Boleh ke nak apply SSL kalau kita adalah dropship dengan kumoten and save value?kalau tak dapat SSL, column harga tu memang harga untuk barang + shipping kos atau harga barang sahaja?and column shipping kos ade columnya trsendiri?

    1. Tak boleh, kena asingkan satu store untuk satu supplier sahaja.

      Ya boleh apply SSL. Kalau tak dapat, kena masukkan harga barang sahaja.

  5. Bagaimana nak mulakan sebagai dropship,perlukah beli dahulu barang dan jual semula? modal perlu banyak untuk pamerkan kepada pelanggan.bagaimana caranya.

    1. Kalau beli barang dulu dan jual semula, saya lebih syorkan borong produk dari china.

      Untuk dropship, tak perlu untuk beli barang dulu. Kena tunggu order dari pelanggan, lepas tu baru boleh order dari supplier.

      Ya, modal kena ada. Modal tu untuk dibayar kepada supplier. Selalunya modal hanyalah 50% daripada harga produk.

      Boleh follow teknik sistem dropship dekat http://sistemdropship.com

      1. Nurul Asyiqin Abu Bakar

        Cikgu, dropship sekarang dh takleyh buat bisnes kt shopee sebab penghantaran barang diorang nak kita guna platform depa..cause dulu kat shipping ada option others sekarang dh takda dah

        1. Boleh poskan dulu barang ke alamat sendiri dulu. Bila barang dah sampai, boleh poskan balik ke alamat pembeli.

          1. cikgu, bukan Kah kaedah begitu mengambil masa yg agak panjang untuk barang smpai kepada customer, adakah perlu setting sebgai brg pre-order?

          2. Ya memang akan ambil masa. Tapi bila seller dah bagitau awal-awal barang tu preorder, memang tak ada isu pun.

    1. Bagaimana jika costumer membeli produk kita dengan mengunakan baucar discount adakah kita akan mendapatkan kerugian disitu?
      Dan jika produk itu berharga rm20 dan customer membeli 5 adakah kita perlu mengeluarkan modal sebanyak rm100

      1. Ya, semua baucar akan dicaj oleh pihak shopee kepada seller. Harga produk rm100 tak bermaksud kita perlu dahulukan duit rm100. Setiap produk dekat shopee tu dah di markup harga. Hanya perlu dahulukan duit kos produk sahaja.

  6. Assalamualaikum Tuan,, maaf saya betul2 nak tahu pasal berniaga shoppee nih secara detail, macam mana saya nk contact Tuan ya?

  7. salam cikgu..kalau jadi dropshipper dan kita minta supplier hantar barang pada kita dulu, dan baru kita pos ke pembeli, tidakkah akan jadi lambat untuk sampai kepada pembeli?maaf atas pertanyaa saya. hanya mahu penjelasan.

    1. Ya memang barang akan lambat sampai. Sebab tu tuan kena setkan produk tu sebagai pre-order dalam 7 hari. Kalau dah set pre-order, memang tak ada isu tentang barang lambat sampai ni.

  8. Assalam cgu, sye nk tanya mgenai brg yg cgu kata lagi preferred kalau mintak seller hantar brg ke rumah dan kita pos semula kpd pembeli. boleh cgu terangkan mgenai kos dia ? kita perlu kluar modal ke untuk awb, parcel dn sbgainya..

  9. Salam tuan

    Saya nak tanya kalau kita dropshipping barang, awb supplier kne cabut ke atau biar je? Atau tampal je ats die dgn awb kita? Lagi satu, invoice tu kene request xtampal ke dengan supplier? Kalau kita cabut tampal kita punya boleh tak?

  10. Salam cikgu, kalau barangan shopee ni kita pelbagaikan lagi produk untuk dibuat dropship, ada peluang ke untuk saya lakukan kerjaya ini sebagai fulltime? Seterusnya barulah siap sedia sikit utk mula borong barang china dsb.

  11. terima kasih cikgu banyak ilmu saya dapat
    cuma ada satu soalan saya baru nak menjual dropship contoh supplier terus pos tapi dia print AWB kita boleh ke?

  12. assalamualaikum . sy seller. ada org jadi ds under sy . lepastu dia ada bg airwaybill dari kedai dia. dan suruh sy pos pakai airwaybill dia tetapi di kedai saya kalau tak pos pakai airwaybill sy kena penaltı dari shopee ,betül? . jadi sy pos pakai airwaybill dekat kedai sy dan invoice ,saya tak masuk kan dlm bungkusan cust drop ship tersebut. betul kan sy buat ?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *