Cara Dropship Shopee Malaysia Paling Mudah Pada Tahun Ini

Oleh Cikgu Khairul

Dropship shopee malaysia mudah untuk dilakukan? Ada banyak cara untuk berniaga di shopee. Tapi paling tidak memerlukan modal yang besar adalah dengan menjadi dropship shopee malaysia.

Kelebihan Dropship Shopee Malaysia?

Antara kelebihan menjadi dropship shopee malaysia ialah anda mempunyai kebebasan untuk bertukar-tukar produk. Anda tidak perlu peningkan kepala untuk mencari cara untuk menghabiskan stok sedia ada. 

Kalau produk yang sedang anda jual itu tidak ada pembeli, kalau ada pun suam-suam suku saja, anda boleh bertukar menjual produk yang lain pula.

Nampak tak? Best kan jadi dropship shopee malaysia. Tapi jangan fikir yang best saja. Tidak semua produk sesuai untuk dropship di shopee. Saya sendiri pernah menjual beratus-ratus jenis produk dropship, tapi yang laku hanyalah 3-5 produk saja. 

Kenapa? Sebabnya anda perlu pandai memilih produk yang sesuai. Anda tak boleh pakai ambil saja produk yang anda suka. Kena ada cara pemilihan produk.

Ciri-ciri Produk Dropship Shopee Malaysia

Jadi saya akan kongsikan kepada anda ciri-ciri produk yang sesuai anda jual.

Ciri #1: Mempunyai rating empat star ke atas.

Cara yang paling mudah adalah dengan menjual produk yang terbukti mempunyai jualan yang tinggi. Jualan produk yang tinggi ini sudah cukup untuk bagi signal kepada anda bahawa produk itu tengah hot.

Ciri #2: Mempunyai 100 unit jualan ke atas untuk setiap bulan.

Jumlah jualan bulanan juga menjadi ciri-ciri utama dalam pemilihan produk dropship shopee malaysia. Anda perlu pastikan produk yang anda akan pilih itu mempunyai jualan minimum 100 unit untuk setiap bulan.

Mungkin anda tertanya kenapa perlu 100 unit?

Daripada pengalaman saya sendiri, ada produk hanya rancak jualannya pada permulaan saja. Selepas 3-4 bulan, jualan produk semakin berkurang. Selalunya produk viral akan jadi macam ini.

Anda perlu tahu, setiap produk mempunyai kitaran hidup mereka. Produk yang hot pada tahun lepas tidak semestinya akan hot pada tahun ini. Ianya bergantung kepada keadaan semasa.

Bagaimana Nak Buat Dropship Shopee Malaysia Ini?

Pertama sekali saya perlu mencari produk yang banyak terjual di Shopee pada bulan ini.

Sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk cari produk itu, saya ada senaraikan 13 produk tengah laku keras di shopee dekat bawah ini.

Percuma!

Sila isi nama dan emel anda untuk download ebook ini secara percuma.

Antara salah satu produk tengah laku keras yang saya senaraikan dalam ebook ni. Jumlah keseluruhan jualan produk sebanyak satu juta unit pada tahun ini.

Bulan lepas sahaja, produk ini terjual sebanyak 86,500 unit.

Okey…

Hasil carian saya itu, saya terjumpa produk ini. Iaitu set cadar.

Kenapa saya nak jual produk ini?

Saya ingin menjual produk ini sebagai produk dropship shopee kerana saya dapati jualan produk ini tinggi iaitu 90,000 unit terjual. Saya akan pastikan produk ini memenuhi ciri-ciri produk hot ataupun tidak.

  • Jumlah jualan melebihi 100 unit (lulus).
  • Star rating melebih 4 star (lulus).

– Tips –

Anda jangan anggap semua produk yang tinggi jualan itu sesuai untuk dibuat dropship. Sebab saya pernah jumpa produk yang tinggi jualan, tapi jualan bulanan hanya 10-20 unit sahaja.

Ada kemungkinan kitar hidup produk itu sudah sampai kemuncak. Dengan kata mudah produk itu sudah basi. Cuba elakkan produk seperti ini.

bedsheet supplier dropship shopee malaysia

Saya lihat produk ini memenuhi ciri-ciri produk hot. Saya ambil keputusan untuk menjual produk ini.

Jika dilihat, harga penjual ini jual adalah RM28.32. Apa yang saya buat adalah dengan menaikkan sedikit harga produk ini. Saya akan naikkan harga kepada RM48.90.

dropship harga shopee malaysia

Sedikit tips untuk letak harga produk dropship shopee malaysia. Cuba letakkan diri anda sebagai pembeli, sanggup tak anda beli produk ini dengan harga RM48.90?

Jika tanya saya, ya saya sanggup beli. Sebab bagi saya ianya masih lagi murah.

Saya akan contact penjual tadi. Bertanya kepada mereka adakah mereka terima dropship. Kebanyakkan penjual akan terima dropship, usah risau.

Bila ada pembelian, saya akan buat pembelian dengan menukar alamat pengeposan kepada alamat saya sendiri. Mungkin anda tertanya, kenapa tak suruh jer penjual tu pos terus ke alamat pembeli? Kan lebih mudah.

Sebabnya satu jer. Sebab saya perlu tampalkan AWB pada parsel. 

Sebelum ini memang saya suruh penjual pos ke alamat pembeli terus. Tapi semenjak shopee dah tak membenarkan pembeli membuat pilihan shipping, sejak itulah saya pos sendiri ke alamat pembeli.

Jika saya suruh penjual pos sendiri, info tentang parcel memang saya tak ada. Jika berlaku apa-apa pada parcel, contohnya parcel hilang, saya tiada bukti untuk menunjukkan kepada pihak shopee bahawa saya dah pun pos parcel tu.

Nak tak nak, saya perlu poskan dulu parcel tu ke alamat saya sendiri. Bila dah sampai, saya akan pos ke alamat pembeli saya.

Untung Kecil Je Buat Dropship Shopee Malaysia?

Ya! Memang keuntungan tidaklah setinggi dengan ada stok sendiri. Tapi ianya agak berbaloi bagi saya kerana ianya tidak memerlukan modal untuk beli stok sendiri.

Saya naikkan harga produk sedikit sahaja untuk mengelakkan produk yang saya jual itu nampak terlalu mahal.

Saya tidak mencari keuntungan tinggi untuk satu produk yang terjual. Tapi saya mencari kuantiti produk yang bakal dijual.

Mungkin anda rasa teknik dropship ini biasa-biasa saja bukan? Oh! Saya rasa anda patut tengok jumlah jualan yang saya berjaya lakukan 

bedsheet dropship shopee malaysia

Dengan teknik dropship shopee malaysia ini, saya telah berjaya menjual produk ini sebanyak 1,300 unit. Dengan keuntungan RM63,798. Itu hanya untuk satu produk.

Cuba bayangkan jika kedai Shopee anda mempunyai 100 jenis produk dengan menggunakan teknik ini.

Cuma  jika anda menggunakan Teknik Dropship ini, keuntungan anda peroleh tidaklah sebanyak dengan ada stok sendiri. Tapi tidak mengapa, sebab saya dulu pun bermula dari bawah.

Mula-mula saya jadi dropshipper.

Selepas cukup modal, saya gunakan modal yang saya kumpul sebagai dropshipper tadi untuk borong terus dari China.

Sebenarnya... Murah Jer

Sekiranya anda nak keuntungan tinggi untuk jualan satu produk, saya syorkan anda untuk borong produk dari China. 

Ada dua website yang saya selalu guna untuk borong secara online. Iaitu Taobao.com dan 1688.com.

Daripada hasil carian saya, harga produk ini di Taobao hanyalah RM12.66 untuk seunit. Murah bukan?

bedsheet dropship shopee china

Anda ingin tahu lebih lanjut tentang borong barang dari China? Apa kelebihan borong China ni?

Dengan borong dari China, anda boleh mengaut keuntungan sampai 100% sehingga 300% setiap barangan.

Ringkasan Untuk Jadi Dropship Shopee Malaysia

Jadi, suka saya ringkaskan sedikit bagaimana cara saya buat empat angka seminggu sebagai dropship Shopee Malaysia.

  • Cari produk tinggi jualan bulanan di Shopee.
  • Letak produk di kedai Shopee anda dengan menaikkan sedikit harga.
  • Jika ada pembeli, beli daripada penjual di Shopee dengan meminta jadi dropship. Minta mereka hantar produk tanpa sertakan invoice.
  • Produk sampai ke tangan pembeli. Anda dapat sedikit keuntungan.
  • Jika nak untung besar, kena borong dari China. 

Tak Pandai Cari Produk Dropship?

Saya faham, mungkin ada di antara anda yang masih kurang mahir dalam mencari produk yang tengah HOT dekat shopee bukan?

Jadi atas permasalahan itu, saya sudah senaraikan 13 produk tengah laku keras di Shopee pada tahun ini.

Anda hanya perlu pilih je produk dropship shopee malaysia yang mana anda nak jual.

Dropship Secara Automatik

Apa yang saya tunjukkan ini merupakan dropship secara manual. Alangkah mudah kalau segala yang saya tunjukkan ini berjalan secara automatik.

Boleh ke? Ya, memang boleh. Saya kongsikan kaedah dropship secara automatik dengan klik butang di bawah ini.

Pss.. Anda ada pertanyaan? Sila tinggalkan soalan anda di ruangan komen di bawah. Dalam sepantas kilat saya akan menjawab soalan anda itu.

87 thoughts on “Cara Dropship Shopee Malaysia Paling Mudah Pada Tahun Ini”

  1. Hye slmt malam bang…nak tnya mcm mana kalau amik product dkt svevalue ? Mksud saya…kan kita jadi seller lpstu ade buyer nk bli brg…lpstu brg tu mcm mne ye ? Svevalue yg sdiakan ke acane ? mcm mna brg tu nk smpai pada buyer ? Sbb brg tu pon bkn sye yg hold ? Tlg jwb bng …mcm mne tu ?

    1. Kalau nak jadikan barang dari savevalue sebagai supplier kena daftar dulu sebagai agen dropship mereka.

      Kemudian perlu sambung atau synchronize shopee store dengan sistem savevalue. Lepas dah synchronize, baru boleh import barang masuk ke dalam shopee store anda.

      Sekiranya ada pembeli yang buat pembelian daripada shopee store anda, detail pembeli akan terus sampai ke admin savevalue.

      Pertama sekali, anda kena buat pembayaran harga kos produk kepada savevalue. Kena markup harga siap-siap dekat shopee store.

      Kalau barang tu dekat savevalue RM10, dekat shopee store kita kena markup harga siap-siap kepada RM25 contohnya. Keuntungan RM15 dekat situ.

      Bila selesai bayar, admin savevalue akan approved kan pembelian anda tadi. Kemudian pihak savevalue akan poskan barang yang anda bayar tadi ke alamat pembeli anda.

      Savevalue dapat tahu segala detail pembelian pelanggan anda seperti nama & alamat kerana anda sudah synchronize shopee store dengan sistem savevalue.

      Bila parsel sudah bersedia untuk dipos, pihak savevalue akan update tracking number kepada shopee store anda. Secara automatik tracking number terus sampai kepada pembeli anda tadi.

    2. assalammualaikum bang.. maksud abang tukar alamat ke rumah abang tu utk lekat AWB pada parcel.. so abng kene pos balik kepada pembeli lah ye?

      1. Ya, betul tu. Tapi sila pastikan untuk barang sampai ke alamat kita tak lama. Dalam 1-2 hari. Macam saya, paling cepat untuk parcel sampai ke alamat saya dalam 1 hari. Jadi tak ada lah customer perlu tunggu lama nak kita ship out diorang punya parcel.

  2. Assalamualaikum saya nak tanya masalah saya sekarang bila jadi dropship, saya terima pesanan then akan keluar auto dhl courier contohnya, kemudian saya beli dr seller lain menggunakan j&t, so bila barang dah sampai kepada customer, tetapi sistem shopee belum update penghantaran disebabkan pertukaran courier ni, dan pelanggan tak dapat tekan butang terima @ received, so ada tak cara untuk saya atasi masalah ni @ kena setting apa apa ya..untuk makluman tuan selepas saya terima order dan confirm, automatik akan keluar tracking number mengikut courier yg dipilih customers so bila saya order barang dr seller lain saya akan dapat courier lain @ no tracking lain, so saya agak pening nak handle benda ni sistem tak dapat bergerak mohon bantu?terima kasih

    1. Selepas shopee dah buat auto select shipping method, pelanggan dah tak boleh nak pilih courier mana yang mereka suka.

      Kalau buat dropship pun sama. Jadi susah sebab ada perbezaan courier.

      Apa yang saya buat sekarang, saya beli dulu barang itu kemudian pos ke alamat saya sendiri.

      Lepas barang tu dah sampai ke tangan saya, saya akan pos barang tu kepada customer.

      Kelebihan menggunakan cara ini ialah saya boleh print awb sendiri. Masalah pertukaran courier boleh selesai menggunakan cara ini.

      Tapi, cara ini perlukan lebih masa sedikit. Sebab saya perlu beli barang kemudian pos ke alamat sendiri. Bila barang sampai, baru saya pos ke customer.

      Tapi tak usah risau, setakat ini tak ada pun customer yang complain pasal barang lambat sampai. Sebab saya dah tulis siap-siap dekat salepage pasal barang ini preorder.

      1. salam..ohh sy baru terfikir cara tu, jadi kena setting pre order lah ye, kalau nak jadi dropship cara mcm itu..cuma masalah..kalau kena courier lambat..kalau j&t ada laju sikit..klau kena yg 4-5 hari baru sampai, lepas tu nak pos semula pada customer..4-5 hari pula tu. jadi agaknya kalau nak seting pre order, cukup ke 7 hari? atau tuan seting lebih?

        1. Preorder 7 hari dah cukup. Bila customer tengok status produk ialah preorder, mereka akan faham barang akan lambat sampai.

          Sepanjang cikgu buat strategi preorder ini, dalam 10 orang customer adalah dalam 1 orang yang complain pasal pos lambat. Puncanya, sebab tak baca description. Dah tulis besar-besar dah produk itu preorder.

          Sebenarnya, ada satu kelebihan buat preorder macam ini. Iaitu anda boleh tahu produk apa yang dicari oleh customer.

          Macam cikgu sendiri, cikgu dah setkan KPI untuk borong produk. Apabila produk preorder tu mencapai 20 unit jualan sebulan, cikgu akan mula borong produk tu.

          Harga borong memang lebih murah, jadi margin keuntungan pun lebih tinggi. Kalau sebelum ini kita takut sebenarnya nak borong barang, terutamanya borong dalam kuantiti yang banyak.

          Bukan apa, takut produk tu tak terjual. Duduk terperap jer.

          Lepas dah tahu produk apa yang ramai pembeli cari, risiko untuk produk terperap memang rendah.

          pss.. boleh tengok cara borong produk dekat sini https://cikgushopee.com/go/borong-china

          Semoga bermanfaat.

      2. Hai nak tanya, kan kita beli n dptkan dulu dari seller n than baru hantar ke customer dgn letakkan awb sendiri. Jadi bagaimana cara kita dapatkan awb tu? Kita boleh download dari mana2 ke atau dari mana nak dapatkan awb?

  3. Hai. Saya nak tanya, sebagai dropshipper di Shopee, hanya produk daripada 1 supplier sahaja yang boleh ke? Kita boleh synckan shopee dari banyak supplier atau tidak? Contohnya, apabila saya dah jadi dropshipper kumoten, bolehkah saya apply utk jadi dropshipper dari tempat lain (cth savevalue)?

    1. Ya, boleh. Tapi kena tetapkan courier untuk setiap supplier. Contohnya, untuk kumoten, hanya guna poslaju. Untuk savevalue, hanya guna jnt. Kalau tak tetapkan courier ini awal-awal, memang sistem tak boleh nak berfungsi dengan baik.

      1. ada tutorial macam mana nak jadi dropshipper utk byk supplier tak tuan? terutama dari segi shipping / mixed order untuk supplier berlainan. TK

  4. NUR KARIMAH BINTI ABDUL HALIM

    Kalau jadi dropship bleh ka kita bkk kedai kita sendiri di shoppe menggunakan shoppe seller centre

  5. Salam sy nak tanya, sblm tu terima kasih atas perkongsian cikgu,
    1) disebabkan kedai kita bnyk barang dropship dari bbrp supplier, sekiranya pembeli membeli barang drpd bbrp org supplier yg berlainan, adakah barang perlu dihantar kpd kita dahulu? Kemudian kita pos kpd pembeli?
    2) utk supplier yg autosync (sbb mereka dah ada awb kita) mcm mana nak hntr brg kpd pembeli sekiranya brg2 yg dibeli drpd bbrp supplier, katakan 1 brg drp dropship shopee, 1 brg lg drpd savevalue, adkah awb jadi 2?

    Terima kasih

    1. 1. Seeloknya kena pos ke alamat kita sendiri dulu, lepas tu barulah pos ke alamat customer. Lebih nampak profesional sebab parsel akan sampai sekali. Kalau tak, memang parsel akan sampai satu hari ini, satu lagi sampai esok, kalau ada delay, mungkin parsel yang lain sampai minggu depan. Nak tahu apa perasaan customer bila kena macam tu, cuba letak diri kita dekat tempat customer.

      2. Dalam kes ni, AWB akan jadi satu. Sebab customer hanya melakukan satu pembayaran. Sebaiknya, asingkan dropship autosyn dengan dropship yg lain. Maksud asing, buat kedai asing. Kalau tak memang pening kepala nak handle.

      Dulu boleh sebelum shopee buat auto select shipping method. Kita boleh setkan setiap supplier guna satu kaedah courier sahaja. Contohnya, kita set savevalue hanya guna poslaju, untuk dropshipmurah pulak kita set jnt.

      Semoga membantu.

      1. Terima kasih dgn jawapan cikgu, sy ade bbrp kemusykilan lagi,
        1)kiranya, utk beli brg drpd supplier, perlu beli sprt kita shopping di shopee? Cuma alamat ditukar kpd pembeli. ?
        2) adakah pembeli boleh tekan order received walaupun kita xkluar kn awb? Sbb supplier yg pos brg tersebut?
        3) Jadi kos shipping kita perlu tanggung atau jual dropship tanpa free shipping subsidi?
        3)adakah lebih baik buat satu kedai satu supplier shj, sbb klu lebih nanti, kos shipping bole jadi lebih bnyk utk kita, sbb brg yg dibeli dr 2 3 supplier?
        Tq

        1. 1. Beli seperti kita beli barang untuk diri sendiri.
          2. Tak boleh. Supplier autosyn shj yang boleh print awb kita. Selain itu, kita kena print sendiri.
          3. Shopee hanya tawarkan free shipping kepada seller yang memenuhi syarat2. Tak ada kaitan dengan dropship atau tak.
          4. Satu kedai satu supplier tu sesuai untuk dropship autosyn. Kalau dropship pos ke alamat sendiri dulu, satu kedai pun dah okey.

          1. sekiranya kita dropship hntr brg ke rumah sendiri dulu=
            1)perlu ke set barang pre order?
            2)disebabkan kos shipping kita tanggung sendiri, adakah harga barang yg dijual perlu masukkan harga shipping sekali?
            3)kos shipping yg ditanggung customer kita, kita xdpt sesen pun kan? SSL dan others?

  6. Terima kasih atas perkongsian tuan.
    Pertayaan saya.

    sekiranya kita dropship hntr brg ke rumah sendiri dulu=
    1)perlu ke set barang pre order?
    2)disebabkan kos shipping kita tanggung sendiri, adakah harga barang yg dijual perlu masukkan harga shipping sekali?
    3)kos shipping yg ditanggung customer kita, kita xdpt sesen pun kan? SSL dan others?

  7. Salam cikgu..
    1. Utk buat preorder brg dr supplier boleh tak kita ambil gambar dari supplier utk create kedai sendiri?
    2. Untuk pastikan parcel preorder hantar ke alamat kita dulu perlu dibuka untuk kepastian produk?
    3. Perlukah kita gantikan bungkusan baru untuk dilihat seperti produk dr kedai kita?..

    1. 1. Ya boleh, tak ada masalah.
      2. Ya boleh.
      3. Terpulang. Kalau nak banyak kerja, boleh jer nak ganti bungkusan baru. Kalau order dah berpuluh sehari, memang tak menang tangan nak guna sampul baru.

  8. Assalammuailaikum..nak tanya jika kita buat dropship lebih dari 1 seller contoh ada dropship dari seller A dan B..dan dalam 1 masa customer beli dari dua2 seller dan buat pembayaran sekali.bagaimana untuk proses postage kerana akan ada 1 awb sahaja.

  9. Salam,hi cikgu..sy merupakan ejen (affiliate) kpd satu syarikat produk yg sekarang ini sy sedang jalankan secara online. Tugas utama sy adalah mengiklan produk, terima pesanan dan pembayaran drpd pelanggan. Kemudian, stiap pesanan yg diterima akan dproses oleh syarikat tsbt termasuklah pengeposan. Jadi soalan sy;

    sy ingin menjual produk tsbt d shoppe. Jadi, boleh tak sy gunakan kaedah yg sama iaitu mengiklan, menerima pesanan / pembayaran,kmudian syarikat tsbt yang akan proses dan kirim kpd pelanggan spt biasa?

    1. Kalau syarikat yg pos memang tak boleh buat dropship dekat shopee. Sebab setiap jualan di shopee memerlukan kita sebagai peniaga print AWB. AWB ni perlu dilekatkan pada parsel.

      Cadangan saya, Mady boleh guna alamat sendiri dulu untuk terima parsel dari syarikat tu. Bila parsel tu dah sampai ke tangan Mady, terus boleh tampal AWB tu kemudian pos ke alamat pembeli.

      Status dekat shopee boleh guna pre-order.

      Cuba pos ke alamat sendiri dulu, tengok berapa hari diperlukan untuk parsel tu sampai. Nanti senang nak jangka berapa jumlah hari untuk sampai ke tangan customer.

      Semoga menjawab soalan.

  10. Cikgu… Shopee sy & savevalue dh autosyn… Kalau dapat order & dah buat payment kat savevalue tu, sy tak perlu tekan button “uruskan penghantaran” la kan? Ke sy perlu tekan untuk uruskan? First time dpt order ?

    1. Dah tak perlu. Tunggu barang tu sampai ke tangan customer jer. Kalau nak tengok update pasal barang tu, boleh login savevalue, sama ada barang dah shipping ataupun belum.

  11. Salam cikgu
    Saya nak tanya kalau sy Joi SSL under shopee, lps ada sstgh brg sy jd dropship. Macam mna nak buat yng brg yg Sy join dropship tu xjoin under SSL

  12. Hi salam sya costumer shoppe skg ni sya nak join dropship shoppe boleh tak?sebab sya tak ada income skg ni soalan pertama sya starter ada tak apa2 “bayaran”dikenakan kalau ada totally berapa rm?kalau all is free thanks full

    1. Sudah tentulah perlu ada modal tuan. Apa-apa bisnes pun perlukan modal. Nak buat bisnes memang tak boleh lari daripada modal.

      Yang membezakan buat dropship dengan ready stock seller ialah berapa banyak modal diperlukan. Modal buat dropship lebih kecil kalau nak dibandingkan dengan ready stock seller.

      Bagi pemula nak berniaga di shopee, saya syorkan bermula dengan dropship. Daripada dropship kemudian upgrade kepada ready stock seller.

  13. Salam Cikgu,
    Kalau saya buat dropship dengan cara macam ni boleh ke, dan bagi pendapat cikgu sesuai atau tidak dan sebabnya?

    1. Terima Order dari pelanggan.
    2. Buat order kepada kedai, emailkan sekali template AWB kita untuk diorang tampalkan dekat produk.
    3. Shipping Direct dari kedai ke pelanggan (Jimat Kos Shipping).

    1. Boleh, tapi saya tak syorkan buat macam tu. Daripada pengalaman saya sendiri, saya pun dah pernah buat dropship macam tu. Memang boleh hasilkan jualan. Tapi saya dah stop buat dropship macam tu. Sebab utama saya tak larat nak hantar AWB setiap kali ada jualan kepada supplier. Kalau dua tiga order sehari takpa lagi. Bila dah berpuluh-puluh order sehari, memang memeningkan kepala nak handle semua tu.

      Saya lebih syorkan untuk pos ke alamat sendiri dulu. Bila barang sampai, barulah pos ke alamat pembeli. Lebih teratur dan mudah nak uruskan segala order masuk.

      Kelebihan jadi dropship ni kita boleh test semua produk. Kalau produk ni tak ada sambutan, kita jual produk lain pulak. Bila dah jumpa produk banyak sambutan, ketika inilah kita kena pandai ambil peluang. Jangan hadkan kepada dropship semata-mata. Bila dah jumpa produk hot, cuba borong sendiri produk tu. Keuntungan berlipat kali ganda jika nak dibandingkan kalau sekadar melakukan dropship. Sekadar kongsi pengalaman saya sebelum ini.

  14. Hello boss nak tanya macam mana pulak dengan tarikh penghantaran? Berapa lama perlu kita kasih tau customer ya?

    1. Kena setkan kepada preorder dalam 7 hari. Bila kita dah setkan preorder, customer akan tahu barang mereka beli tu akan lambat sampai.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *