Strategi Jana Jualan RM4 Angka Seminggu Di Shopee.

– Ringkasan –

Dalam artikel ini saya akan kongsikan cara saya menjana keuntungan RM63,798 dengan hanya menjual produk orang lain.

Kisah Saya..

Sebelum itu, suka saya perkenalkan diri dahulu. Saya Khairul merupakan seorang peniaga online. Saya dulu juga pernah berniaga menggunakan whatsap.

Tapi serius penat gila sebab kena layan customer yang belum tentu lagi nak beli.

Sehinggalah rakan saya yang syorkan saya berniaga di Shopee. Kerja menjual jadi lagi mudah. Hanya perlu letak gambar produk, letak maklumat produk dan letak harga.

Ini Hasilnya…

Jualan setiap bulan semenjak berniaga di Shopee, dan hasilnya amat memberansangkan. Mungkin disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan sekarang ini, ramai yang shopping online sebab tidak boleh keluar rumah.

Yang lagi best tentang PKP ini, pembeli sudah terbiasa untuk shopping secara online. Jadi, memang satu kerugianlah bagi saya kalau tak cuba letak barang di Shopee untuk dijual.

Nak Tahu?

Saya yakin anda mesti nak tahu bagaimana saya buat jualan seperti ini bukan? Jujur saya cakap, tak ramai seller Shopee yang nak kongsikan strategi mereka buat jualan.

Tapi bagi saya, biarlah ramai yang tahu.

Sebab saya dulu pun diajar oleh kawan saya juga. Jadi tak salah kan kalau sekarang saya berkongsi kepada anda.

Empat Angka Seminggu.

Teknik yang saya guna dalam membuat jualan seperti ini hanyalah dengan menjual produk orang lain. Tapi bukan semua produk!

Hanya produk yang mempunyai jualan yang tinggi di Shopee sahaja yang saya pilih.

Bila saya dah jumpa produk tersebut, saya akan letak produk itu ke dalam kedai Shopee saya.

Tapi tak boleh main letak je tau. Sebabnya, setiap produk yang bakal saya pilih itu kenalah menepati ciri-ciri ditetapkan ini.

Antara ciri-ciri produk yang bakal saya pilih adalah:-

Ciri #1: Mempunyai rating empat star ke atas.

Cara yang paling mudah adalah dengan menjual produk yang terbukti mempunyai jualan yang tinggi. Jualan produk yang tinggi ini sudah cukup untuk bagi signal kepada anda bahawa produk itu tengah hot.

Ciri #2: Mempunyai 100 unit jualan ke atas untuk setiap bulan.

Jumlah jualan bulanan juga menjadi ciri-ciri utama dalam pemilihan produk dropship shopee malaysia. Anda perlu pastikan produk yang anda akan pilih itu mempunyai jualan minimum 100 unit untuk setiap bulan.

Kenapa perlu 100 unit? Daripada pengalaman saya sendiri, ada produk hanya rancak jualannya pada permulaan saja. Selepas 3-4 bulan, jualan produk semakin berkurang.

Anda perlu tahu, setiap produk mempunyai kitaran hidup mereka. Produk yang hot pada tahun lepas tidak semestinya akan hot pada tahun ini. Ianya bergantung kepada keadaan semasa.

Teknik Apa Tu?

Teknik ini sesuai bagi mereka yang tiada modal tapi nak cuba berniaga di Shopee. Teknik saya gunakan ini ialah menjual secara dropship.

Saya yakin anda tentu tahu apa itu dropship kan?

Cara dia mudah je. Saya menjual produk daripada penjual lain dengan menaikkan sedikit harga.

Penjual itu pun saya cari dekat Shopee jugak. Mudah. Tak payah pening-pening kepala.

Apa Saya Buat?

Pertama sekali saya perlu mencari produk yang banyak terjual di Shopee pada bulan ini.

Sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk cari produk itu, saya ada senaraikan 13 produk tengah laku keras di shopee dekat bawah ini.

Percuma!

Sila isi nama dan emel anda untuk download ebook ini secara percuma.

Antara salah satu produk tengah laku keras yang saya senaraikan dalam ebook ni. Jumlah keseluruhan jualan produk sebanyak satu juta unit pada tahun ini.

Bulan lepas sahaja, produk ini terjual sebanyak 86,500 unit.

Okey…

Hasil carian saya itu, saya terjumpa produk ini. Iaitu set cadar.

Kenapa saya nak jual produk ini?

Saya pilih produk ini kerana saya dapati jualan produk ini tinggi iaitu 90,000 unit.

Tapi sebelum itu, saya kena pastikan produk ini memenuhi ciri-ciri produk hot ataupun tidak.

  • Jumlah jualan bulanan melebihi 100 unit (lulus).
  • Star rating melebih 4 star (lulus).

– Tips –

Anda jangan anggap semua produk yang tinggi jualan itu sesuai untuk dibuat dropship. Sebab saya pernah jumpa produk yang tinggi jualan, tapi jualan bulanan hanya 10-20 unit sahaja.

Ada kemungkinan kitar hidup produk itu sudah sampai kemuncak. Kata mudah produk itu sudah basi.

bedsheet supplier dropship shopee malaysia

Saya lihat produk ini memenuhi ciri-ciri produk hot. Saya ambil keputusan untuk menjual produk ini.

Jika dilihat, harga penjual ini jual adalah RM28.32. Apa yang saya buat adalah dengan menaikkan sedikit harga produk ini. Saya akan naikkan harga kepada RM48.90.

dropship harga shopee malaysia

Sedikit tips untuk letak harga. Cuba letakkan diri anda sebagai pembeli, sanggup tak anda beli produk ini dengan harga RM48.90?

Jika tanya saya, ya saya sanggup beli. Sebab bagi saya ianya masih lagi murah.

Lepas tu, saya akan contact penjual tadi. Bertanya kepada mereka adakah mereka terima dropship. Kebanyakkan penjual akan terima dropship, usah risau.

Bila dah dapat green light daripada mereka, apa lagi, terus je saya letak produk ni dalam kedai saya.

Bila ada pembelian, saya akan buat pembelian dengan menukar alamat pengeposan kepada pembeli saya.

Sebagai dropship, penjual tadi tidak akan melampirkan invoice harga pada parcel mereka.

Jadi pembeli anda ini tadi tidak akan tahu harga dropship anda itu.

Untung Sikit?

Ya! Memang keuntungan tidaklah setinggi dengan ada stok sendiri. Tapi ianya agak berbaloi bagi saya kerana ianya tidak memerlukan modal untuk beli stok sendiri.

Saya naikkan harga produk sedikit sahaja untuk mengelakkan produk yang saya jual itu nampak terlalu mahal.

Saya tidak mencari keuntungan tinggi untuk satu produk yang terjual. Tapi saya mencari kuantiti produk yang bakal dijual.

Mungkin anda rasa teknik dropship ini biasa-biasa saja bukan? Oh! Saya rasa anda patut tengok jumlah jualan yang saya berjaya lakukan 

bedsheet dropship shopee malaysia

Dengan teknik dropship shopee malaysia ini, saya telah berjaya menjual produk ini sebanyak 1,300 unit. Dengan keuntungan RM63,798. Itu hanya untuk satu produk.

Cuba bayangkan jika kedai Shopee anda mempunyai 100 jenis produk dengan menggunakan teknik ini.

Psss..

RM63,798 itu bukanlah keuntungan untuk jangka masa sebulan atau dua bulan. Jujur saya bagitau, nak jana keuntungan seperti ini tidaklah semudah dengan hanya meletak produk di shopee sahaja.

Sebab saya pernah berjumpa peniaga nak baru nak berniaga di shopee, tapi tak ada jualan.

Sebab ada yang fikir shopee ini seperti marketplace ajaib. Hari ni letak produk, esok terus dapat jualan.

Tak semudah itu sebenarnya.

Mula Dengan Dropship

Saya syorkan anda untuk bermula dengan dropship dahulu. Apabila anda sudah mahir dengan sistem shopee ini, anda boleh menjual produk sendiri.

Sebagaimana yang kita tahu, nak menjual produk sendiri ini memerlukan modal yang besar.

Saya dulu pun bermula dari bawah. Mula-mula saya jadi dropshipper.

Selepas cukup modal, saya gunakan modal yang saya kumpul sebagai dropshipper tadi untuk borong terus dari China.

Jika anda rasa susah untuk cari supplier dropship, saya syorkan anda untuk tengok supplier ini.

Harga daripada supplier ini tidaklah semurah borong produk dari China, tapi sesuai untuk anda yang baru nak bermula buat dropship.

Sebenarnya...
Murah Jer

Sekiranya anda nak keuntungan tinggi untuk jualan satu produk, saya syorkan anda untuk borong produk dari China. 

Ada dua website yang saya selalu guna untuk borong secara online. Iaitu Taobao.com dan 1688.com.

Daripada hasil carian saya, harga produk ini di Taobao hanyalah RM12.66 untuk seunit. Murah bukan?

bedsheet dropship shopee china

Anda ingin tahu lebih lanjut tentang borong barang dari China? Apa kelebihan borong China ni?

Dengan borong dari China, anda boleh mengaut keuntungan sampai 100% sehingga 300% setiap barangan.

Hati-Hati!

Borong barang dari China memang boleh kaut keuntungan tinggi. Tapi, anda jangan silap pilih supplier! Habis lesap duit anda nanti. Barang yang di order tak sampai-sampai.

China ini di luar negara. Segala urusan di luar negara memang leceh dan memerlukan banyak kaedah. Jauh dah la satu hal, berbeza bahasa pulak tu. Anda cakap lain, mereka faham lain.

Jika anda betul-betul nak tahu cara borong produk dari China, anda boleh baca pada pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Cara Membeli Barang Dari China Secara Online.

Ringkasan

Jadi, suka saya ringkaskan sedikit bagaimana cara saya buat empat angka seminggu di Shopee.

  1. Cari produk tinggi jualan bulanan di Shopee.
  2. Letak produk di kedai Shopee anda dengan menaikkan sedikit harga.
  3. Jika ada pembeli, beli daripada penjual di Shopee dengan meminta jadi dropship.
  4. Produk sampai ke tangan pembeli.
  5. Anda dapat sedikit keuntungan.
  6. Jika nak untung besar, kena borong dari China.

Kurang Mahir?

Mesti anda excited kan bila tengok keuntungan yang saya dapat tu kan? Mesti anda rasa nak cepat-cepat letak produk dekat shopee bukan?

Tunggu dulu!

Sebab bukan semua produk yang boleh terjual menggunakan teknik ini. Saya sudah test beratus-ratus produk, yang banyak jualan hanya lah 2-5 produk saja.

Nak memudahkan anda, saya sudah senaraikan 13 produk tengah laku keras di Shopee pada tahun ini.

Anda hanya perlu pilih je nak jual yang mana satu.

Dropship Secara Automatik

Apa yang saya tunjukkan ini merupakan dropship secara manual. Alangkah mudah kalau segala yang saya tunjukkan ini berjalan secara automatik.

Boleh ke? Ya, memang boleh. Saya kongsikan kaedah dropship secara automatik dengan klik butang di bawah ini.

Pss.. Anda ada pertanyaan? Sila tinggalkan soalan anda di ruangan komen di bawah. Dalam sepantas kilat saya akan menjawab soalan anda itu.