Pengalaman Jual Maggi Di Ebay Jana Keuntungan RM4 Angka

Untung Ke Jual Maggi Di Ebay?

Pertama sekali, dalam menentukan sama ada mee maggi ini mempunyai permintaan di ebay ataupun tidak, saya akan cuba buat market research mudah.

Apa yang saya lakukan ialah cuba cari seller lain yang jual maggi ini. Berapakah jualan mereka dapat dengan menjual maggi ini?

Ini merupakan seller pertama yang saya jumpa.

Dia berjaya menjual 44 unit maggi mengikut pakej yang dia buat. Satu pakej mempunyai 30 unit maggi 79 gram.

Daripada sini, saya dapati memang ada permintaan terhadap mee maggi ini. Langkah seterusnya saya buat ialah saya akan buat pengiraan sama ada menjual maggi ini mempunyai keuntungan ataupun tidak.

Pengiraan keuntungan ini penting bagi mengelakkan saya kerugian di kemudian hari nanti.

Pengiraan 1:

Harga jual = USD30.12 = RM137.6
Caj ebay + paypal = RM137.6 x 15% = RM20.6
Caj pengeposan = RM30
Harga kos maggi 30 unit = RM27.3
Keuntungan = RM137.6 – RM20.6 – RM30 – RM27.3 = RM59.7
Untung bersih 
= RM59.7 x 44 = RM2,626.8

Untuk menguatkan lagi bukti, sama ada menjual mee maggi di ebay ini betul-betul boleh menghasilkan keuntungan ataupun tidak, saya akan cari seller lain pula.

Seller kedua ini berjaya menjual 32 unit mee maggi di ebay. Jom kita buat pengiraan mudah.

Pengiraan 2:

Harga jual = USD19.86= RM92.4
Caj ebay + paypal = RM92.4 x 15% = RM13.86
Caj pengeposan = RM30
Harga kos maggi 20 unit = RM18.2
Keuntungan = RM92.4 – RM13.86 – RM30 – RM18.2 = RM30.34
Untung bersih 
= RM30.34 x 32 = RM970.88

Daripada pengiraan yang saya buat, terbukti menjual mee maggi di ebay boleh menjana keuntungan. Daripada situ, saya akan listing produk maggi ini di ebay. Mudah je kan?

Jom saya recap apakah yang perlu dilakukan.

1. Buat market research. Nak tentukan ada atau tak permintaan mee maggi di ebay.
2. Buat pengiraan keuntungan. Nak tentukan ada atau tak keuntungan dengan menjual mee maggi.

Artikel berkaitan: 1,414 Jualan Daun Ketapang Di Ebay

Nak Tahu Tak?

Anda nak tahu tak bagaimana nak jual barang di shopee dekat ebay? Hanya perlu menggunakan orang tengah je, tanpa perlu anda pergi pos barang di pejabat pos.

Saya ada kongsikan strategi ini dekat satu artikel khas. Sila klik butang di bawah untuk baca.

Selain maggi, ada banyak lagi barang laris di ebay. Anda boleh download ebook ini untuk dapatkan idea.

Sila isi nama dan emel anda untuk download ebook ini secara percuma.