Cara Jual Barang Di Shopee Mampu Menjana RM5 Angka Sebulan

Oleh Cikgu Khairul

Bagaimana cara jual barang di shopee yang paling menguntungkan? Inilah soalan yang kerap ditanyakan kepada saya.

Kalau anda nak tahu, terdapat tiga cara jual barang di shopee yang boleh anda lakukan. Tiga cara ini berbeza-beza mengikut kepada modal permulaan yang anda ada.

Jom saya kongsikan tiga cara jual barang di shopee kepada anda.

  • Strategi menjual secara dropship.
  • Strategi menjual secara pre-order.
  • Strategi menjual secara ready stock.

Cara Jual Barang Di Shopee Secara Dropship

Saya yakin anda semua tahu kan apa itu dropship? Dalam kata mudah, dropship ini ialah menjual produk orang lain. Peratusan komisen yang diperoleh oleh dropship selalunya dalam 20 sehingga 30 peratus daripada harga jualan. 

Kelebihan Jual Barang Di Shopee Secara Dropship

Antara kelebihan kepada anda jual barang di shopee secara dropship ialah anda dapat bermula dengan kos yang rendah. Sekiranya produk dropship itu berharga RM100, selalunya sebagai ahli dropship anda hanya perlu membayar separuh daripada harga produk. Jadi, modal yang perlu anda keluarkan hanyalah RM50.

Selain tu, anda sebagai dropship lebih mudah untuk mendapatkan jualan. Kebanyakan pembekal dropship telah pun buat research pasal produk mana yang mempunyai permintaan yang daripada pembeli.

Jadi, ianya mudah untuk anda mendapatkan jualan kerana produk yang disediakan memang mempunyai permintaan tinggi daripada pembeli.

Supplier Dropship Yang Dipercayai

Bagi memastikan kedai shopee anda mempunyai rating yang baik daripada pembeli, anda perlu memilih supplier dropship yang dipercayai. Dipercayai di sini bermaksud supplier itu boleh pos barang tepat pada masanya kepada pembeli.

Berdasarkan pengalaman saya menjual secara dropship di shopee sebelum ini, ada sesetengah supplier yang tidak dapat pos barang pada masanya. Ada tu sampai seminggu barulah supplier tu pos barang kepada pembeli.

Yang menjadi mangsanya ialah anda sebagai ahli dropship. Pembeli tidak akan menyalahkan supplier disebabkan mereka tidak membeli daripada supplier. Tapi mereka membeli daripada anda.

Sekiranya kes ini berlaku, ianya akan memburukkan reputasi kedai anda. Kesannya, pembeli akan takut untuk berurusan dengan anda. Dan yang lagi teruk, pihak shopee mungkin akan menutup kedai anda disebabkan oleh menerima banyak aduan negatif daripada pembeli.

Antara supplier dropship yang saya syorkan ialah savevalue, dropshipmurah, dropezada.

Kes Studi Dropship

Anda boleh baca kes studi berdasarkan pengalaman saya sendiri cara jual barang di shopee secara dropship. Kes studi ini saya kongsikan bagaimana saya menjana RM63,798 hanya menjual satu produk sahaja.

cara jual barang di shopee

Produk apa yang saya jual? Berapa unit berjaya saya jual? Berapa untung bersih yang berjaya saya dapat? Itu semua saya kongsikan dalam kes studi ini.

Baca: Kes Studi Dropship Di Shopee RM63,798 Dengan Menjual Satu Produk.

Cara Jual Barang Di Shopee Secara Pre-order

Kalau anda perasan, ada segelintir peniaga di shopee jual barang secara preorder. Kalau anda cari sendiri dekat shopee, memang jarang terjumpa produk berstatus preorder ini.

Apa Itu Pre-Order?

Mungkin ada di antara anda yang belum tahu lagi bagaimana preorder ni berfungsi kan? Preorder ini adalah anda perlu kumpul dulu order. Contohnya, anda setkan tempoh preorder selama dua minggu. Dalam masa dua minggu ini, tugas anda hanya perlu ambil order.

Apabila tempoh dua minggu itu cukup, barulah anda borong produk daripada supplier.

Kelebihan Jual Barang Di Shopee Secara Pre-Order

Satu kelebihan cara jual barang di shopee secara preorder ialah anda tak perlu keluarkan modal sendiri untuk memborong produk daripada supplier.

Modal yang digunakan untuk membayar supplier adalah duit daripada pembeli yang anda kumpul selama dua minggu sebelum ini.

Pengalaman saya preorder sebelum ini ialah dengan menjual antena parabolik. Apa yang saya buat ialah buat satu post dekat group facebook untuk mencari pembeli. Group yang anda post itu kenalah bersesuaian dengan produk.

Daripada post itu, saya akan beritahu mereka yang berminat nak beli buat pembayaran menggunakan link di kedai shopee saya. Selama dua minggu saya kumpul order, sebanyak 127 unit antena yang berjaya saya jual.

cara menjual di shopee 5

Harga semasa seller tempatan jual ialah RM240 untuk seunit antena. Harga preorder yang saya tawarkan ialah RM220. Walaupun harga tak jauh beza, memang ramai yang berminat.

Antena parobolik ini saya borong dari china. Harga yang paling murah yang saya jumpa ialah RM137 dengan syarat jumlah unit pembelian kena melebihi daripada 100 unit.

Banyak Ke Untung?

Jika ditanya daripada segi keuntungan, tak banyak sangat. Keuntungan dalam 20 peratus daripada jumlah jualan yang saya dapat. Disebabkan banyak caj tersembunyi yang perlu saya bayar.

Pertama, caj penghantaran dari china ke negara kita. Kedua, caj kastam. Buat pengetahuan anda, nilai parsel melebihi RM500 memang akan dikenakan cukai daripada kastam.

Jika anda berminat untuk mengetahui cara-cara untuk borong barangan dari china, anda boleh baca artikel khas ini. Klik link di bawah untuk baca.

Baca: Cara Borong Barang Dari China Tahun Ini.

Cara Jual Barang Di Shopee Secara Ready Stock.

Kalau anda nak tahu, cara jual barang di shopee secara ready stock ini merupakan strategi paling popular digunapakai oleh penjual di shopee. Boleh dikatakan hampir 75 peratus penjual di shopee menggunakan teknik ready stock ini.

Kelebihan Jual Barang Di Shopee Secara Ready Stock

Apa yang saya suka tentang ready stock ini ialah anda dapat mengawal kesemua perkara. Anda boleh mengawal cara pengeposan, anda boleh mengawal kualiti produk, dan yang paling utama ialah anda boleh mengawal keuntungan.

Mengawal Kualiti Produk

Sebelum anda nak pos produk kepada pembeli, anda boleh periksa dahulu kondisi produk. Sekiranya pembeli mengadu barang rosak atau tak berfungsi, anda mempunyai bukti yang cukup untuk melawan balik apa yang pembeli itu adukan.

Produk itu anda pernah pegang, anda pernah tengok dengan mata sendiri. Jadi ianya memberikan satu keyakinan bahawa produk anda tidak ada masalah.

Anda perlu tahu, tak semua pembeli ini bersikap jujur. Pengalaman saya sendiri, ada sesetengah pembeli buat aduan barang rosak semata-mata untuk mendapatkan refund. Sedangkan barang tak rosak pun.

Cuba bayangkan jika anda menjual secara dropship, jika pembeli membuat aduan seperti ini, apa hujah yang boleh mematahkan aduan mereka ini.

Bila anda buat dropship, anda tak pernah pegang produk, produk pun anda tak pernah tengok. Jadi, apa hujah anda nak mematahkan aduan pembeli ini?

Mengawal Cara Pengeposan

Dengan menjual di shopee secara ready stock, anda boleh memberi jaminan kepada pembeli daripada segi kepantasan pengeposan. Anda boleh memberi jaminan sekiranya pembelian dilakukan sebelum pukul 2 petang, anda boleh mengepos barang pembeli pada hari yang sama.

Tapi berlainan pula bila anda buat dropship. Anda tak boleh memberi jaminan seperti ini. Sebab semuanya bergantung kepada supplier dropship. Ada juga supplier dropship yang gagal menepati masa pengeposan. Yang mendapat rating teruk ialah anda.

Mengawal Keuntungan

Apa yang paling saya suka menjual di shopee secara ready stock ialah anda boleh menjana lebih keuntungan.

Satu perkara yang saya tak suka dekat shopee ini ialah peniaga yang suka buang harga. Jika ada pesaing seperti ini, anda masih lagi boleh lawan kerana harga kos bagi setiap produk yang anda dapat memang rendah.

Satu produk yang saya jual sekarang ini, harga borong satu unit produk ialah RM20. Tapi saya boleh jual balik produk ini dengan harga RM57 di shopee.

Sekiranya ada pesaing main buang harga, saya masih boleh jual serendah RM25. Itupun saya masih lagi untung. 

Kes Studi Ready Stock

Sebelum ini saya ada jual satu produk dekat shopee menggunakan teknik ready stock. Dengan menjual satu produk, saya berjaya menjual sebanyak 1,800 unit dengan jumlah jualan RM104,220.

Produk apa yang saya jual? Dekat mana saya ambil produk? Apa yang menyakinkan saya untuk borong 1,800 unit? Itu saya kongsikan secara terperinci dalam kes studi ini. Klik link di bawah untuk baca.

Baca: Kes Studi RM104,220 Di Shopee Dengan Hanya Menjual Produk Harian.

Mana Lebih Sesuai?

Jika anda bertanyakan kepada saya, antara ketiga-tiga cara jual barang di shopee ini, manakah yang paling saya syorkan kepada anda?

Ianya bergantung kepada modal permulaan anda. Jika anda ada kekangan daripada segi modal, anda boleh bermula dengan dropship ataupun preorder dulu. Kalau tak ada masalah modal, memang ready stock lah yang paling sesuai untuk anda.

Masih lagi saya ingat, kenangan saya masa mula-mula saya berniaga di shopee. Ketika itu modal pun tak berapa nak ada. Apa yang saya buat ialah bermula dengan dropship. Kumpul modal sikit-sikit untuk borong produk ready stock sendiri.

Matlamat Kena Rasional

Nak berjaya dekat shopee ini anda kena setkan matlamat secara rasional. Tak boleh fikir hari ini mula, bulan depan terus dapat jualan enam angka.

Kalau nak dapat jualan enam angka sebulan, maka anda perlu dapatkan lima angka dulu. Kalau nak dapatkan jualan lima angka, kena dapatkan empat angka dulu. Begitulah seterusnya.

Saya harap dengan perkongsian cara jual barang di shopee ini dapat memberi idea kepada anda untuk menjual apa dekat shopee.

Nak belajar cara jual barang di shopee dengan pantas?

Saya highly recommended anda untuk follow perkongsian seorang seller yang berpengalaman tujuh tahun menjual di shopee ini. Pengalaman dia menjana RM128,048 dekat shopee.

Klik butang di bawah untuk baca.

Pss.. Sekiranya anda ada apa-apa pertanyaan, sila tinggal persoalan anda dekat bahagia komen di bawah ini. Dengan sepantas kilat saya akan menjawab pertanyaan anda itu.

10 thoughts on “Cara Jual Barang Di Shopee Mampu Menjana RM5 Angka Sebulan”

  1. Salam nak tanya kalau payment guna shopee bukan duit yg customer bayar tue hold dulu ke? So kita kena keluar modal jugak ke utk buat pembelian

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *