Pengalaman Dropship Di Shopee Jana RM63,798 Hanya Jual Satu Produk

Oleh Cikgu Khairul

Pengalaman dropship di shopee yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan apa yang saya lakukan sebelum ini. Kelebihan membuat dropship ialah anda tidak memerlukan modal yang besar untuk bermula.

Saya harap dengan pengalaman dropship di shopee saya ini akan membantu sedikit sebanyak kepada anda untuk bermula melakukan dropship.

Pengalaman Saya Dropship Di Shopee

Berdasarkan pengalaman saya dropship di shopee, anda sebagai dropship mempunyai kebebasan untuk bertukar-tukar produk. Anda tidak perlu peningkan kepala untuk mencari cara untuk menghabiskan stok sedia ada. 

Kalau produk yang sedang anda jual itu tidak ada pembeli, kalau ada pun suam-suam suku saja, anda boleh bertukar menjual produk yang lain pula.

Nampak tak? 

Inilah pengalaman best saya jadi dropship di shopee. Tapi jangan fikir yang best saja. Tidak semua produk sesuai untuk dropship di shopee. Saya sendiri pernah menjual beratus-ratus jenis produk dropship, tapi yang laku hanyalah 3-5 produk saja.

Tahu kenapa? 

Sebabnya anda perlu pandai memilih produk yang sesuai. Anda tak boleh pakai ambil saja produk yang anda suka. Kena ada cara pemilihan produk.

Pengalaman Saya Memilih Produk Dropship Di Shopee

Pemilihan produk yang tepat akan menentukan jualan yang bakal anda dapat nanti. Jadi saya akan kongsikan kepada anda ciri-ciri produk yang sesuai anda jual.

Ciri #1: Mempunyai rating empat star ke atas.

Cara yang paling mudah adalah dengan menjual produk yang terbukti mempunyai jualan yang tinggi. Jualan produk yang tinggi ini sudah cukup untuk bagi signal kepada anda bahawa produk itu tengah hot.

Ciri #2: Mempunyai 100 unit jualan ke atas untuk setiap bulan.

Jumlah jualan bulanan juga menjadi ciri-ciri utama dalam pemilihan produk dropship di shopee. Anda perlu pastikan produk yang anda akan pilih itu mempunyai jualan minimum 100 unit untuk setiap bulan.

Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa perlu 100 unit?

Daripada pengalaman saya sendiri, ada produk hanya rancak jualannya pada permulaan saja. Selepas 3-4 bulan, jualan produk itu mula semakin berkurang.

Anda perlu tahu, setiap produk mempunyai kitaran hidup mereka. Produk yang hot pada tahun lepas tidak semestinya akan hot pada tahun ini. 

Dengan meletakkan 100 unit jualan perbulan sebagai penanda aras, ianya jelas menunjukkan produk ini masih releven untuk dijual.

Bagaimana Nak Buat Dropship Di Shopee?

Pertama sekali saya perlu mencari produk yang banyak terjual di Shopee pada bulan ini.

Sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk cari produk itu, saya ada senaraikan 13 produk tengah laku keras di shopee pada bahagian akhir artikel ini.

Hasil carian saya itu, saya terjumpa produk ini.

Saya ingin menjual produk ini sebagai produk dropship di shopee. Kerana saya dapati jualan produk ini tinggi iaitu 90,000 unit terjual.

Tapi, adakah produk ini memenuhi ciri-ciri produk hot? Jom kita check dulu.

  • Jumlah jualan melebihi 100 unit (lulus).
  • Star rating melebih 4 star (lulus).
bedsheet supplier dropship shopee malaysia

Saya lihat produk ini memenuhi ciri-ciri produk hot. Saya ambil keputusan untuk menjual produk ini.

Jika dilihat, harga penjual ini jual adalah RM28.32. Apa yang saya buat adalah dengan menaikkan sedikit harga produk ini. Saya akan naikkan harga kepada RM48.90.

pengalaman dropship di shopee 3

Sedikit tips untuk letak harga produk dropship di shopee. Cuba letakkan diri anda sebagai pembeli, sanggup tak anda beli produk ini dengan harga RM48.90?

Jika tanya saya, ya saya sanggup beli. Sebab bagi saya ianya masih lagi murah.

Saya akan contact penjual tadi. Bertanya kepada mereka adakah mereka terima dropship. Kebanyakkan penjual akan terima dropship, usah risau.

Bila ada pembelian, saya akan buat pembelian dengan menukar alamat pengeposan kepada pembeli saya. Sebagai dropship, penjual tadi tidak akan melampirkan invoice harga pada parcel mereka.

Jadi pembeli anda ini tadi tidak akan tahu harga dropship anda itu.

Artikel berkaitan: Cara Naikkan Follower di Shopee

Untung Sikit Buat Dropship Di Shopee?

Ya! Memang keuntungan tidaklah setinggi dengan ada stok sendiri. Tapi ianya agak berbaloi bagi saya kerana ianya tidak memerlukan modal untuk beli stok sendiri.

Saya naikkan harga produk sedikit sahaja untuk mengelakkan produk yang saya jual itu nampak terlalu mahal.

Saya tidak mencari keuntungan tinggi untuk satu produk yang terjual. Tapi saya mencari kuantiti produk yang bakal dijual.

Mungkin anda rasa teknik dropship ini biasa-biasa saja bukan? Oh! Saya rasa anda patut tengok jumlah jualan yang saya berjaya lakukan 

pengalaman dropship di shopee 4

Dengan teknik dropship di shopee ini, saya telah berjaya menjual produk ini sebanyak 1,300 unit. Dengan keuntungan RM63,798. Itu hanya untuk satu produk.

Cuba bayangkan jika kedai Shopee anda mempunyai 10 jenis produk dengan menggunakan teknik ini.

Cuma  jika anda menggunakan Teknik Dropship ini, keuntungan anda peroleh tidaklah sebanyak dengan ada stok sendiri. Tapi tidak mengapa, sebab saya dulu pun bermula dari bawah.

Mula-mula saya jadi dropshipper.

Selepas cukup modal, saya gunakan modal yang saya kumpul sebagai dropshipper tadi untuk borong terus dari China.

Produk Ni Murah Je!

Sekiranya anda nak keuntungan tinggi untuk jualan satu produk, saya syorkan anda untuk borong produk dari China. 

Ada dua website yang saya selalu guna untuk borong secara online. Iaitu Taobao.com dan 1688.com.

Daripada hasil carian saya, harga produk ini di Taobao hanyalah RM12.66 untuk seunit. Murah bukan?

pengalaman dropship di shopee 6

Anda ingin tahu lebih lanjut tentang borong barang dari China? Apa kelebihan borong China ni?

Dengan borong dari China, anda boleh mengaut keuntungan sampai 100% sehingga 300% setiap barangan.

Ringkasan Pengalaman Dropship Di Shopee

Daripada pengalaman dropship di shopee saya ini, suka saya ringkaskan sedikit bagaimana cara saya buat empat angka seminggu sebagai dropship di shopee.

  • Cara produk tinggi jualan bulanan di Shopee.
  • Letak produk di kedai Shopee anda dengan menaikkan sedikit harga.
  • Jika ada pembeli, beli daripada penjual di Shopee dengan meminta jadi dropship. Minta mereka hantar produk tanpa sertakan invoice.
  • Produk sampai ke tangan pembeli. Anda dapat sedikit keuntungan.
  • Jika nak untung besar, kena borong dari China. 
Artikel berkaitan: Cara Edit Gambar di Shopee

Tak Pandai Cari Produk Dropship Di Shopee?

Saya faham, mungkin ada di antara anda yang masih kurang mahir dalam mencari produk yang tengah HOT dekat shopee bukan?

Jadi atas permasalahan itu, saya sudah senaraikan 13 produk tengah laku keras di Shopee pada tahun ini.

Senarai produk hot ini saya kumpulkan hasil daripada pengalaman saya buat dropship di shopee. Saya yakin anda pun boleh hasilkan jualan mudah jika menjual produk-produk ini.

Percuma!

produk hot dropship di shopee

Sila isi nama dan emel anda untuk download ebook ini secara percuma.

Antara salah satu produk tengah laku keras yang saya senaraikan dalam ebook ni. Jumlah keseluruhan jualan produk sebanyak 140,300 unit pada tahun ini.

Bulan lepas sahaja, produk ini terjual sebanyak 86,500 unit.

pengalaman dropship di shopee 7

Anda Belajar Sesuatu?

Pengalaman dropship di shopee yang saya guna ini merupakan sebahagian teknik yang dikongsikan dalam ebook Bisnes Shopee.

Jika anda ingin belajar lebih mendalam cara berniaga di Shopee & gandakan jualan, boleh baca perkongsian seorang seller yang hasilkan buku ini.

Anda boleh klik butang di bawah ini untuk baca perkongsian beliau, iaitu cara sebenar untuk menjual di Shopee.

Pss.. Anda ada pertanyaan? Sila tinggalkan soalan anda di ruangan komen di bawah. Dalam sepantas kilat saya akan menjawab soalan anda itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *